Rabu, 12 November 2008

Jelingan Ayah

Kisah ini benar-benar terjadi pada cikgu sewaktu kanak-kanak dahulu. Ayah cikgu suka memberi amaran pada cikgu dengan menjeling garang jika membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau cikgu mengambil gula-gula, dia akan menjeling pada cikgu bermakna letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula. Suatu hari, cikgu mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, cikgu melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Cikgu yang 'konon'nya ingin membantu terus menarik kain yang tersepit itu. Ayah cikgu yang sedang solat terus memberi jelingannya pada cikgu. Cikgu pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatahlah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayah cikgu yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret cikgu balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung cikgu dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Isnin, 10 November 2008

Sebuah Pesanan yang Menarik

Dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat
TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat
Di tengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat
Ketika manusia mula mengubah tabiat
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jelah minyak gamat
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat
Semua nak tunjuk kuat
Bila berjudi, percaya unsur kurafat
Tapi hidup pula yang melarat
Tali kasut dah tak berikat
Rambut pun jarang sikat
Yang perempuan, pakai mini sekerat
Suka pakai baju ketat... (apa dapat?)
Suka sangat menunjukkan pusat
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat
Pakai pulak yang singkat-singkat
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat
Duduk jauh berkirim surat
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat
Usah peduli agama dan adat
Usah takut Allah dan malaikat
Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat
Maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat
Habis manusia telah tersesat
Inilah dia fenomena masyarakat
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat
Marilah kita pakat mengingat
Bahawa dunia hari ini makin singkat
Esok atau lusa mungkin kiamat
sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat
Masa tu, sendiri mau ingat
Umurmu banyak mana, berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman mudamu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manfaat...?
Sebagai sesama insan sama-samalah ingat mengingati sesama insan!!!
Semoga ia dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat.

Ahad, 9 November 2008

Surat Mahasiswa Kepada Ayahnya

Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini.

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM200 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda, Mat.

P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.

Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.

Kepada Mat,
Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima.

Dari Ayahmu.

Sabtu, 8 November 2008

10 Sebab Cuci Motor Lebih Baik Dari Berkhalwat

1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok kiri kanan.
3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.
4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.
6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi - depan rumah atau di stesen minyak pun boleh.
8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada siapa yang larang.
9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.
10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

A Malay Gentleman

A Malay Gentleman ialah lelaki Melayu yang terdidik dalam kesusilaan, Melayu yang halus, yang sensitif terhadap nilai-nilai murni universal, tahu malu, bersih dan bijak menjaga kehormatan

1. Lelaki gentleman seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tahu apa matlamat hidup yang ingin dicapai dan dia bersemangat bagi merealisasikan impiannya.
2. Dia banyak bertimbang rasa dengan orang lain.
3. Dia pandai menyesuaikan diri dalam banyak keadaan.
4. Salah satu peribadi gentleman adalah apabila dia diperlakukan dengan buruk, dia membalas dengan berbuat baik, dan bukan dengan membalas keburukan itu.
5. Lelaki gentleman lebih banyak senyap daripada bercakap.
6. Wanita mudah percaya dan tertarik kepada lelaki yang berpakaian kemas.
7. Seorang lelaki tidak serius dalam hidupnya selagi dia tidak suka memakai baju masuk dalam (tuck in) dan bertali leher.
8. Lelaki gentleman sentiasa mengucapkan terima kasih kepada sesiapapun bagi menyampaikan rasa penghargaan.
9. Gentleman mampu menjadikan hati wanita cair apabila berhadapan dengannya.
10. Lelaki gentleman menggunakan sifat yakin dirinya apabila berhadapan dengan wanita.
11. Lelaki gentleman sentiasa memandang muka wanita semasa wanita itu bercakap kepadanya atau sewaktu lelaki sendiri sedang bercakap kepada wanita.
12. Lelaki gentleman adalah lelaki yang pandai membelai jiwa wanita dan faham keperluan wanita secara kejiwaannya.
13. Lelaki gentleman bukan seorang pemalu. Malunya ditempatkan pada dua perkara sahaja iaitu pada melakukan perbuatan maksiat dan mendedahkan dia kepada jatuhnya maruah diri.
14. Lelaki gentleman dikagumi kerana sifat gentleman yang yakin dan tidak pemalu.
15. Lelaki gentleman menggunakan gaya bercakap yang dinamik dan sangat meyakinkan. Mereka bercakap dengan lancar, tidak tersekat-sekat dan tidak teragak-agak. Bahasa mereka betul nahunya, tidak patah-patah dan tidak bercampur aduk dengan bahasa-bahasa lain. Sebutan mereka juga terang dan jelas.
16. Lelaki gentleman tidak berpeluk tubuh semasa bercakap dengan orang lain. Berpeluk tubuh menandakan seseorang itu bersikap defensif.
17. Lelaki gentleman yang berpenampilan menarik mempunyai peluang yang lebih baik untuk menarik perhatian wanita.
18. Memulakan langkah pertama. Anda bukan lelaki gentleman jika anda membiarkan wanita yang memulakan perbualan dan mengatur pertemuan.
19. Melayan semua wanita seperti ‘ratu cantik’ walaupun anda tidak menganggapnya sebagai teman istimewa. Jika seorang wanita rasa dirinya istimewa di mata anda, dia akan memberi komen yang positif mengenai anda pada rakan-rakan wanitanya.
20. Belanja makan pada pertemuan pertama. Bukannya wanita tidak mampu tetapi jika anda membiarkan wanita mengeluarkan wang pada pertemuan pertama, ini menunjukkan anda tidak berkemampuan ‘menjaganya’ kelak.
21. Yakinkan diri anda mempunyai sifat lelaki gentleman yang diidamkan oleh semua wanita.
22. Gunakan sifat-sifat maskulin anda seperti membukakan pintu, menawarkan diri untuk menghantarnya pulang, membantunya mengangkat benda-benda berat dan lain-lain lagi. Sifat ini akan memberikan rasa selamat pada diri seorang wanita dan membuatnya rasa dilindungi.
23. Wanita melihat kemampuan kewangan, fizikal dan mental seorang lelaki sebagai potensi teman hidup. Anda harus faham fitrah wanita mahu dirinya dijaga, dilindungi dan masa depannya terjaga. Mereka mahukan jaminan bahawa anda adalah tempatnya bergantung jiwa dan raga. Jika mereka melihat anda tidak tegas membuat keputusan mengenai perkara-perkara kecil, mereka mungkin berpendapat anda juga tidak tegas apabila berumah tangga. Sama seperti kewangan, wanita mesti diberi jaminan bahawa anda mampu menjaganya. Oeh itu anda harus ingat, kemampuan anda menjaga seorang wanita diukur melalui aspek anda membuat keputusan, kedudukan kewangan dan fizikal anda sebagai lelaki.
24. Janji temu adalah mengenai situasi lelaki dan wanita memainkan peranan maskulin dan feminin masing-masing. Gentleman mesti memberi sepenuh perhatian pada wanita semasa membuat janji temu. Tunjukkan bahawa anda mempunyai sifat-sifat lelaki sejati: penjaga, pemimpin, tempat wanita mencurah kasih sayang. (Perasaan romantis wujud apabila ada sifat maskulin dan feminin dalam sesuatu pertemuan. Sifat feminin adalah sifat menerima manakala sifat maskulin adalah keupayaan memberi dan menjaga)

Jumaat, 7 November 2008

Adakah Anda Lelaki Uberseksual?

Bagi wanita kini, anda mempunyai banyak pilihan sama ada memilih lelaki metroseksual yg mementingkan penampilan gaya diri atau lelaki uberseksual yg mementingkan taraf hidup dan karier mereka.

Panduan untuk menjadi lelaki uberseksual yang menarik.

1. Sentiasa berfikiran positif
Anda perlu berfikiran terbuka menerima sesuatu perkara. Dengan menggunakan akal yang bijak, anda perlu membuat keputusan yg betul. Jangan terburu-buru tanpa memikirkan buruk baiknya.

2. Sentiasa tampil bergaya
Pastikan anda berpenampilan menarik dan kemas. Jgn keterlaluan pula yg boleh menghilangkan imej maskulin anda.

