Jumaat, 26 September 2008

Minyak Cendana

Industri gaharu dan cendana sudah lama diusahakan oleh Masyarakat Melayu sejak dahulu kala lagi. Salah satu faktor penjajahan oleh Bangsa Eropah di Nusantara ialah kerana ingin menguasai perdagangan gaharu dan cendana.Bagi peminat keris pula, wangian cendana sudah sebati dengan mereka. Campuran minyak kelapa yang dicampur cendana sudah lama digunakan untuk merawat keris dan senjata Melayu lain. Di samping mengelakkan karat, ia juga menjadikan keris berbau wangi setaraf dengan kedudukannya sebagai senjata yang melambangkan keperibadian pemiliknya.Biasanya minyak cendana akan disapukan pada mata keris sesudah selesai semua proses mencuci keris. Harumannya bertahan sampai 3 hingga 6 bulan bergantung kepada kepekatan dan kadar peratusan cendana yang terdapat dalam minyak tersebut. - sumber Cikgu Nasir

Ahad, 21 September 2008

Puisi Yakin Seorang Pengantin


(buat Karim dan pasangan yang bernikah hari ini)

Selamat tinggal aduhai bujangku
setakat ini kita bersama
tak akan kukesali
perpisahan ini
walau tak mungkin bertaut kembali

To A Great Dad


Just looking back with love today on special memories-
the times I really needed your advice…
the strong support you've always been
through changes in my life
your many gifts of willing sacrifice…
the good example that you set in quiet, thoughtful ways
that I understand much better since I'm grown…
and most of all, remembering
the friend you've always been
the wise and patient love
you've always shown

You taught me how to throw a ball
and how to change a tire
you taught me how to fix a leak
and grill steaks on the fire
you taught me how to stand up straight
and make myself look taller
but the best thing that you taught me dad…
is how to stretch a dollar

Reasons Why I Love You


First I would just have to say
seeing you just brightens my day
when I look into your eyes I can see
the real feelings that you have for me

I can see the things you don't want me to know
I can see the feelings that you don't show
when your hands slide down over my skin
the feelings of love will show again

Happy and content is how I feel with you
you never make me upset or blue
you try to please me in every way
which is one of the reasons you brighten my day

You are in my thoughts both day and night
you bring in my morning light
as sleep consumes me, you are near
either on my mind or laying there

My dreams have been sweeter since we met
that day is a day I will never forget
if I had a day to live over again
that day in September is where I'd begin

Sabtu, 20 September 2008

Sajak Buat Isteri

Berpegangan tangan seia sekata
kita turuni lurah sengsara
kita naiki gunung bahagia
sambil aku menatap wajahmu
kau membalas pandangku
terjadi titik bertemu kasih dan sayang
jalinan ikatan suci bersemi di hati
dosa pun gugur di sela-seli jari
lalu lautan kasih sayang sama direnang
berat ringan sama pikul beban ujian
kita lapah dan cecah hati rakan taulan
dalam muafakat bijaksana
akan dijadikan pelita iktibar
ke jalan rahmat syukuri nikmat
kenal musibah sabar sepakat
kekal istiqamah segala ibadat

Apabila sejahtera sedari permulaan
dari desa permainan ke kota kehidupan
kuharap damai ke hujung perjalanan
dirimu di hatiku yang kukenang
idaman rasa siang dan malam
dua jasad berserah kepada-Nya
satu jiwa dalam iman dan takwa

Sajak Hadiah Hari Raya


Setelah puas mencari hingga ke Serambi Mekah,
akhirnya si mamat bertemu gadis idaman hatinya,
berwajah jelita, baik budi bahasa,
beragama, merdu suara dan pandai berteater.

Bila dah kena penyakit gila bayang,
tidur tak lena makan tak kenyang,
wajah si dia asyik terbayang,
di bilik mandi tempat si mamat lepas perasaan,
sambil berdendang nyanyi sorang,
amboi... amboi... amboi… cantiknya buah hatiku,
adoi... adoi… adoi... baiknya bakal mak mentuaku,
ehem… ehem… ehem… nak kahwin segera,
apakan daya duit belum cukup sejuta...
Nak ajak dating takut pada bakal pak mentua,
misainya melenting macam panglima perkasa,
untuk melepaskan rindu di hati setiap hari,
SMS dikirim pada buah hati,
setiap petang pura-pura berjoging,
lalu depan rumah gadis idamannya,
tak dapat tengok orangnya tak apa,
dapat tengok bumbung rumah pun jadilah.

Satu petang terserempak bakal pak mentua,
si mamat lari lintang-pukang macam murai tercabut ekor,
sebab gerun dengan misai melenting pak mentua.
Raya tahun ini paling gembira bagi si mamat,
sebab bakal pak mentua beri izin berjumpa,
dengan syarat datang beraya ke rumah,
dan bawa hadiah istimewa.

Lepas solat raya si mamat terus ke rumah gadis pujaannya,
sambil membawa hadiah hari raya,
bakal Pak Mertua menunggu di muka pintu,
sambil memegang sebatang kayu,
"Jaga tingkah laku nanti kena palu," katanya sambil mengurut misai melenting.

Beberapa hari sebelum raya si mamat ke gedung beli belah,
beli hadiah untuk gadis idaman kalbunya,
terserempak dengan seorang gadis kawan sekolah,
dipendekkan cerita gadis itu beli seluar dalam,
si mamat beli kain tudung untuk gadis idamannya,
mereka suruh jurujual bungkus dalam kotak cantik,
malangnya jurujual tersilap kerana terlalu sibuk,
berlaku pertukaran hadiah,
si mamat tak tahu dalam bungkusannya,
tersimpan 10 helai seluar dalam.

Sebaik sampai di rumah gadis idamannya,
si mamat menyerahkan bungkusan tersebut,
"Pakai hadiah istimewa ini di depan abang," katanya.

Dipendekkan kisah,
si mamat terlantar di hospital selama seminggu,
kerana dibelasah oleh bakal pak mentua.

Jumaat, 19 September 2008

Tips Kasut Kulit

1. Kasut kulit tidak boleh dipakai setiap hari, sekiranya hari ini anda memakainya, keesokan harinya ia perlu direhatkan dan gunakan kasut yang lain pula.
2. Kasut kulit memerlukan penjagaan lebih rumit berbanding kasut biasa. Ia boleh dibersihkan dengan berus lembut atau kain yang bersih. Untuk menyimpannya ia perlu diletakkan dengan pengeras kasut (shoe tree) untuk mengekalkan bentuknya.
3. Masa terbaik membeli kasut adalah pada sebelah petang kerana ia ‘mengembang’ lima hingga lapan peratus pada ketika itu.
4. Elakkan kasut kulit daripada terkena sinaran mentari yang keterlaluan kerana boleh merosakkan warnanya.
5. Sekiranya kasut kulit basah, keringkan ia dengan menekap kertas untuk mengeluarkan airnya, selepas itu biarkan ia kering sendiri.