3. Berkeyakinan dan sentiasa bersemangat dalam diri
Dalam apa jua tujuan dan cita-cita dlm hidup anda, lakukan dengan penuh yakin. Yakin dan usaha tangga kejayaan.

4. Hubungan persahabatan yang baik
Anda seharusnya menambah persahabatan dengan mewujudkan kemesraan dan perbincangan. Kongsilah kedukaan dan kegembiraan bersama rakan.

5. Sentiasa bersikap cool
Tunjukkan diri anda seorang yg berpengetahuan, jgn tunjukkan kelemahan dan sentiasa bijak mengawal emosi ketika bersama rakan.

6. Jangan berpura-pura
Jangan cuba selindungkan diri anda yg sebenar. Anda perlu bangga dengan diri anda. Belajar mengawal emosi dan ketahui lah ramai org tidak suka sikap hipokrit.

7. Penuhkan ilmu di dada
Belajar dan membacalah andai ia mampu menambah pengetahuan dan dpt mengembangkan lagi karier anda.

8. Jangan terlalu merendah diri
Anda boleh menjadi lelaki uberseksual yang menarik. Mantapkan kerja anda dan tingkatkan diri sedikit demi sedikit. Jika anda seorang kerani sekali pun, anda boleh cuma anda perlu yakin pada diri sendiri.

9. Jadilah idola wanita
Menjadi idola utk wanita akan membuatkan anda lebih yakin. Jaga penampilan dan perbuatan akan membuatkan wanita mengambil perhatian terhadap anda.

Khamis, 6 November 2008

Kursus P & P Inovatif



Pada 3-5 November 2008, cikgu telah menghadiri Kursus P & P Bahasa Melayu Inovatif di Duta Village Beach Resort, Kuantan anjuran Jabatan Pelajaran Selangor. Antara fasilitator yang memberi ceramah ialah Cikgu Dr. Ghazali Lateh dan Cikgu Ghalib Yunus, dua guru inovasi peringkat kebangsaan. Di atas ialah gambar cikgu semasa berkursus.

Rabu, 5 November 2008

Doa Sempena Majlis Penutup Kursus

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah,
Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta perbendaharaan antara kedua-duanya,
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu,
untuk kami berkampung selama tiga hari dalam Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Inovatif,
kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya.

Ya Allah,
bagi-Mu segala puji dan puja,
kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati dan menyebut nama-Mu
hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu
serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat,
kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami,
ibu bapa kami, keluarga dan anak-anak kami,
guru-guru kami, anak-anak didik kami di sekolah,
sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan.

Ya Allah, Qaadhial Hajat,
tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan,
sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa,
maka ampunkanlah dosa-dosa kami;
sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif;
sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi;
sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami,
maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami, sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai-berai,
maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu, dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِوَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Doa Pembuka Majlis/Kursus

Di bawah ini ialah petikan doa yang cikgu baca semasa taklimat kursus P & P Bahasa Melayu di Duta Village Beach Resort, Kuantan.

Bismilla hirrahma nirrahimm
Alhamdulillahi rabbil 'alamin.
Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina Muhammadiw
wala alihi wasahbihi ajma'in.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam
selawat dan salam atas rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w

Ya Allah
pada hari yang penuh keberkatan ini
kami menadah tangan sambil melafazkan kesyukuran
atas segala nikmat, rahmat, inayat dan pertolongan
nikmat iman, nikmat kesejahteraan
nikmat kemerdekaan, pembangunan dan keamanan

Ya Allah
perbaikilah urusan dunia dan agama kami
bersih dan suci pekerjaan kami
berilah cahaya petunjuk-Mu
kepada hamba-hambamu di dunia ini
berilah kami ilham untuk mendapat jalan-Mu yang lurus
peliharalah kami daripada segala kejahatan dan keburukan

Ya Allah
yang maha berkuasa
yang maha mulia
yang maha bijaksana

Kami berdoa dan bermohon
bukakanlah hati kami dengan pancaran iman
sanubari kami dengan penuh yakin dan kepercayaan
fikiran kami dengan ilmu pengetahuan
jiwa dan rohani kami patuh dan taat kepada al quran
dan hadis nabi akhir zaman

Ya Allah Ya Rahman
kami memohon agar engkau jadikan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Inovatif Bahasa Melayu yang diadakan dari 3 hingga 5 November 2008 ini
sebagai kursus yang engkau berkati dan redhai
semoga melalui kursus ini
dapat menjadi wadah yang dapat mengeratkan perpaduan antara kami
dalam menghargai nikmat kemerdekaan
demi agama, bangsa dan negara yang kami cintai
kabulkanlah doa sekalian kami
ya rabbal ‘alamin...

Ahad, 2 November 2008

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan

Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ia merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Berikut merupakan cara-cara untuk gadis mengekalkan keayuan mereka.

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti "tolong" serta "minta maaf".

Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.

Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

Jangan berjalan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong.

Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Rahsia Keperibadian Wanita Melalui Cara Berjalan

Setiap gerakan wanita ketika berjalan itu melambangkan keperibadiannya. Sifat itu adalah seperti berikut:

Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, kononnya wanita ini wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncang imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Sabtu, 1 November 2008

Tip Bercukur

Bersihkan Muka
Sebelum bercukur anda sepatutnya mencuci atau membuang segala kekotoran dan daki di bahagian muka. Begitu juga bagi kulit yang berminyak. Cara ini akan membuang semua kotoran dan melicinkan muka anda sekaligus memudahkan anda bercukur. Untuk membuka pori-pori dan melembutkan rerambut, lapkan muka dengan tuala yang direndam dalam air panas.

Bahan Pelembap
Anda perlu menggunakan bahan pelembap yang banyak terdapat di pasaran. Rasanya yang dingin serta mengandungi vitamin C dapat membersihkan muka. Ia dapat menanggalkan segala saki-baki kotoran degil dan melembutkan bulu atau rambut yang hendak dicukur.

Gunakan Cermin
Bercukur bukan sahaja untuk bahagian muka malah meliputi kawasan yang anda perlu bersihkan. Untuk ini anda perlu berhati-hati terutama kawasan yang berhampiran dengan alat kelamin. Tetapi bagi kawasan yang tidak dapat diihat dengan jelas sebaiknya menggunakan cermin. Menggunakan 3 buah cermin lebih membantu anda.

Pisau Cukur Pelbagai Guna
Gunakan pisau cukur yang mempunyai mata berlapis. Bagi sesetengah kulit, muka elok menggunakan pisau cukur jenis ini. Selain mudah, ia juga lebih menjimatkan berbanding menggunakan pisau cukur bermata tunggal. Penggunaan pisau ini akan menjadi lebih lancar kerana setiap lengkung tubuh dapat dicapai olehnya. Dengan kemajuan teknologi, pelbagai bentuk pisau cukur telah dicipta. Hanya kebijaksanan anda untuk memilih pisau yang sesuai.

Jangan Cukur Ketika Muka Kering
Jangan bercukur dalam keadaan kulit kering. Anda patut menggunakan pelembap yang sesuai. Kompenon glycerin yang tedapat dalam losyen ini dapat menutup pori-pori dan melembapkan segala rambut atau bulu. Kulit yang kasar akan berisiko mendapat luka. Anda boleh memilih pelembap jenis krim atau buih.

Gunakan Berus
Gunakan berus yang sesuai untuk menyapu losyen atau krim pada bahagian yang hendak dicukur. Dengan menggunakan berus ia dapat meratakan losyen berbanding dengan jari. Sebaik-baiknynya berus berbulu halus dan lembut agar anda rasa lebih tenang dan selesa.Teknik
Anda boleh bercukur dengan mengguna pelbagai teknik asalkan mata pisau tidak tertoreh kulit. Bagi rambut atau bulu yang panjang, cukur mengikut arah bulu itu. Bagi melicinkan kesan cukur atau bahagian rambut atau bulu pendek, cukur berlawanan arahnya. Ini akan memastikan bulu-bulu terpotong sehingga ke dalam liang. Anda patut mencuba teknik baru yang dapat memberikan keselesaan. Lakukan yang terbaik untuk anda. Ada lelaki yang bercukur setiap hari. Bagaimanapun ini bergantung kepada berapa cepat bulu muka, janggut atau misai itu tumbuh.