Pewangi kesukaan


Brut, jenama barangan penjagaan diri yang sudah bertapak sejak 1964. Brut EDT ialah pewangi kesukaan cikgu sejak tadika lagi. Campuran lavender, citrus dan cendana begitu maskulin, musky dan kuat, menggoda, dicipta untuk lelaki yang ada kelas dan kontemporari. Harga tidak mahal sangat, cuma RM69.90. Sesuai untuk dijadikan hadiah sempena hari guru.

Sajak Atuk Merdeka


Sajak ini telah dideklamasikan semasa sambutan kemerdekaan peringkat sekolah pada 2 September 2008.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi kayu.
Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato', tauke dan menteri,
Jangan kau menjadi kayu tunggul.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.
Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan,
Jangan kau jadi pagar makan padi.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.
Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu,
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.
Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait,
Jangan kau menjadi bintang tiga.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.
Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen,
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin MERDEKA.
Jika kau ingin MERDEKA,
Lupakan perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!!

10 soalan yang lelaki tak suka dengar (kecuali cikgu)

1. ‘Duit abang di bank banyak mana?’
2. ‘Ni kereta siapa pula ni?’
3. ‘Abang minat telenovela cerita apa?’
4. ‘Abang suka bunga apa?’
5. ‘Abang pandai tak masak nasi, basuh baju, kemas rumah….?’
6. ‘Handsome tak lelaki tu?’
7. ‘Tiap bulan abang kirimkan duit kat emak tak?’
8. ‘Siapa yang call tadi tu?’
9. ‘Bila kita nak kahwin, bang?’
10. ‘Cakap! Ni rambut siapa? Ni bekas lipstik siapa?’

Lelaki yang sejati

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya kepada orang di sekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Mutiara Kata Cikgu Raja

Lelaki ibarat kumbang, makin banyak bunga dihinggapi, makin perkasalah diri.
Perempuan ibarat bunga, makin banyak dihinggapi kumbang, makin cepat la mati.

Untuk lelaki: Jangan sekali-kali bercinta sekali.
Untuk perempuan: Jangan sekali berkahwin berkali-kali.

Lelaki yang bertuah ialah lelaki yang mempunyai seorang isteri yang baik, manakala lelaki yang beruntung ialah seorang lelaki yang mempunyai isteri-isteri yang berbaik- baik.

Apabila seseorang lelaki membukakan pintu kereta untuk isterinya, ia mungkin kerana salah satu antara dua sebab; kereta tu baru, atau isteri tu baru!

Lelaki ibarat pohon. Perempuan ibarat daun. Lagi banyak daun, lagi rendanglah pohon... lagi banyak yang dapat berteduh.

Lelaki yang selalu kena marah dengan perempuan bukanlah lelaki yang gagal, sebaliknya cuma lelaki yang bebal...

Mutiara Kata

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Lelaki berusaha menunjukkan kebolehannya sebagai lelaki misalnya dari segi kesegakan dan kegagahannya. Sebaliknya perempuan pula berusaha untuk menyatakan sifat-sifatnya sebagaimana yang dikehendaki oleh nilai-nilai sosial dan budayanya misalnya dari segi kecantikan dan kehalusannya.

Sebaik-baik isteri itu adalah yang menyenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya serta hartamu apabila kamu tiada. Isteri yang mulia merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.

60 Petua Mendapat Pasangan

~ Oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ~

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji, cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Apabila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

The Malays in Kelantan

The Malays in Kelantan are by nature very creative. They are excellent weavers, wood carvers, goldsmith, silversmith, batik producers, kite making, boat making, and other creative abilities. Just look at the beautiful gifts created by their nimble fingers for the bride and grooms at engagements, weddings and other arrays of beautiful door gifts that greet you as you made your exit at wedding invitations.In general the Malays are very easy to please; soft spoken; helpful and possess a very pleasant disposition. But they are very sensitive and are easily irritated and normally cannot tolerate demeaning remarks about them or their family members.The Kelantan men, are at one time, very famous for “kapak bungkus” which is used to teach a lesson to those who deviate or display an improper conduct or behavior which are considered ill-mannered by Kelantan standard.Note: Kapak bungkus is a small axe. The blade only measures about one inch but the the handle is quiet heavy and can kill if correctly used. It is usually wrapped in yellow cloth.The Men in Kelantan are fearless and are very passionate about their women. They are well protected and are not allowed to find their own mates. The women cannot choose their own marriage partners without family blessings. So if a girl eloped with her boyfriend, a “kapak bungkus” will soon land on the boy’s head.The most scaring part of this teaching a lesson is however not done by the family members themselves, but by paid “kepala kapak bungkus” whose work is only to do the job and as soon as the job is done, the “kepala” will disappear across the border and nothing can be done about it.It is very easy to please the Kelantanese. Just be humble, and never display an air of arrogance or “Agah”, be it in speech or in behavior. Always keep a low profile, even if you are holding the highest position in the corporate, public or private sector.People like Pak Lah, our Honourable Prime Minister have that acceptable traits liked by the Kelantanese. Even the Menteri Besar of Kelantan likes him.Always maintain a simple life style and be sincere in your dealings. The Malays are also by nature very sincere in their dealings and do not take easily to those who are out to fool them. That is the reason why the Chinese are not welcome in Kelantan, unless they assimilate with the Kelantanese way of life.It is not uncommon to see Chinese adopting similar behavior to the Malays in Kelantan. They adopt their culture, dialect and do not speak their own mother tongue when they are in the company of Malays even with their own family.

Khamis, 18 September 2008

Praktikum Bestari

Pada 12 September 2008, pensyarah dari IPBMM, En. Shaari datang untuk melihat perkembangan saya berkaitan pembestarian sekolah. Saya telah menunjukkan kertas kerja bengkel yang diadakan pada 13 September (keesokan harinya). Kami juga berbincang tentang cara-cara merealisasikan sekolah ini menjadi sekolah bestari. Semasa bengkel pada 13 September, seramai 12 orang guru hadir. Saya menerangkan konsep dan elemen bestari. Selain itu, saya memberi tunjuk ajar bagaimana membuat e-mel, penggunaan power point, excel, publisher dan membuat blog. Bengkel selama 3 jam itu terasa singkat kerana pendekatan yang saya gunakan menarik perhatian mereka. Seramai 8 orang guru yang hadir bengkel itu saya serapkan ke dalam jawatankuasa pembestarian sekolah yang akan dimasukkan dalam buku pengurusan sekolah tahun hadapan. Pada 18 September pula, En. Shaari datang menyelia buat kali kedua. Saya menunjukkan kepadanya bilik akses internet, makmal komputer dan studio multimedia. Oleh sebab sebelum ini saya merupakan salah seorang AJK ICT sekolah dan penyelaras bilik akses, penerangan berkaitan kemudahan ICT di sekolah tidak menjadi masalah bagi saya. Kesimpulannya, penyelia berpuas hati dengan usaha saya.

Selasa, 16 September 2008

Petua indah berseri

Dalam masyarakat tradisi Melayu terdapat banyak petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang berkahwin dan mempunyai anak.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri.Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jimak setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap akan mengendurkan payudara anda.

Amalan Terbaik Dalam Hidup

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi.
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
13. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. Insya ALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya - Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana.
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripada-NYA.
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari.
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan.
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari.
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari.
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud.
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmat-Nya.
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari.
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih.
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih.
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain.
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu Dawud.
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar.
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadis: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami.
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

40 Fakta Dunia

1. Coca-Cola dulu berwarna hijau.
2. Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Mohammed.
3. Dalam bahasa Inggeris, semua nama benua diawali dan diakhiri dengan huruf vokal yang sama.
4. Otot terkuat yang ada di badan kita ialah lidah.
5. Setiap orang di USA mempunyai 2 kad kredit.
6. TYPEWRITER adalah kata terpanjang yang boleh ditaip dalam satu baris keyboard anda.
7. Perempuan mengedip mata dua kali lebih banyak daripada lelaki.8. Menahan nafas tidak akan membuat anda mati.
9. Setiap manusia tidak dapat menjilat siku tangannya sendiri.
10. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
11. Secara fizik, babi tidak boleh melihat ke langit.
12. Ucapkan "sixth sick sheik's sixth sheep's sick" beberapa kali, nanti anda akan mahir berbahasa Inggeris.
13. Bersin terlalu kuat dapat mematahkan tulang belakang, memutuskan pembuluh darah di kepala atau leher dan mengakibatkan kematian.
14. Setiap raja dalam daun terup melambangkan raja-raja besar zaman dahulu kala: Raja sekop - Raja Daud, Raja keriting - Alexander Agung, Raja hati - Raja Charlemagne, Raja daiman - Julius Caesar
15. 111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987, 654,321.16.
16. Kalau ada patung orang naik kuda dan dua kaki depan kuda itu naik di udara, itu tandanya orang itu mati dalam perang.
17. Kalau kaki kudanya cuma satu yang diangkat bererti orang itu cuma terluka dalam perang.
18. Kalau semua kaki kudanya menjejak tanah, bererti orang itu meninggal kerana sakit.
19. Apa persamaan jaket kalis peluru, pencetak laser, tangga kecemasan dan wiper kereta? Jawapannya: semua dicipta oleh perempuan.
20. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk ialah madu.
21. Buaya tidak boleh menggulung lidah.
22. Siput boleh tidur selama 3 tahun.
23. Semua beruang kutub kidal.
24. American Airlines dapat menjimatkan US$40,000 pada 1987 dengan cara mengurangkan 1 buah zaitun dari setiap piring salad yang mereka sajikan untuk penumpang kelas 1.
25. Indera rasa kupu-kupu ada di kaki.
26. Gajah satu-satunya haiwan yang tidak boleh melompat.
27. Selama 4000 tahun belakangan ini, jenis haiwan yang dipelihara di rumah cuma yang ada sekarang.
28. Rata-rata manusia lebih takut kepada labah-labah daripada mati.
29. Shakespeare mencipta perkataaan "Assassination" dan "bump".
30. Dengan menggunakan cara mengetik 10 jari, STEWARDESSES adalah perkataan terpanjang yang boleh ditaip hanya dengan jari-jari tangan kiri.
31. Semut selalu jatuh ke kanan setiap kali disembur cecair antihama.
32. Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.
33. Jantung manusia dapat menyembur darah sejauh 30 kaki.
34. Dalam tempoh 18 bulan, 2 ekor tikus boleh beranak lebih daripada sejuta anak tikus.
35. Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda.
36. Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum.
37. Setiap lipstik mengandungi sisik ikan.
38. Seperti cap jari, lidah manusia juga mempunyai bentuk yang berbeza-beza.
39. 99% orang yang membaca tulisan ini cuba mendarabkan fakta no. 15.
40. Dan akhirnya, 99% orang yang baca tulisan ini pasti cuba menjilat siku tangannya.

Tanda-tanda anda bayi kelahiran tahun 80-an



Kita membesar dengan menonton He-man, Transformers, Thundercats, Flashman, Gaban, Kesatria Baja Hitam, Woody Woodpecker, Chipmunks, Mickey Mouse, Ninja Turtles, Miss Comet, Maero Attack.

Berus gigi waktu rehat di sekolah rendah? hmm, mesti pegang cawan warna-warni, mencangkung di tepi parit dengan kawan sekelas semua di sebelah... ingat tak, misi masuk kelas dengan list dentist appointment, pastu bunyi gigi kawan kita kena gerudi di bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kena la tampal.

Ni mesti korang ingat... program minum susu di sekolah, nak galakkan budak2 masa tu minum susu. Sekotak 30 sen...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning pukul tapak tangan...

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen je di kantin. Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dengan keluarga.

Masa sekolah menengah, korang mesti beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan China tu... ada yang suka stoking tebal... internet? iPad? facebook? benda apa tu? DVD? apa tu? kaset tape pernah la dgr. Tiket wayang pun 5 ringgit je.

Kita pergi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, O-Ya, Tora, Ding Dang yang ada mainan kat dlm, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Bila dah abih exam, main Monopoly, Donkey, Happy Family dlm kelas.

Tapi bunyi loceng yang paling best, boleh beli aiskrim di luar sekolah.

Lagi satu loceng masa nak rehat, tinggalkan kerja sekolah, jom kita pergi makan.

Lagi satu yang seronok masa Pendidikan Jasmani, PJ. Main bola la, rounders la... permainan kegemaran, main guli, konda-kondi, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

Kita hilangkan dahaga dengan aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. Kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2!lipat kertas kecik2, pastu buat lastik.

Budak2 di university sekarang, kebanyakan lahir thn 1987/88. Sekarang digelar 'remaja'. Bagi diorg, mana pernah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, Westlife yg nyanyi.... bkn Billy Joel nyanyi...