Bilas
Selepas bercukur, bilaskan pisau cukur menggunakan air paip yang mengalir. Langkah ini dapat menanggalkan segala bulu atau rambut daripada mata pisau. Setelah itu anda boleh mengetuk pisau cukur pada pintu. Walaupun cara ini tidak dapat menanggalkan segala rambut yang melekat tetapi ia memudahkan dan menjimatkan masa anda. Sebaiknya gunakan mata pisau pakai buang.

Bersikap Tenang
Anda harus ingat, bahawa anda sedang menggunakan 'senjata tajam'. Tersilap langkah, anda akan mendapat luka. Oleh itu anda perlu memberikan tumpuan sepenuhnya dan bersikap tenang. Jangan menekan terlalu kuat pisau ketika bercukur. Bagi anda yang baru tumbuh bulu atau misai, eloklah berlatih mencukur belon tanpa memecahnya!.

Gunakan Kedua-dua Tangan
Anda hendaklah menggunakan kedua-dua tangan ketika bercukur. Sebelah memegang pisau cukur manakala sebelahnya lagi bertindak sebagai co-pilot. Tangan co-pilot ini akan menekan kulit sebelum mencukur agar kawasan tersebut menegang.

Buat Perancangan
Anda tidak boleh mencukur sebarangan. Anda hendaklah menyediakan pelan sebelum mencukur. Seeloknya jika ingin mencukur di bahagian muka hendaklah dimulakan di bahagian bauk (sideburn) kemudian diikuti janggut atau misai. Setelah itu bercukur ke bahagian leher, seterusnya ke bahagian bawah sebelum ke bawah bibir. Anda boleh meninggalkan bahagian yang sukar dicukur terlebih dahulu sebelum menyambung kembali. Anda hendaklah bercukur dalam keadaan santai. Bercukur seperti juga memandu di jalan raya kerana kelajuan membunuh.

Selepas Bercukur
Bersihkan muka menggunakan tuala yang bersih. Jangan sesekali menggunakan tuala yang anda telah guna. Ini kerana ketika ini kulit muka anda cukup sensitif. Setelah bercukur, anda hendaklah membiarkan kulit muka anda dalam keadaan rehat dengan mengeringkannya. Cara ini dapat menutup kembali pori-pori kulit. Losyen atau aftershave cologne dapat membantu merehatkan kulit anda.

Luka
Sekiranya anda mengalami luka, jangan diteruskan pencukuran. Bersihkan luka itu dengan tisu terlebih dahulu sebelum kembali bercukur. Hanya titiskan dan sapu sedikit minyak gamat atau ubat luka. Tidak perlu pergi ke hospital kerana biasanya yang berlaku hanyalah luka kecil.

Penyelaras Bestari

Cikgu bersama rakan-rakan semasa mengikuti KDP Bestari 4 Minggu di IPBMM

Jawatan Penyelaras Makmal Bestari diwarankan kepada sekolah-sekolah selaras dengan Program Pembestarian Sekolah di Malaysia. Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2005 menyatakan bahawa seorang Penyelaras Bestari diperuntukkan kepada sekolah-sekolah yang bertaraf Sekolah Bestari.

Dalam proses pembestarian sekolah biasa, jawatan Penyelaras Makmal Bestari diadakan. Waran perjawatan Bil S37 Tahun 2000 digunapakai sebagai panduan (bidang tugas dan jumlah waktu mengajar) dalam projek Pembestarian Sekolah ini. Bagi membezakan jawatan yang dipegang oleh sekolah Bestari dan sekolah biasa yang sedia ada maka terdapat dua jawatan:

1. Jawatan Penyelaras Bestari - untuk Sekolah Bestari
2. Jawatan Penyelaras Makmal Bestari - untuk Sekolah Biasa yang dipilih dalam Projek Pembestarian Sekolah Malaysia.

Proses mengisi waran perjawatan ini dilakukan berperingkat-peringkat mengikut fasa sebaik saja pihak JPA/BTP Negeri Perak selesai menemuduga ribuan calon yang memohon jawatan Juruteknik Makmal Komputer. Bagi Jawatan Penyelaras Makmal Bestari pula, pihak sekolah perlu mencadangkan nama guru yang difikirkan layak menjawat jawatan ini kepada BTP Negeri melalui PKG Zon masing-masing.

Panduan Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan

Sijil atau pernyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Salinan keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi menggantikan sijil atau pernyataan yang hilang atau rosak.

Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan. Walaubagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri. Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.

Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:
1. Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
2. Nombor kad pengenalan lama dan baru
3. Tarikh lahir
4. Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran
5. Nama peperiksaan
6. Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.

Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan. Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'. Cek persendirian tidak diterima. Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar. Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.

Khamis, 30 Oktober 2008

Payung Terjun

Pada suatu petang, sebuah pesawat Fokker 27 milik sebuah syarikat penerbangan terbang melintasi hutan di sekeliling Banjaran Titiwangsa. Di dalam pesawat tersebut terdapat tujuh orang yang terdiri daripada juruterbang, penolong juruterbang, seorang pegawai dan temannya, seorang ahli korporat, seorang pesara dan seorang pegawai IT yang akan membantu ketuanya mengadakan penyampaian. Kesemua mereka dalam perjalanan ke Medan atas urusan kerja.

Keadaan cuaca pada masa itu agak buruk. Hujan, angin kencang dan petir sambar menyambar sehingga membuat pesawat kecil itu bergoncang dengan kuat. Juruterbang mengalami kesukaran mengawal pesawat dan mengambil keputusan memaklumkan kepada menara kawalan yang pesawat mereka mungkin akan terhempas.

"Mayday..Mayday!" kata juruterbang. Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan kecil dari bahagian belakang pesawat. Rupanya bahagian ekor pesawat telah disambar petir dan terbakar. Semua penumpang terdiam ketakutan dan berdoa agar mereka selamat. Berapa saat kemudian, pintu kokpit terbuka. Juruterbang dan penolong juruterbang memaklumkan keadaan sebenar kepada para penumpang.

"Penumpang semua, saya ada satu berita baik dan satu berita buruk. Berita buruknya, pesawat kita ini akan terhempas sebentar lagi. Berita baiknya pula, di dalam pesawat ini ada enam payung terjun tetapi saya dan pembantu juruterbang sudah pun mengambil dua daripadanya!" Sejurus kemudian, juruterbang dan pembantu juruterbang membuka pintu pesawat dan kedua-duanya melompat keluar menyelamatkan diri. Penumpang masih ada lima orang sedangkan payung terjun tinggal empat.

Tiba-tiba si pegawai menarik satu payung terjun sambil berkata, "Saudara semua, saya ialah pegawai penting di syarikat kita, awak semua pun tahu. Banyak surat penting berkaitan kebajikan orang yang belum saya tandatangani. Kehadiran saya di Medan amat penting, maka saya mesti selamat. " Lalu dia pun melompat keluar dari pesawat.

Teman pegawai tersebut pun juga tidak mahu ketinggalan. Dengan segera, dia mengambil payung terjun dan berkata, " Saudara, sebagai pembekal dan pengedar, keselamatan nyawa saya amat penting. Pembekalan barang untuk syarikat saudara akan terganggu jika saya tiada. Ramai yang akan susah jika bekalan barang mereka tidak sampai." Selepas itu, dia pun terus melompat keluar menyelamatkan dirinya.

Begitu juga dengan penumpang seterusnya, seorang ahli korporat. Dia berkata, "Wang syarikat banyak habis bagi membiayai pengajian saya ke peringkat Sarjana. Kehadiran saya di syarikat sangat berharga kerana saya memainkan peranan penting dalam hala tuju syarikat dan membawa keuntungan. Tiada orang yang lebih pandai daripada saya di syarikat ini." Dengan tergesa2 dia mencapai beg payung terjun dan melompat keluar sambil berteriak gembira, "Kejayaan terus hidup!"