Bagi diorang, ada satu je Jerman di dunia ni, dan ada satu je Vietnam.

1. AIDS wujud sejak diorang lahir.
2. CD pun wujud masa diorang lahir.
3. Michael Jackson dah putih masa tu.
4. Diorang percaya Spiderman dengan Incredible Hulk tu filem baru.
5. Diorang tak bleh bayangkan skrin hitam putih utk komputer.
6. Diorang tak pernah tau pun 'Atari' dengan 'Game & Watch'.
7. Diorang tak percaya pernah ada TV hitam putih... dan diorang sekarang tak reti nak switch on TV kalau takda remote control.
8. Diorang tak paham macam mana kita boleh hidup di universiti tanpa handphone...

Okey jom check kita ni dah tua ke:

1. korang paham apa yang korang baca di atas ni, dan korang mesti tersenyum
2. kebanyakan member skolah menengah kita dah kawin
3. korang mesti pelik bila tengok budak kecil main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bila tengok budak skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak banyak sembang dengan member melalui telefon lagi setiap hari
6. bila jumpa member lama dari semasa ke semasa, seronok bila bersembang pasal cerita lama, cerita kelakar yang kita alami masa kecil2, nakal2 dulu...

Senarai Tugas Guru Penyelaras Bestari


1. Merancang dan mengajar matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.
3. Mengurus dan menyenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi.
4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
6. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan oleh KPM.
8. Sebagai pengurus emel warga sekolah.
9. Memastikan integriti dan keselamatan data.
10. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT semasa.
11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak yang berkenaan.
12. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

Isnin, 15 September 2008

Sajak Silat Seni Gayong

Dengan Bismillah mula dikata
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia
Kerana wajib telah ternyata
Segala perbuatan mahulah diserta

Tempana nipis nama asalku
Keris pusaka Ratu Dewangga
Niat derhaka kepada Rajaku
Taming menyerah keris pusaka

Seni Gayong payung pusaka
Naungan aneka hikmat mulia
Rahsia tersimpan di purba kala
Ilham menyusul zahir semula

Tempana nipis nama asalku
Besi tua di Tanah Jawa
Hidup kembali kebudayaan bangsaku
Tidak Melayu hilang di dunia

Lembaganya bersih nyawanya suci
Berseru kepada putera dan puteri
Agama yang mulia junjunglah tinggi
Belalah bangsa, adat dan negeri

Majapahit nama negara
Tempat ratu raja Jawa
Kalau diguna akal bicara
Kebudayaan Melayu subur semula

Gayong mencantum bersatu padu
Mengingatkan junjungan ampunya seru
Sama sendiri bantu membantu
Selamat sejahtera hajat dituju

Seni Gayong seni asli
Dari pusaka ibu pertiwi
Umat Melayu menjunjung tinggi
Akhir hayat tidak dilupai

Matahari terbit di Palembang Siguntang
Tanahnya subur ditanam padi
Keris dihunus dipegang dijulang
Kesatriaan pahlawan timbul kembali

Seni Gayong sudah terpuji
Dijunjung oleh seluruh negeri
Pemuda pemudi harus pelajari
Agar Gayong kekal abadi

Gayong emas kendi pusaka
Bekalan air Raja Kesakti
Keris kuhunus langkah kumula
Bangsa Melayu sudah terpuji

Seni Gayong seni Melayu
Tidak senang untuk ditiru
Taat setia untuk mengaku
Supaya menjadi lambang Melayu

Besi kuning besi kesakti
Anak panah Sang Rajuna
Kembali Gayong kebudayaan asli
Di Tanah Melayu hulubalang tua

Seni Gayong seni pusaka
Dipimpin oleh putra negara
Supaya dapat taat setia
Amanat guru harus dijaga.

Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, 1942

Kacakkah cikgu?




Cikgu semasa tingkatan empat


Gambar selepas pembedahan


Gambar sebenar cikgu


Inilah gambar cikgu yang sebenar sebelum menjalani pembedahan plastik.

Pesan Lebai Malang

Pesan Lebai Malang
jangan jadi seperti aku
banyak berangan-angan
tetapi salah pertimbangan.

Aku ini hidup di kampung
bahagia rasanya orang menyanjung
dilihat rajin beribadat
dilayani dengan hormat
dikira alim diminta berkat
dijemput ke rumah
didudukkan di tengah
disalami para jemaah.

Suatu hari datanglah undangan
di hilir berlaku kematian
di hulu ada kenduri kesyukuran
aku yang dilihat tenang
diam-diam mencongak peluang
tak siapa menyangka
diam diam membayangkan hidangan
kenduri lebih enak lauknya banyak
tetapi kematian di hulu mengharap
kedatanganku
mereka yang mengundang terlebih dulu
dan aku telah setuju
kemudian tiba jemputan kenduri
menolak bererti rugi.

Lama juga berkira-kira
lauk sedap terbuka selera
banyak bererti laba
tak sedar hari meninggi
mengayuh ke hulu mengejar kenduri
pantang menolak rezeki

Waktu sudah dekat
aku hampir terlambat
hari panas arus pun deras
aku perlu bekerja keras
jika tidak mahu terlepas
namun, apabila aku sampai
semuanya sudah selesai
dengan penuh kecewa aku ke hilir pula
berkayuh sekuat tenaga
namun, kelajuan perahu terhalang
oleh air yang sedang pasang
aku sampai hampir petang
jenazah sudah sempurna dikebumi
khidmatku tak perlu lagi.

Begitulah dikata orang
malangnya Si Lebai Malang
mudik menongkah arus hilir menongkah pasang
di sana tak dapat nasi
di sini tak dapat makan
ke hulu terlepas habuan
ke hilir terlepas peluang.

Aku yang dilihat warak
sebenarnya tamak
sana mahu ditangkap
sini mahu dikepung
sana mahu dikejar
sini mahu dikendong
ke sana mengejar peluang
ke sini mengira untung.
Wahai anak cucu
jangan jadi sepertiku
lebih nafsu kurang ilmu
banyak bermimpi kurang strategi.
Zurinah Hassan, Salasilah

Hari Ini Dalam Sejarah

15 September 2008. Hari ini dalam sejarah. Janji temu kali ke-333 dengan Ila. Pelawaanku ke KB Mall disambut tanpa bersoal jawab. Satu petanda baik fikirku. Ya, mungkin lain kali kalau aku ajak dia ke tempat lain, Ila tidak banyak songel juga. Jangan salah faham, tempat lain yang aku maksudkan ialah kebun ke, sawah ke, hutan belantara ke, muzium ke, katil ke… aku tidak bermaksud lebih daripada itu.

Semasa berada di atas tangga lift untuk ke tingkat dua, aku dapat merasakan ‘perkembangan’ hidungku bertambah menjadi-jadi. Kembang sungguh. Bersebelahan tangga lift untuk naik itu, ada empat lima orang lelaki dan perempuan sedang turun. Mereka semuanya memandang ke arah kami. Yang lelaki lebih banyak memandang aku manakala yang perempuan pula pasti mencemburui Ila. Ah, kalau ada kuasa magis mahu rasanya aku gerakkan tangga lift itu naik turun hingga ke maghrib. Biar mereka yang di atas tangga lift itu terus kagum dan cemburu.

Di kafeteria, perkembangan hidungku tidak berkurang sedikit pun. Malah berlebih-lebihan lagi. Dan bukan aku sahaja, orang lain yang berhidung pesek macam buntut Proton Juara pun pasti tiba-tiba berasa semancung Hamid Karzai jika memiliki kesempatan sepertiku. Bayangkanlah berjalan beriringan dengan gadis yang cukup cantik. Barang siapa yang melihatku pasti diruntun kekaguman yang berterusan sebagaimana lelaki-lelaki di atas tangga lift tadi. Tentu mereka tertanya-tanya siapakah jejaka bertuah ini. Mungkin ada yang berkata koman-koman pun aku ini anak raja. Mereka tidak akan tahu yang aku sesungguhnya anak raja yang sudah hilang kedaulatannya. Dan percayalah, antara jantan-jantan malang itu tentu ada yang berdoa hendak mengambil alih tempatku. Bagi mereka, kalau dapat peluang tolong jemur kain Ila pun sudah dikira bagus, apatah lagi kalau dapat melangkah beriring dengannya.

Tips dalam meringkaskan karangan

1- Pelajar tidak boleh menyatakan pendapat ataupun pandangan sebaliknya hanya perlu menyatakan isi berdasarkan kehendak soalan.
2- TIDAK BOLEH menyalin bulat-bulat ataupun memotong ayat dan mencantumkannya menjadi satu ayat dalam ringkasan.
3- Ringkasan bermaksud menulis ISI PENTING berdasarkan soalan.
4- Tulis hanya SATU ISI dalam SATU AYAT.
5- Ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat.
6- Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi tidak mengubah maksud asal petikan.
7- Gunakan penanda wacana yang ringkas dan tepat bagi menghubungkaitkan isi dengan isi dan ayat dengan ayat. Contohnya, (namun,walau bagaimanapun, justeru dan sebagainya)
8- Gantikan kata bilangan dengan penggandaan yang menunjukkan bilangan bagi menjimatkan jumlah perkataan. Contohnya, ‘para pelajar’ (2 perkataan) ditulis sebagai ‘pelajar-pelajar’ (1 perkataan)
9- Tulis ringkasan hanya dalam SATU PERENGGAN dalam jumlah perkataan yang dinyatakan dalam arahan. (TIDAK MELEBIHI daripada 80 patah perkataan)

History of Thai Boxing

Nai Khanom Tom

Most of what is known about the early history of Thai Boxing comes from the Burmese accounts of warfare between Myanmar (Burma) and Thailand during the 15th and 16th centuries. The earliest reference mentions a ferocious style of unarmed combat that decided the fate of the Thai Kings.

King Naresuan the Great (1555 – 1605) was supposed to be a top class boxer himself, and he made Muay Thai a required part of military training for all Thai soldiers. Later another Thai King, Phra Chao Seua (The Tiger King) further promoted Thai boxing as a national sport by encouraging prize fights and the development of training camps in the early 18th century. The Tiger King himself was said to be an excellent boxer and often would enter local competitions wearing disguises and defeat local champions. Combatants’ fists were wrapped in thick horse hair for maximum impact with minimum knuckle damage. They also used cotton soaked in glue and ground glass and later hemp. Tree bark and seashells were used to protect the groin from lethal kicks.

In 1774 Nai Khanom Tom was a prisoner of war in Burma. The Burmese had captured him when they sacked and burned Thailand’s ancient capital Ayuthaya. King Mangra of Burma left his capital in the north at Krung Angwa to travel to Rangoon – today’s capital – to attend a religious ceremony. The celebrations incorporated many entertainments, sports and games including Thai Boxing.

The Burmese had their own martial art – one unlike Muay Thai called Parma. Parma relied heavily on the fist as the major weapon, whereas Thai boxers were famous then, as they are now, for their skill in using elbows, knees, feet, as well as fists in a fight. King Mangra wanted to see which fighting skill was superior and called for the best Thai boxer from the captured prisoners to fight his Burmese fighters. Nai Khanom Tom was the natural choice of the Thais as he was renowned for his Muay Thai skills. The scene was very different from today’s fights. No timekeepers, no rounds, no gloves – just the hands and forearms bound in hemp ropes. It was a bare knuckle fight to the finish, not in a ring, but an arena flanked by the pomp and panoply of a Burmese court fresh from victory.

There were basic differences between the two fighting styles. The Burmese boxers wore a traditional ankle length sarong in which they danced, almost in slow motion, around their opponent, waiting and looking for an opening. The Burmese relied on fists more than feet, knees and elbows. The Thais, on the other hand, fought in a traditional loincloth wrapped once around the body and tied in a knot at the back and used everything they could. Nai Khanom Tom had then a freedom of movement and mobility his opponent lacked.

Nai Khanom Tom must have been a greater fighter. Without pause, he took them on, one by one through a battering and bruising content. He defeated 12 of Burma’s best. King Mangra was one of the first to applaud the feat he had witnessed. ‘Every part of the Thai is blessed with venom. Even with his bare hands he can fell nine or ten opponents’. The King gave Nai Khanom Tom his freedom and he returned to Thailand and hero’s welcome. The Thais badly needed a morale booster after the crushing defeat they had suffered at Ayuthaya.

For the Thai people, the legend of Nai Khanom Tom illustrates the best attributes of Muay Thai; the indomitable will to win for an honour other than the boxer’s own; willingness to face any odds in defence of the fighting art. Above all, Nai Khanom Tom symbolises the belief that the Thais have in their martial art – the belief that nothing can stand against it except itself. It’s a belief that has been proved right again and again. Every March 17, the Thai people honour Nai Khanom Tom. That night is ‘Boxers night’ at every stadium in the country and is dedicated to Nai Khanom Tom and his exceptional skill and valour.

No-one trained in any other martial art has been able to defeat a ranking Thai nák muay (fighter trained in Muay Thai) and many martial art experts consider the Thai style the ultimate in hand-to-hand fighting. On one famous occasion, Hong Kong’s top five Kung Fu masters were dispatched in less than 6½ minutes, all knock-outs. Hong Kong, China, Singapore, Taiwan, Korea, Japan, USA, The Netherlands, Germany and France have all sent their best and none of the challengers has yet beaten a top-ranked Ratchadamnoen/Lumpini Thai boxer.