Maka tinggallah pesara bersama dengan pegawai IT, yang termanggu melihat beg payung terjun yang tinggal satu itu. Akhirnya, pesara itu berkata, "Anak muda, pakcik sudah tua dan puas hidup. Pakcik juga sudah mengecapi kebahagian dan kesenangan selama bekerja di syarikat. Anak pakcik pun semuanya sudah berjaya, jadi sudah tiba masanya pakcik berkorban dan memberi kesempatan kepada orang yang lebih muda. Ambillah payung terjun ini, biarlah pakcik jatuh bersama-sama pesawat ini nanti!"

Mendengar kata-kata pesara itu, pegawai IT itu tersenyum bersahaja dan tenang berkata, "Jangan risau pakcik. Kita berdua masih boleh menyelamatkan diri. Ahli korporat yang mengaku pandai dan hebat tadi tidak mengambil beg payung terjun, sebaliknya dia terambil beg yang berisi mesin projektor LCD saya!"

Rabu, 29 Oktober 2008

Tip Menjimatkan Petrol

(Dua awek kesayangan cikgu, tunang cikgu dan Myvi cikgu)

Banyak orang memperkatakan bagaimana untuk menjimatkan perbelanjaan petrol. Banyak nasihat dan tunjuk ajar dari pengguna petrol yang lain dapat membantu kita menguruskan petrol dengan lebih baik. Di sini, ingin cikgu paparkan beberapa nasihat untuk dikongsi bersama.
Sebenarnya perkara yang paling penting dalam penjagaan enjin atau dalam penjimatan petrol, ialah cara penggunaan kita terhadap kenderaan. Cara pengguna menggunakan kenderaan mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan baik buruk di akhirnya. Tidak dinafikan, soal sikap, apa-apa perkara pun, merujuk kepadanya. Mari kita lihat beberapa tips untuk membantu kita menjimatkan petrol.

1. Lambat menukar gear. Berada pada gear rendah dalam masa yang lama membuatkan petrol digunakan pada kadar yang maksima. Kadar penggunaan petrol secara maksima biasanya berlaku antara gear 2 ke gear 3. Ini bagi pengguna manual. Jadi, jangan tunggu lama-lama sangat pada gear 2.

2. Membawa kenderaan dalam keadaan laju pada jalan yang mendatar dan menuruni bukit. Sekiranya tiada apa-apa hal penting, tidak perlulah bawa laju-laju. Lagi-lagi bila turun bukit, nak buat apa bawa laju. Biarlah dia jalan sendiri, dengan menekan sedikit sahaja pedal minyak.

3. Beban yang berat. Setiap 50kg pertambahan beban dalam kenderaan, maka bertambahlah penggunaan minyak. Jadi, jangan bebankan kenderaan anda dengan beban yang tidak diperlukan. Cuba tengok-tengok dalam kenderaan anda, kalau-kalau selama ni ada anda tinggalkan apa-apa barang yang tidak berguna. Dibawa ke hulu-ke hilir. Ini sebenarnya lebih membebankan kereta anda. Jika tidak perlu, tinggalkan di rumah.

4. Memasang pengikat barang di atas bumbung sebenarnya amatlah tidak patut. Ini kerana dengan kehadiran pengikat barang tersebut, ia menghalang laluan angin dan daya yang lebih perlu digunakan untuk melawan arus angin tersebut. Ini akan menyebabkan petrol terpaksa digunakan secara berlebihan. Ia juga menambahkan beban sebenarnya. Jadi, jika tiada keperluan, tak perlulah pasang.

5. Panaskan enjin terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Ini kerana, paras normal kepanasan enjin dapat membantu meningkatkan prestasi enjin dan penggunaan petrol juga tidak akan berlebihan.

6. Antara jalan shortcut dan longcut. Jika anda menerima situasi seperti ini, jalan shortcut tetapi mengalami jam yang teruk atau jalan yang rosak, atau jalan longcut tetapi jalannya cukup baik dan tiada kesesakan lalulintas. Jika menerima situasi seperti ini, pilihlah jalan longcut, jika jalan longcut tersebut berbeza dalam 1-2 kilometer. Ini kerana, ia dapat mengurangkan dari asyik menukar gear. Sekali gear bertukar, banyak minyak digunakan di situ.

7. Rancanglah perjalanan anda. Tahu ke mana arah tuju dan jalan yang ingin dilalui. Jangan dah jauh berjalan baru nak start rancang. Tahu arah perjalanan juga amat penting, ini kerana jika anda sesat, kemudian ingin mencari jalan pulang, sebenarnya anda telah membazir banyak minyak.

Sabtu, 25 Oktober 2008

Bagaimana Menambahkan Harga Diri Anda?

Harga diri (self-esteem) merujuk kepada penilaian subjektif seseorang tentang dirinya sebagai positif atau negatif. Dalam kata lain, ia bermakna bagaimana anda memandang diri anda. Jika anda berfikir anda adalah seorang yang bijak, rajin, gembira, yakin, berkebolehan dan boleh berinteraksi dengan orang lain tanpa apa-apa hambatan, anda boleh disifatkan sebagai seorang yang mempunyai imej diri yang sihat atau positif, iaitu, anda adalah seorang insan yang mempunyai harga diri yang tinggi. Pandangan serta tanggapan kita mengenai diri kita mempunyai kesan yang amat kuat terhadap cara kita memperlakukan kita sendiri dan orang lain dan juga pilihan yang kita buat.

Berikut ialah sedikit petua untuk mempertingkatkan harga diri kita :
1. Habiskan sedikit masa dengan orang yang menyukai dan menyayangi anda.
2. Setiap hari buat satu pernyataan mengenai diri anda. Sebagai contoh, “Saya adalah seorang yang mudah disayangi dan penyayang” merupakan satu mesej yang boleh memajukan satu imej diri yang positif dan sihat.
3. Ucapan terima kasih kepada orang. Puji orang tanpa apa-apa sekatan jika diberi bantuan. atau kerjasama. Ini akan menambahkan harga diri anda apabila anda menyedari orang lain menghargai rasa terhutang budi anda.
4. Tolak sama sekali mesej negatif dan pilih mesej postif sahaja.
5. Tolong orang yang memerlukan bantuan untuk menyiapkan sesuatu projek atau kerja; lawati orang yang uzur di hospital atau menajar kanak-kana pada masa lapang. Jika anda merasa gembira apabila anda menunjukkan tingkah laku yang positif, perasaan ini boleh menambahkan imej diri anda.
6. Melahirkan pandangan serta perasaan anda tanpa ketakutan. Menyatakan dengan tegas hak anda untuk membuat keputusan sendiri menunjukkan anda menganggap anda sebaai seorang yang pentig. Sifat pendesak merupakan sebahagian penting daripada imej diri yang positif. Komunikasi seperti ini adalah diperlukan untuk meminta sahabat, keluarga dan orang lain kerrjasama dan sokongan untuk membuat sesuatu.
7. Libatkan diri dalam program senaman harian. Ini boleh menambahbaikkan kesihatan anda.
Beri perhatian kepada rupa diri anda. Pakai baju yang kemas dan bersih setiap hari. Kelihatan kemas akan membolehkan anda merasa yakin dan gembira.
8. Hiraukan orang yang mengkritik atau membidas anda atau mereka yang menganiayai anda atau mereka yang mempunyai harga diri yang rendah dan sikap negatif.
9. Libatkan diri dalam projek yang boleh menggembirakan hati anda mengikut keupayaan anda.
10. Buat pilihan hidup dengan sendiri dan jangan membiarkan orang lain membuatnya bagi anda.

Khamis, 23 Oktober 2008

Burung Gatal

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent).

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punya burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuarters guru. Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuarters guru, oleh itu hari-hari burung ni perhatikan 3 orang cikgu yang bertutup litup tu ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.

Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah. Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi, tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2. Lama-lama makin boring pulak, jadi dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah.

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia, kemudian tonyoh-tonyoh sikit mata dia, pastu kibas-kibaskan kepak dia, pastu dia jerit kuat-kuat... "BELANG! PUTIH! BIRU!"

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat... Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang.

Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuarters guru, burung tu buat dek je... bila masa cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi..."PUTIH! BUNGA-BUNGA! PINK!"

Cikgu-cikgu tu terkejut... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa... cikgu pertama bercakap "macam mana burung kakak tua tu tau warna spender yang kita pakai?"

Cikgu kedua menjawab "Tak tau pulak .... ahli sihir ke apa ntah."

Cikgu ketiga mencelah "Alah... kebetulan je agaknya. Takpe, kita tengok esok pulak macam mana."

Keesokan harinya macam biasa... pagi-pagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu... burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah.

"Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu... dua..." dan seterusnya.

Bila cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung... Burung pun tengok... dia jerit lagi... KELABU! HIJAU! PURPLE!"

Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi.

Cikgu pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap.... heh, apa nak buat hah?"

Cikgu kedua "Kita mesti buat sesuatu untuk uji burung tu."

Cikgu ketiga..."Aku tau, apa kata esok kita semua pakai warna hitam."
"Okey... Set!" balas depa.

Keesokan harinya... sama juga. Bila nak ke sekolah, burung tu jerit lagi... HITAM! HITAM!HITAM!"Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi.

Di sekolah mereka berbincang...
Cikgu pertama "Nampaknya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent."
Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna."
Cikgu ketiga"Betul tu, mungkin dia dilatih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai spender langsung."

"Orait! Set!" depa jawab. Keesokan harinya, lagi sekali macam biasa. Di waktu pagi burung buat dek je.... bila cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok, ditenungnye lama-lama... cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... sambil toleh-toleh kat burung tu... burung tu tengok lagi... dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu... dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng... dah tu dia pandang ke depan balik... dia garu-garu kepala... dah tu usap-usap dagu... dia cekak pinggang.... dah tu burung tu pegang dagu lagi... pastu dia senyum. Dia jerit lagi kuat kali ni..."LURUS!!! LURUS!!! KERINTING!!!"

Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamaknya.

Ucapan yang Mempengaruhi Sejarah

Berhati-hatilah dengan ucapan kerana mungkin dapat mempengaruhi sejarah!

Pada 20 Julai 1969, Komandan Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong terkenal sebagai manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki ialah; "That's one small step for man, one giant leap for mankind" Kata-kata tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri; "Good Luck Mr. Gorsky".

Pada saat itu orang-orang di NASA berpendapat ia hanya sindiran halus kepada pesaing mereka, iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat tidak ada nama Gorsky dalam senarai angkasawan Amerika mahupun Soviet. Bertahun-tahun setelah itu ternyata masih ramai masyarakat yang penasaran dan mempersoalkan erti kata Armstrong "Good luck Mr. Gorsky". Setiap kali ditanyakan, Armstrong hanya tersenyum penuh makna.

Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, dalam wawancara, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Akhirnya Armstrong menjawab pertanyaan itu. Disebabkan Mr. Gorsky telah meningal dunia, Armstrong berasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.

Cerita bermula pada tahun 1938 ketika Armstrong masih kanak-kanak. Dia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman belakang rumah. Suatu ketika, kawannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat di halaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah tingkap bilik tidur. Sang empunya rumah ialah Mr, dan Mrs, Gorsky. Ketika Armstrong sedang merangkak mengambil bola tersebut, dia mendengar jeritan Mrs. Gorsky sedang memarahi Mr. Gorsky. Dan jeritan itu yang membuat Armstrong yang masih kecil tidak boleh melupakannya seumur hidup. "Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!"

Rabu, 22 Oktober 2008

Kecantikan yang Kelam

Tersebut satu kisah yang menimpa seorang pakcik tua sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Al maklum, tandas di dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala dia sedang mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki, seorang pramugari ternampak perbuatan pakcik tua itu dan segera menegurnya.

Pramugari: (Dengan suara dikeraskan) Tuan tak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu.
Pakcik Tua: Mengapa?
Pramugari: Kotorlah sinki itu nanti.
Pakcik Tua: Tapi tidak disediakan gayung untuk saya mencuci kaki di mangkuk tandas.
Pramugari: Itu bukan alasan membasuh kaki di sinki.
Pakcik Tua: Habis, kalau saya hendak membasuh kaki di mana harus saya membasuhnya?
Pramugari: Tak perlu mencuci kaki ketika naik kapal terbang.
Pakcik Tua: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka dalam satu hari?
Pramugari: Tuan, orang macam saya paling tidak cuci muka sekali atau dua kali sehari. Takkan tuan tak tahu pramugari macam kami perlu jaga penampilan wajah. Kami kena rawat wajah kami setiap masa. Kami kena pastikan orang puas hati walau hanya dengan melihat wajah kami.
Pakcik Tua: Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, satu kali cuci tiga kali berturut-turut, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Jawapan seperti ini bukanlah pula hendak merendah-rendahkan orang lain tetapi sekadar membuat perbandingan ciri orang beriman bersama bukti dengan orang beriman tanpa bukti. Orang yang beriman bersama bukti, walau apa pun keadaannya dia akan lakukan semua kewajipan biarpun susah, sebaliknya orang beriman tanpa bukti berpegang teguh pada suara hati tetapi tidak sanggup atau kecundang tatakala diberikan sedikit ujian.

Selasa, 21 Oktober 2008

Dua Puisi Romantis Lelaki vs. Perempuan

Puncak Cinta Bara Asmara

Dewiku
dalam kesepian begini
kuingin hanya satu: merasa panas nafasmu
dalam dakapan seorang perempuan
yang kemas meramas ganas
desak-mendesak dalam mesra
peluk-memeluk melepas dahaga

Emas Tempawan
lelaki sejati pasti tumpas
dikerling matamu pasti kandas
digelak galakmu pasti lemas
di teluk pualam di tubir emas.

Bukan aku jalang
jika kumimpi panas dakapanmu
engkau perempuan
ibarat gunung belum didaki
menarik ingin hati lelaki
hendak menapak di celah gaungmu
fana sesaat penat terlelap
waktu asyik minum di kolammu

Dewi Puspita
jika kau bunga
telah kuramas dalam tanganku
baunya kuhembuskan di celah selimut
kubawa mesra dalam mimpiku
tapi kau merpati
dekat tak tertangkap
dalam manjamu
jauh terasa ada di sisiku
meskipun hanya bayangan tubuhmu

Permaisuri Juwitaku
setiap gerak setiap isyarat
setiap kau angkat lengan gebumu
gemuruh gempar seluruh darahku
setiap rambut setiap roma
setiap urat setiap saraf
segala yang lena bangkit menerjang
siap menanti goyang pingganggmu
dalam paduan paluan perang!

Dikau Ratu Asmara
engkau bukit engkau gunung
izinkan daku mendaki curammu
biar kujelajah kurenang dalam
engkau gua diserkup gerbang
bukalah pintumu
biar kumasuk sebagai lelaki
membawa palu memukul gendangmu
dalam paluan api asmara;
engkau kuda merengkek galak
lenggang pinggangmu bila kutunggang
angkat kakimu bila kupecut
kita berlari – kita berlari
biar termengah nafasmu sesak
kupegang rambutmu, kupecut cabok sakti
kita berlari – kita berlari
hingga nafasmu sesak
dan longlai dalam pelukan
erat rapat, mesra lupa
hingga tercetus keluhan meminta:
“oh kekasihku, pacuku lagi
tunggangi daku dengan cabokmu
biar kulesu dalam berlari!”

Mastika hati, kekasihku
puncak cinta, itulah sayang
bila berakhir pacuan laju
nafas nafsu menjadi layu
dua anggota bulat bersatu
damai terlena dalam lesu

Mohd Affandi Hassan, 1997


Lautan Di Waktu Subuh

Lautan di waktu subuh
ia tidak mengharukan
sepi tidak juga

Lautan di waktu subuh
ia tidak bengis
tidak juga dahsyat

Lautan di waktu subuh
ia seorang gadis yang baru merasai
nikmat keriaan hidup di malam pernikahan
melimpah keriangan membanjiri jasadnya
nikmat meliputi mempesonakan

Mahu disuarakan ke seluruh dunia
tapi, dalam genta keriaan subuh itu
ia malu pabila mengenangkan sekian
yang mengerikan buat pertama kalinya
namun itu kemesraan – lembut dan malu!

Lautan di waktu subuh
ia gadis yang menghirup rindu
dengan rahsia sebuah malu

Lautan di waktu subuh
di mana langit dan lautan bertemu di hujungnya
adalah pemandangan yang menakjubkan
riak mengusik gelombang beralun, ombak berteriak!
adalah peralihan waktu
fajar sinar dewasa

Zaihasra, 1979

Isnin, 20 Oktober 2008

Antara Manusia dan Buah-buahan

Untuk renungan semua:

Jangan Suka Mendedah Tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia Terhadap Pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan Dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam,
tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga Kesucian Dalam Pergaulan
Jadilah seperti sengkuang.
Walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Ahad, 19 Oktober 2008

Adat Istiadat Istana

Adat Tertib Mengadap Bagi Orang Awam
Apabila mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, hendaklah berdiri tegak dengan kaki kanan dan kiri dirapatkan. Luruskan kedua-dua tangan dan memberi hormat takzim dengan cara menundukkan dan mengangkat kepala sekali sahaja dan hendaklah jangan terlalu tunduk seolah-olah membongkok yang menyerupai adat hormat masyarakat Jepun. Selepas itu berjalan perlahan-lahan menghampiri baginda, dan tidak pula terlalu rapat. Jarak dengan baginda Tuanku adalah lebih kurang dua hingga tiga kaki. Beri hormat takzim sekali lagi. Bagi orang Islam adalah lebih elok jika mengucapkan "Assalamualaikum Tuanku". Bagi orang yang bukan beragama Islam boleh mengucapkan "Selamat Pagi Tuanku" atau "Good Morning Your Majesty" bagi rakyat asing mana yang berkenaan. Berundur kira-kira tiga tapak dan tunduk hormat sekali lagi.

Adat Tertib Mengadap Bagi Pegawai Berpakaian Seragam
Bagi pegawai berpakaian seragam apabila mengadap hendaklah memberi “Tabik Hormat Penuh” (Full Salute) dahulu sebelum tunduk memberi hormat takzim. Jika berdiri jauh, perlu “Tabik Hormat” dahulu sebelum berjalan menghampiri baginda, selepas itu beri hormat takzim.

Hormat Takzim Apabila Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Atau Raja Permaisuri Agong Sedang Bersemayam
Apabila mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sedang bersemayam di atas kerusi, hendaklah berdiri dengan kaki kanan dan kiri dirapatkan. Luruskan kedua-dua tangan dan beri hormat takzim dengan cara menundukkan dan mengangkatkan kepala. Perilaku menundukkan kepala hendaklah dilakukan dengan penuh hormat dan tertib, iaitu dengan memberhentikan seketika segala pergerakan sebelum kepala ditundukkan ke arah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong mana yang berkenaan. Kemudian meghampiri baginda, berlutut dan mencium tangan baginda. Selepas itu berundur kira-kira tiga tapak, beri hormat takzim sekali lagi sebelum berpusing.

Adat Tertib Menyembah Sembahan
Jika menyembahkan sesuatu persembahan berupa surat, cenderamata, bunga dan sebagainya kepada Tuanku dalam Majlis Rasmi hendaklah terlebih dahulu tentukan bahawa telah disediakan dua buah dulang yang beralaskan kain berwarna kuning. Sebuah untuk diletakkan persembahan dan sebuah lagi untuk Setiausaha Sulit atau untuk Pegawai Pengiring Peribadi atau Dang Perwara yang ditugaskan menyambut semula cenderamata daripada Tuanku. Beri hormat takzim kemudian mara ke hadapan anggaran tiga langkah atau sehingga berhadapan. Kemudian beri hormat takzim sekali lagi barulah sembahkan sembahan itu. Selepas itu berdiri tegak sebentar dan beri hormat takzim sekali lagi. Jika Tuanku menghulurkan tangan untuk bersalam, hendaklah beri hormat takzim sambil mencium tangan baginda. Undur tiga tapak ke belakang. Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing dan kembali ke tempat asal.

Adat Tertib Menyembahkan Sembah Apabila Tuanku Bersemayam (Duduk)
Beri hormat takzim dahulu kemudian mara ke hadapan anggaran tiga langkah atau sehingga berhadapan mengadap atau di sebelah kiri kanan tertakluk kepada keadaan tempat baginda bersemayam. Beri hormat takzim dan kemudian kendurkan kaki hingga hampir berlutut dengan lutut kiri mencecah lantai dan sembahkan persembahan itu. Jika Tuanku menghulurkan tangan, sambut serta cium tangan baginda. Kemudian bangun dan berdiri sebentar, beri hormat takzim, undur tiga tapak ke belakang baru duduk semula ke tempat asal atau berpusing dan berjalan balik ke tempat asal, tertakluk kepada keadaan.

Adat Tertib Duduk Dalam Majlis
1.Apabila duduk berhadapan dengan Tuanku hendaklah duduk dengan penuh adab sopan. Tidak duduk "bersila panggung" atau mengangkat kaki atas kaki atau lulut atau menghalakan tapak kaki ke hadapan Baginda ataupun berlunjur ataupun bersilang kaki.
2. Jika duduk di majlis makan, hendaklah duduk dengan tertib. Kedua-dua tangan hendaklah diletak di atas peha dan tidak berpeluk tubuh. Siku tidak diletak di atas meja dan jika terpaksa meletak tangan di atas meja, letakkan tangan setakat pergelangan tangan di atas meja. Mendagu tidak dibenarkan.
3. Apabila duduk, elakkan dari duduk bersandar seolah-olah badan hendak menggelungsur turun.
4. Dalam majlis rasmi, elakkan dari berbual-bual sesama sendiri sehingga lupa bahawa Tuanku di hadapan. Jika perlu berbincang, bicaralah dengan perlahan dan penuh tertib.
5. Jika Tuanku berangkat lalu di hadapan atau di belakang, di tepi atau di sebelah, adalah takzim jika bangun berdiri mengadap atau berpusing mengadap baginda dan tundukkan kepala sebagai tanda hormat.
6. Bagi wanita, sekiranya duduk mengadap Tuanku di atas lantai, hendaklah bertimpuh dan kain hendaklah menutup kaki bagi wanita yang memakai kain labuh. Jika tidak, bertimpuh sahaja dengan tertib. Bagi lelaki, hendaklah duduk dengan bersila dengan tertib dan sopan dan tidak duduk dengan melunjurkan kaki atau mengangkat lulut dan sebagainya. Merokok tidak dibenarkan.

Adat Tertib Dalam Majlis Makan
Tertib di meja makan hendaklah sentiasa dijaga, antaranya:
1. Jangan memulakan makan sebelum Tuanku santap.
2. Jauhkan dari menganga besar apabila menyuap makanan. Apabila mengunyah makanan, mulut dan bibir hendaklah ditutup. Jangan bercakap dengan mulut yang penuh makanan.
3. Tentukan penggunaan alat-alat memakan seperti pisau, garpu, camca dan sebagainya, digunakan dengan betul dan jangan sampai berbunyi bising. Sisa-sisa makanan tidak dibiarkan atas alas meja.
4. Selepas habis makan, camca, pisau dan garpu hendaklah disusun rapat dan tidak dibiarkan berselerak.
5. Jika makanan terselit di gigi, elakkan dari mengorek gigi dengan jari. Gunakan napkin untuk menutup mulut apabila mengeluarkan makanan yang terselit di gigi itu.
6. Ketika batuk atau bersin, mulut hendaklah ditutup dengan napkin.
7. Elakkan dari menguap atau sendawa kekenyangan kuat-kuat.
8. Jangan mengorek telinga, menggaru-garu badan, meggeliat, mematahkan jari tangan dalam majlis jamuan.
9. Jauhkan dari mengangkat dagu atau meletak kedua belah siku di atas meja.
Apabila duduk di meja makan, bagi wanita, tas tangan hendaklah digantung di sebelah kanan 10. dengan menggunakan handbag holder dan tidak sekali-kali di atas meja makan walaupun tas tangan tersebut kecil.