Sekolah Bestari


Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.

Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara, KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.

Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet.

Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat m,embantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian.

Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.

Ahad, 14 September 2008

Teka teki lagi

Apa beza daun betik dengan tangan perempuan?



Jawapan: Daun betik boleh melembutkan daging yang keras, tangan perempuan dapat mengeraskan daging yang lembut.

Teki-teka

Perbuatan apa yg ditegah oleh agama tetapi juga dibenci setan?



Jawapan: Merogol anak setan

Pembinaan Pemimpin Masa Depan Bermula di Kampus


Mungkinkah pelajar boleh menjadi pemimpin sejak di kampus lagi? Ada berbagai-bagai jawapan. Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada yang tidak. Mereka yang tidak bersetuju memberikan pelbagai alasan. Antaranya kampus tidak mengajar pelajar menjadi pemimpin tetapi hanya mengajar untuk lulus peperiksaan. Jaafar Abdul Rahim menyatakan sistem pendidikan yang sedia kita warisi sejak tahun 1950-an ini tidak lebih daripada sekadar menjadikan pelajar atau penuntut sebagai penghafal dan pengkaji semata-mata. Menurutnya lagi, universiti hanya berfungsi sebagai kilang menghasilkan pelajar yang lebih baik sedikit daripada pemegang SPM, STPM atau diploma.

Tuah Iskandar menyatakan bahawa menguasai emosi lebih penting daripada kecerdasan minda sebagai persiapan awal ke arah kejayaan hidup seseorang dalam alam dewasa nanti. Tambahnya lagi, seseorang yang kaya dengan idea pasti akan muncul sebagai juara di tengah-tengah orang yang miskin idea. Dia akan menjadi pemimpin, kata-katanya didengar, nasihatnya dipatuhi, pandangannya diterima dan tindakannya akan disokong. Demikianlah juga yang berlaku kepada Arnold Schwarzenegger, pelakon Hollywood yang menjadi Gabenor California. Arnold merupakan contoh individu yang menggunakan kecerdasan emosi bagi membolehkannya menjadi pemimpin.

Mantan Presiden Indonesia yang pertama, Sukarno tidak pernah belajar kursus kepemimpinan dan berpidato di mana-mana universiti sebaliknya belajar dengan mentuanya, iaitu Djokraminoto, pengasas Parti Sarekat Islam. Sukarno menghabiskan masanya pada waktu malam dengan mempelajari ilmu pentadbiran dan menemani Djokraminoto ke majlis pidato.

Abdullah Hassan mengatakan bahawa untuk berjaya, sikap dan persepsi yang betul sahaja tidak cukup. Faktor utama yang mesti ada ialah bakat semula jadi. Bakat semula jadi merupakan salah satu faktor yang memainkan peranan penting dalam kejayaan selepas keluar dari universiti.
Dacey dan Ripple pernah menjalankan kajian terhadap 1, 200 murid sekolah menengah di 45 sekolah. Mereka mengatakan proses persekolahan membantutkan kreativiti para pelajar. Salah satu bukti yang ditemui untuk menyokong hipotesis ini ialah semasa memberikan Ujian Dua Tali kepada murid tahun enam. Hasil kajian menunjukkan bahawa 90 peratus daripada mereka dapat menyelesaikannya. Apabila ujian itu diberikan kepada pelajar sekolah menengah, didapati bahawa 80 peratus daripada mereka dapat menyelesaikannya. Apabila ujian itu diberikan kepada pelajar universiti, hanya 20 peratus yang dapat menyelesaikannya. Dacey dan Ripple berpendapat bahawa proses pendidikan di sekolah menumpulkan kemahiran para pelajar menyelesaikan masalah yang memerlukan supaya sesuatu alat itu didefinisikan semula secara kreatif. Seterusnya, kedua-dua penyelidik itu mendakwa semakin banyak seseorang itu menerima pendidikan di sekolah, persepsi mereka tentang fungsi menjadi semakin kaku.

Menurut Daniel Goleman (1995), individu yang berjaya mempunyai kebijaksanaan emosi yang tinggi. Beliau juga menyatakan orang yang paling pintar di universiti ialah mereka yang tidak pintar dalam mengurus kehidupannya. Kajian beliau mendapati faktor kepintaran akademik individu terhadap kejayaan hanyalah 20 peratus. 80 peratus lagi daripadanya ialah faktor lain. Ramai pelajar yang cemerlang akademik mendapat keputusan yang menakjubkan sebelum memasuki institusi pengajian tinggi. George Vaillant menyatakan bahawa daripada 98 graduan Harvard, pelajar dalam lingkungan pencapaian tertinggi tidak begitu berjaya berbanding rakan sebaya mereka yang mendapat pencapaian yang rendah. Mereka bukan sahaja ketinggalan dari segi pendapatan, produktiviti dan status dalam bidang yang diceburi malah tidak mendapat kepuasan dan kebahagian hidup.

John Van Maurik menyatakan bahawa kebanyakan pemimpin organisasi korporat di Amerika hanya berkelulusan dari sekolah tinggi. Lelaki terkaya di dunia, Bill Gates tidak menghabiskan pengajiannya di Universiti Harvard kerana ingin mendirikan syarikat Microsoft bersama rakannya, Paul Allen. Begitu juga dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) British Sky Broadcasting yang merupakan CEO paling muda, iaitu James Murdoch. Walaupun tercicir daripada Universiti Harvard, James membina kerjayanya bermula dengan syarikat muzik hip hop, Rawkus. Jutawan ranggi, Sir Richard Branson dengan aset melebihi AS$5 bilion mengasaskan syarikatnya ketika berumur 20 tahun. Beliau hanya mendapat pendidikan di Stowe School, London. Semasa berucap ketika menerima ijazah doktor kehormat undang-undang dari Universiti Harvard, Perdana Menteri British semasa era perang dunia kedua, Winston Churchill menyatakan, “Saya tidak pernah mendapat peluang belajar di universiti. Ketika saya bersekolah dahulu, guru selalu mengatakan saya budak dungu. Kini, saya boleh berbangga kerana saya ialah lelaki yang paling banyak menerima ijazah tanpa belajar di universiti.” Pakar motivasi terkenal, C.K. Brightbill pernah mengatakan bahawa masa depan yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan, tetapi juga orang yang dididik untuk menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana.

Guruku


Guruku memikul demikian banyak harapan
setiap ibu bapa dan juga kerajaan
bersama sederetan beban tambahan
untuk tiap minit dan jam persekolahan.