Adat Tertib Mengiring
1. Apabila mengiring Tuanku, hendaklah berjalan di belakang sedikit daripada Tuanku dan tidak sekali-kali seiring dengan baginda (sebelah kiri atau sebelah kanan).
2. Apabila terpaksa berlalu di hadapan atau di belakang Tuanku, hendaklah tunduk dengan hormat sambil berkata "Patik pohon lalu Tuanku".
3. Apabila baginda berangkat lalu dihadapan, hendaklah memberi tunduk hormat (bagi lelaki). Jika baginda berangkat lalu di belakang, hendaklah berpusing mengadap Tuanku dan menundukkan kepala dan memberi hormat dengan takzimnya.
4. Apabila berdiri berhadapan dengan baginda/Kerabat-kerabat Diraja, elakkan dari berpeluk tubuh, bercekak pinggang, menyelok saku atau bersilang tangan di belakang.
5. Bagi wanita yang menjadi pengiring rapat, jangan membawa tas tangan yang bergantung di bahu.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Teka-Teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185) .

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. " (Surah Al-A'raaf, Ayat 179)

Imam Ghazali: Apa yang paling berat di dunia ?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaalik.
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?
Murid- murid dengan serentak menjawab: Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Telinga Si Ibu

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengah hari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.

Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi sebagai pegawai diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.

”Tunggulah, masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui.

Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikalnya, tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU. Penyesalan di kemudian hari tidak berguna. Selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.

Kisah Burung Kanada

Pada saat musim dingin hampir menjelang, sekumpulan burung Kanada memutuskan untuk bermigrasi dari belahan bumi bahagian utara ke selatan. Namun dalam perjalanan, tiba-tiba salah seekor daripada burung tersebut berkata, "Aku pasti dapat menghadapi musim dingin kali ini, bukankah banyak haiwan lain yang mampu melewatinya. Jadi mengapa harus pindah?" Akhirnya dia memutuskan untuk kembali ke tempatnya semula dan tetap tinggal dalam musim dingin yang semakin menusuk.

Di saat musim dingin telah berjalan lebih dari satu bulan, ternyata dinginnya menjadi bertambah menusuk tubuhnya. Ia tidak pernah merasakan kedinginan yang luar biasa seperti saat ini. Bukan itu sahaja, dia juga tidak berhasil mendapatkan makanan barang sedikit pun. Akhirnya dia sedar bahawa untuk terus hidup, ia harus terbang ke Selatan. Maka terbanglah burung tersebut ke arah selatan dengan susah payahnya kerana menahan dingin.

Setelah beberapa saat terbang, tiba-tiba turunlah hujan. Titisan air hujan di musim salji ini ternyata telah membuat sayap-sayapnya menjadi kaku kerana air hujan tadi telah menjadi butir-butir ais yang membeku. Diapun sedar dan memutuskan untuk menghentikan perjalanannya kerana suasana yang dingin akan membuatnya bisa menjadi mati.

Burung tersebut kemudian mendarat di kandang lembu. Saat sedang kelelahan, tiba-tiba lewatlah seekor lembu dan dengan seenaknya membuang najisnya ke tubuh si burung tersebut. Dengan kesalnya sang burung berkata, "Sial, sudah jatuh, ditimpa tangga pula." Namun dua minit kemudian, dia merasakan kehangatan yang luar biasa di seluruh tubuhnya, dan butiran-butiran ais yang melekat di tubuhnya menjadi cair. Otot-ototnya tidak lagi kaku dan mula dapat digerakkan. Dia mulai melupakan bau najis yang melekat di tubuhnya, dan dengan riangnya ia bernyanyi.

Saat itulah seekor kucing tua tiba-tiba muncul dan langsung menerkam sang burung. Akhirnya matilah burung tersebut di tangan kucing. Tamatlah riwayatnya.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Doa Jodoh

“Ya Allah, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah…
tapi kalau bukan jodohku,
jodohkanlah…
jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…
kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapat jodoh
yang lain selain aku…
kalau dia tidak mungkin dijodohkan denganku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku…
dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali…
kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah!
jodohkanlah denganku…
jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dan kemudian jodohkan
kembali dia denganku…
Amin.”

Khamis, 16 Oktober 2008

Adab Bersama Guru

Dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru maka manusia akan menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Oleh kerana itu Islam sangat mengambil berat tentang guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Oleh kerana itu seorang pelajar mestilah memelihara adab-adab bersama guru.

Adab-adabnya antara lain adalah seperti berikut:

1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.
4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.
8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.
9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.
10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.

Rabu, 15 Oktober 2008

Gurindam Mujahiddin

(cikgu bersama rakan seperguruan seni silat tempur tongkat pada tahun 2002)

Alhamdulillah pembuka madah
kepada pemberi qudrah iradah
salam buat penghulu ummah
contoh teladan hidup berhemah

Wahai tuhan yang maha gagah
menghancurkan musuh dengan mudah
cuma dengan zatnya yang wahdah
tiada musuh boleh menghindar padah

Berikan kami kekuatan izzah
petunjuk hidayah serta inayah
sikap ta'awwuf seta muhabbah
hindarkan dengki juga jenayah

Sinari kami cahaya cerah
agar tidak tersasar arah
bersengketa berpecah belah
hingga harakah menjadi lemah

Ya Allah, tuhan pemberi limpah
yang meliputi setiap zarah
memulakan Adam dari tanah
menjadikan tulang, daging dan darah

Dari air yang bersifat rendah
tercipta nutfah dan mudghah
sedarlah diri jangan bermegah
cuma Kau saja tempat menyembah

Anugerahkan kami nafsu mahmudah
pengganti sifat amarah mazmumah
agar rohani tinggi menerjah
hampir di sisimu dalam pasrah

Limpahan berani, sabar dan tabah
sanggup berkorban pantang menyerah
biar hancur badan berkalung tanah
sumpah ikrar kami sebagai syahadah

Jadikan kami bak anak panah
ke hati musuh pantas menerjah
tepat, tembus geletah gelabah
ketakutan lari tak tentu arah

Jadikan kami gagah menggagah
hingga musuh gundah payah
rebah lemah akhirnya musnah
barulah lenyap segala fitnah

Ya Allah Tuhan Maha Penterbujjah
mencipta zuriat kami dari fitrah
didiklah mereka akhlak al karimah
agar kelak menjadi tunjang ummah

Ya Allah limpahkanlah barokah
terhadap seluruh ummah dan jemaah
segala dibuat menjadi mudah
hingga lahirlah baldatun toyyibah

Ya Allah Yang Maha Pemurah
sesungghnya kami mengharap maghfirah
agar selamat dunia wal akhirah
mendapat alasan di dalam jannah

Aku Hidup Dalam Blues

Ramai orang kata kerja cikgu ni rileks, banyak cuti dan macam-macam lagi. Kita tengok kehidupan salah seorang responden yang dikaji. Beliau ialah salah satu contoh lelaki bujang bekerjaya yang mempunyai hidup yang menyeronokkan. Namanya ialah Cikgu Raja (bukan nama sebenar).

Hari Isnin-Jumaat

5.00 am – bangun, buat sedikit senaman silat
5.15 am – gosok baju
5.30 am – bercukur, mandi
6.00 am – sembahyang subuh, bersiap
6.20 am – sarapan (roti bakar+marjerin, coklat panas Cadbury)
6.30 am – bertolak ke sekolah
7.00 am – sampai di sekolah, punch card, buka pusat sumber dan pusat akses internet
7.15 am – baca akhbar
7.30 am – perhimpunan pagi, buat spotcheck (geledah beg, potong rambut budak, tetas kaki seluar fit, kejar budak datang lewat)
7.45 am – masuk kelas
10.30 am – rehat, buka internet baca e-mel
11.00 am – buat kerja-kerja am pusat sumber
2.00 pm – pulang ke rumah
2.30 pm – sampai ke rumah, mandi, sembahyang
3.00 pm – jalan kaki pergi restoran, main internet sampai penat, makan petang
6.00 pm – pulang ke rumah, sembahyang, riadah (shadow boxing / senaman silat)
6.30 pm – mandi, bersiap ke masjid
9.00 pm – semak buku latihan murid, baca majalah/buku
10.00 pm – telefon makcik tiri (?), tidur.

Sabtu-Ahad

5.00 am – bangun, buat sedikit senaman silat
5.30 am – mandi, sembayang subuh
6.30 am – menaip, menulis, membaca
7.30 am – sarapan di kedai mamak (nasi lemak+teh tarik banyak manis)
8.00 am – bertolak ke sekolah
8.30 am – mengajar silat/tomoi
11.00 am – pulang ke rumah, singgah kedai mamak main internet
2.00 pm – baru betul-betul sampai ke rumah.
3.00 pm – tidur (sebab penat bersilat)
5.00 pm – basuh+kilat kereta, ushar anak makcik depan rumah
7.30 pm – pergi restoran, makan malam (nasi kukus+sup ekor+telur goreng+kailan ikan masin), main internet
10.00 pm – balik rumah, sembahyang, sms makcik tiri (?), tidur

Selasa, 14 Oktober 2008

Tips Menambahkan Kasih Sayang Awek

1. Kalau nak bagi hadiah ke apa ke, jangan ‘bagi tangan’. Walau pun hari-hari jumpa, namun sebaik-baiknya pos hadiah tu. Bagi ada element of surprise. Orang perempuan ni suka sangat terkejut-kejut macam tu. Tambahan pula kalau hadiah tu sampai semasa dia sedang dikelilingi oleh kawan-kawannya. Kembang semacam, beb.

2. Kalau awek tu baru makan pancing, elakkan daripada menghadiahkan minyak wangi kepadanya. Nanti dia anggap kita perli bau badannya. Jangan bagi alat solek atau cermin, nanti dia kata kita anggap dia tak cantik. Dah tu nak bagi apa? Mudah. Fotostat IC, lesen memandu, alamat lengkap, nama mak ayah, alamat kampung halaman. Masukkan semua tu ke dalam kotak, bungkus elok-elok. Tentu dia suka. Tentu dia percaya pada anda sampai mati. Tentu lepas tu senang anda dapat apa yang dihajati. (Dan tentukan lepas tu anda tahu macam mana nak lari).

3. Kalau ke outstation atau ke mana-mana, jangan bagi tau awek waktu dan tarikh sebenar anda nak balik. Nanti buatnya terlambat dua tiga minit, mulalah belalainya bertambah panjang sejengkal dua. Yang best, anda baliklah sehari atau sejam lebih awal. Tengoklah nanti macam mana dia terjerit-jerit kegembiraan. Heh, perempuan ni kalau dia dah suka, ‘apa’ pun tak apa. To be precise, kata orang putih: ‘apa-apa’ pun tak apa.

4. Sesekali bagi la kad ke, hadiah-hadiah kecil ke secara rahsia. Maksudnya letakkan kad atau hadiah tu secara sulit di dalam bilik atau di dalam pejabat atau di dalam keretanya. Tapi pastikan la benda tu diletakkan di tempat yang dia senang jumpa. Jangan jadi macam seorang kawan tu, ada ke patut dia letakkan benda yang dijadikan bahan surprise aweknya tu di dalam stor rumahnya. Dan yang surprisenya bukan si awek, tapi bini dia!

5. Cuba panggil dia dengan panggilan yang lain daripada yang digunakan oleh orang sekelilingnya. Biar nampak special sikit. Panggillah Ayang ke, Anja ke, Angel ke, Mama ke, Honey ke. Jangan panggil Horney dah le. Nanti tiap-tiap bulan dia mengandung jenuh anda nak panjat dinding.

Kelebihan Awek-awek Kita

Benarkah perempuan kaum yang lemah? Sedarkah kita di sebalik kelemahan kaum perempuan itu, terdapat kelebihan mereka yang sangat ketara, baik daripada segi saintifik mahu pun tak saintifiknya. Antara kelebihan itu ialah:

1.Perempuan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada lelaki. Biasanya sehingga tiga empat tahun. Kalau ikut statistik, pada tahun 2007, dari jumlah orang yang berumur 65 tahun ke atas, lelakinya adalah 509,260 dan perempuan pula 645,792).

2. Metabolisma perempuan umumnya lebih rendah daripada lelaki.

3. Rangka perempuan berbeza daripada lelaki. Kepala mereka lebih pendek, muka lebih lebar dan kaki lebih pendek.

4. Perempuan mempunyai buah pinggang, hati, perut dan beberapa organ dalaman lain yang lebih besar daripada lelaki.

5. Perempuan mempunyai lebih banyak jenis hormon.

6. Tiroid perempuan lebih besar dan lebih aktif, terutama semasa mengandung dan ‘period’.

7. Darah perempuan mengandungi lebih banyak air dan 20 peratus lebih kurang sel darah merah daripada lelaki.

8. Jantung perempuan berdegup lebih pantas; purata 80 seminit, berbanding dengan 72 untuk lelaki.

9. Perempuan lebih tahan dengan cuaca panas berbanding dengan lelaki.

10. Perempuan lebih banyak masuk kedai kain, menghabiskan tisu, makan buah jambu dan asam boi, dan melihat cermin jika dibandingkan dengan lelaki.

Isnin, 13 Oktober 2008

Satu, Dua, Tiga... Jadi!

(gambar ini sekadar hiasan sahaja, tiada kena mengena dengan artikel di bawah)

ANDA nampak seorang yang anda berkenan, tapi tak berani bertindak lebih daripada setakat menjeling-jeling dengan ekor mata? Kemudian silap-silap, bila dia jeling balik anda tunduk belek hujung kuku macam Gurkha hilang batu cincin? Sampai bila nak jadi macam tu? Apa masalah anda sebenarnya? Kurang yakin? Gemuruh? Takut kalau didekati, orang tu tak layan. Takut kena ludah? Takut dia berpaling ke lain atau takut dia panggil kawan rakannya ramai-ramai untuk gelakkan anda? Kalau itu masalahnya, cuba atasi.

Caranya:

1) Mula-mula yakinkan diri yang dalam muka bumi bukan anda seorang ada masalah macam tu. Kekhuatiran yang anda alami sama sahaja dengan apa yang dirasai oleh orang lain. Ada orang mungkin risau dan bimbang dengan berat badannya, yang lain pula dengan ketinggian atau kerendahannya. Semua orang ada perasaan tak secure macam tu. Jadi kalau orang lain pun macam anda, apa nak takut?

2) Siapa sebenarnya yang menguasai siapa? Andakah yang berkuasa atas diri anda atau orang lain yang berkuasa ke atas anda? Siapa yang boleh menyebabkan anda rasa diri anda macam tak cantik, tak segak, tak kemas, serabut, nampak bodoh dan sebagainya? Tentu anda sendiri. Dah tau ada kuasa ke atas diri sendiri, ubahlah. Buatlah apa yang patut supaya anda nampak, atau pun jadi macam orang.

3) Cuba buat benda-benda baru sekurang-kurangnya sekali seminggu. Tujuannya nak boost up level of confident anda. Apakah benda baru yang boleh dibuat? Macam-macam. Misalnya pergilah ke tempat yang anda tak biasa pergi – pejabat menteri ke, hotel tujuh lapan bintang ke. Lepas tu cuba buat selamba di situ. Ingat, buat benda-benda baru, bukannya beli barang-barang baru.

4) Jangan terlalu fikirkan sangat tentang orang yang anda ingin dekati itu. Buat selamba je. Anggap dia cuma manusia biasa, bukannya sesiapa. Dah tu jangan tunjuk kagum sangat pada dia. Kalau dari jauh lagi dah dok buat perangai kecur air liur, payah la. Secara tak langsung anda hanya akan menyebabkan orang tu perasan, dan akibatnya dia mulalah nak ‘dajal-dajalkan’ anda.

5) Tanya balik pada diri sendiri, selama ni dah berapa ramai orang yang kena bunuh atau dihukum penjara kerana ingin mengenali seseorang dari dekat? Kalau belum ada, hah, apa nak takut, pergi jelah.