Guruku adalah segala-galanya
mengajar angka huruf dan kata
dan kini ilmu lebih dewasa
komputer ganti pemikir otak manusia.

Guruku mengajar pelbagai kurikulum
pendidikan budi bahasa
supaya otak manusia
jangan jadi pandir atau gila

Juga kokurikulum untuk anak didiknya
cergas dan sihat anggota
supaya degup jantung bahagia
saluran darah lancar terjaga.

Ke mana saja pindah-randahmu, guruku
ke hilir ke hulu engkau sebarkan buku dan ilmu
sebagai ejen budaya
pemimpin tanpa pilihanraya.

Tiap pagi seluruh cakerawala
jutaan suara menjulang ke angkasa
mengucapkan kata syahdu:
selamat pagi, cikgu.

Usman Awang 12.4.89

The Succesful Story Of A Bright Boy


Raja Ahmad Talmizi Raja Abdullah, penulis kreatif yang cukup popular dalam bidang penulisan terutama dalam kalangan remaja dan profesional. Pada waktu lapang, beliau menghabiskan masa dengan tidur di sebelah siang dan aktif pada malam hari. Penulis berbakat ini juga ialah pecahan dari spesis yang dilindungi kerana jumlahnya yang semakin berkurangan. Ia amat buas dan jarang ditemui kecuali di kawasan tanah pamah dan hidup secara berkumpulan. Adalah menjadi kesalahan jika ia dipelihara di belakang rumah! Selain daripada menulis, beliau juga gemar membaca, iaitu membaca semula apa yang ditulisnya. Penulis kacak yang biadap ini juga boleh bertutur pelbagai jenis bahasa asing dengan fasih dan baik seperti bahasa tungkik latin seberang, bahasa baboon ulu, bahasa cipan sanskrit dan bahasa lampu isyarat.

Buku beliau yang paling laris di pasaran berjudul “Kenapa Kau Seleweng Biskutku?” telah mendapat sambutan hangat terutama dalam kalangan pekerja kilang biskut kerana diulang cetak sebanyak 43 kali dalam masa lima minggu berturut-turut sebelum menduduki tempat pertama dalam kejohanan Cub Prix Kebangsaan '05 yang lalu.

Kini atas sokongan yang ditunjukkan oleh sebuah syarikat pembuat plastik sampah yang terkemuka, sebuah buku dihasilkan dalam bentuk tulisan rumi agar mudah difahami untuk dijadikan koleksi dan bacaan ringan sambil menghabiskan masa. Buku ini amat sesuai dibaca dengan nada yang amat kuat sehingga kedengaran oleh jiran sebelah rumah. Adalah menjadi keutamaan sekiranya buku ini diulang baca dua belas kali sehari selepas atau sebelum makan dan disapu pada bahagian tengkuk yang luka jika diperlukan. Bagi mereka yang payah tidur, buku ini juga boleh direbus untuk beberapa minit sehingga air mendidih dan minum airnya bagi kanak-kanak yang suka kencing malam.

Kini beliau sibuk menjalankan kajian untuk mendalami bahasa sastera cencibang, iaitu seekor haiwan pemalu dan senyap selain mempelajari bahasa katak, obor-obor, siput, anai-anai dan kelip-kelip. Beliau yang terkenal sebagai pemain bola sepak kampung dan ketua belia pensel 2B kini menunggu masa untuk dibuang kerja.

Lagi gambar kerambit


Sumber: Cikgu Nasir

The Barber

Cikgu mula belajar gunting rambut sejak umur cikgu 10 tahun lagi. Mangsa cikgu yang pertama ialah adik-adik cikgu. Sekarang ini, cikgu ialah tukang gunting terhebat di kampung. Setiap kali menjelang hari raya dan sesi baru persekolahan, cikgu mendapat 5 orang pelanggan setiap hari. Tiada orang kampung cikgu yang tidak pernah gunting rambut dengan cikgu.

Terciptanya Puisi (Oktober 2005)

Saya tidak pernah mengetahui sama ada pernyataan yang saya catatkan dari semasa ke semasa akhirnya menjadi sebuah puisi. Definisi yang menyatakan sama ada sesebuah tulisan itu puisi atau tidak cukup bererti bagi saya. Sebuah definisi menjadi semacam orthodoxy yang menghalalkan penulisan sesebuah puisi. Dalam catatan, saya menghubungkan idea dalam satu penyataan dengan idea dalam penyataan yang lain dengan harapan mencipta kesatuan dalaman. Kesatuan ini, malangnya merupakan hal yang tidak wujud secara tegas. Sedemikian, sebuah puisi yang terdiri daripada lima baris mungkin sahaja berasal daripada berbagai-bagai penyataan yang mempunyai intensiti berbeza yang ditulis dalam jangka waktu yang panjang.

Saya selalu menjadi bingung apabila ada penyair yang membuat pengakuan yang dia menulis sebuah puisi secara terusan tanpa sebarang semakan. Rilke tidak mengubah sepatah perkataan pun dalam Sonnets to Orpheus, sebuah buku yang mengandungi 55 puisi yang diciptanya tanpa gangguan selama dua minggu. Rilke tahu apa yang mahu dikatakannya dan bagaimana. Masalah saya ialah, saya jarang sekali mengetahui apa yang mahu saya katakan dan bagaimana memperkatakannya. Hanya setelah mencatat pernyataan yang awal, baru saya mempunyai idea apa yang mahu saya katakan. Berbagai-bagai tokok tambah, pembuangan dan sebagainya perlu saya lakukan sebelum saya berasa puas. Kerja semakan ini mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk mewujudkan kesinambungan, mencapai kesatuan. Kalau kesatuan dan kesinambungan ini wujud dan saya menyedarinya, saya akan berhenti. Namun, berhenti ini bukan bererti saya tidak akan mengubah satu dua perkataan dan menambah di sana sini sebelum saya mengirimkannya untuk siaran. Jika tersiar, mungkin karangan berangkap saya ini sebuah puisi, jika tidak, belum lagi.

Yang terdapat dalam sesebuah puisi seharusnya sesuatu yang bererti. Kalau tidak, kita cuma membuang masa menulisnya. Saya selalu menghubungkan puisi dengan masa lepas yang gagal dilalui, kasih yang tidak berbalas, pesanan yang tidak disampaikan, kata-kata yang tidak diucapkan. Puisi, daripada satu segi merupakan obsesi terhadap hal-hal yang tidak terselesai. Sedemikian, hal ini sentiasa kembali, enggan memudar − seperti parut atau luka. Terdapat dua cara menghadapi perkara yang tidak mahu selesai ini. Pertama, dengan membiarkan pengalaman baru menenggelamkan mereka, menolak mereka tersembunyi jauh di bawah lapisan ingatan ke alam separuh lupa. Mereka menjadi terpendam dan akhirnya kehilangan erti. Satu cara lagi adalah dengan menggunakan mereka sebagai bahasa untuk menulis puisi. Diperbentuk, perkara ini sudah tidak berhenti mengganggu, menjadi masa lalu yang tenang, citra yang mudah diertikan oleh pembaca.

Kepuasan memang mudah dirasai tetapi payah untuk dikongsi. Saya pernah menulis puisi tentang mencabut rumput di belakang rumah, merapi pagar, mengumpul daun yang gugur, mencabut lalang pada hari minggu yang tercatat semata-mata untuk membezakan dengan kehidupan yang saya tempuhi sebagai penumpang di rantau orang. Suatu masa, dirundung kelaparan dan kesejukan, saya melihat bayang saya di cermin kaca sebuah butik di Tanjung Malim. Saya melihat sebuah tubuh yang hiba, bingung dan keliru seperti seorang pelarian. Pada masa itu saya ingin berada kembali di kampung, Pasir Puteh. Pergi jahanam segala markah peperiksaan. Pergi jahanam segala ijazah. Jahanam segala rasa berani yang didesak soalan eksistensial: Siapakah aku? Apakah yang aku lakukan di sini? Apakah ijazahku akan selesai?

Saya tidak pernah memikirkan hendak menjadi guru, lebih-lebih lagi guru sekolah menengah. Ayah menaruh cita-cita agar saya menjadi doktor. Saya sendiri mahu menjadi peguam. Sayangnya fakulti ingatan saya tidak mampu menampung ilmu-ilmu asas untuk membolehkan saya menjadi doktor atau peguam. Sewaktu di sekolah rendah, sebelas tahun dahulu, saya dikatakan berpotensi menjadi guru. Pencapaian saya dalam pelajaran lebih pada normal, begitulah kata guru. Setiap peperiksaan selama enam tahun di sekolah rendah saya berada di tempat antara nombor satu dan nombor lima. Seingat saya sejak kecil saya amat gemar membaca. Saya membaca apa sahaja yang ada di rumah – surat khabar, majalah selain membaca al-Quran, menelaah kitab-kitab besar imam yang empat serta segala macam buku agama dalam pelbagai jurusan ilmu. Saya sering menyimpan angan-angan hendak menjadi pengarang. Hendak menulis cerita yang enak dibaca. Angan-angan itu hanya terbuai-buai dalam kepala begitu sahaja dan tidak terlaksana. Mulai waktu itu, saya semakin berminat membaca. Saya membaca novel dan antologi cerpen yang dengan mudah diperolehi di perpustakaan sekolah. Di perpustakaan ini banyak tersimpan buku yang membuatkan saya hendak membaca sebanyak-banyaknya. Akan tetapi, tidak semua buku yang saya baca di perpustakaan itu menarik minat. Ada buku yang tidak menarik minat saya, sekadar membaca beberapa halaman. Begitu tabiat suka membaca itu, menimbulkan kesusahan kepada diri saya. Ini demikian kerana, pertama, setelah saya membaca sebuah buku di perpustakaan, saya ingin memiliki buku itu untuk disimpan dan hendak membacanya berulang-ulang. Sedangkan buku di perpustakaan itu hak milik sekolah dan tidak dapat dipinjam lebih lama. Keduanya, ketika saya memasuki sebuah kedai buku, saya ingin membelinya, tetapi saya tidak mempunyai duit untuk membelinya kerana ayah tidak pernah membekalkan duit yang banyak untuk perbelanjaan sekolah. Keluarga saya bukanlah tergolong daripada keluarga yang berada. Namun begitu, saya sentiasa mengharapkan ayah memberikan duit belanja sekolah yang lebih untuk saya membeli sebuah novel dan memilikinya untuk disimpan di rumah. Harapan saya itu hanya tertangguh begitu sahaja sehingga saya berada di sekolah menengah.

Buku mula menjadi sahabat saya yang lebih akrab sejak di SMK Kamil lagi. Siri Enid Blyton dan Biggles yang ada di perpustakaan boleh dikatakan habis saya baca. Pemilihan bahan bacaan saya berubah apabila usia saya meningkat. Saya mula gemar membaca cerita bercorak pengembaraan. Yang paling memberi kesan ialah buku Seven Years In Tibet. Selera membaca saya berubah lagi apabila saya belajar di kelas menengah atas. Saya mula membaca buku bercorak biografi dan autobiografi seperti Jawaharlal Nehru, Gandhi, Magsasay, Stalin, Abraham Lincoln, antara lainnya.

Sewaktu saya masih remaja, usia 16 tahun, saya dilanda penyakit angan-angan tinggi melangit. Angan-angan saya hendak menjadi seorang pengarang, bukan semestinya seperti Usman Awang atau Abdul Talib Hassan, cukup sekadar terkenal dalam kalangan gadis seusia dengan saya, bukan semestinya di seluruh negara, cukup sekadar gadis di kampung saya. Saya selalu ghairah hendak menghasilkan sesuatu dalam bentuk tulisan. Tidak kira apa, cerpen, puisi, syair, kartun, yang penting semua ada unsur remaja dan berupaya menarik perhatian gadis.

Lalu, langkah pertama yang saya lakukan ialah menciplak sajak yang saya tafsirkan berunsur cinta. Mereka percaya sajak itu ciptaan saya lantaran karya itu dipersembahkan dalam tulisan tangan di atas kertas buku latihan. Tetapi jiwa remaja saya sentiasa bergejolak untuk cuba menghasilkan sesuatu. Keinginan saya mahu menjadi penulis semakin membuak-buak. Cemburu juga melihat orang lain boleh mendapat tempat di akhbar dan majalah. Tetapi saya masih tidak mampu menghasilkan cerpen atau artikel yang saya fikir baik. Saya tidak boleh jadi cerpenis atau novelis. Saya mula menjadi pesimis. Namun, saya terus bercita-cita mahu jadi pengarang. Lantaran saya pilih menjadi penterjemah dahulu. Kecil-kecilan pun cukuplah. Maka saya pun mula menterjemah artikel untuk majalah Seni Beladiri. Kemudian saya cuba mengirimkan puisi terjemahan ke majalah tahunan sekolah. Alhamdulillah, usaha saya itu tidak sia-sia. Kesempatan begini menyemarakkan lagi minat saya dalam dunia penulisan. Tetapi untuk terus berkreatif, ketika itu, saya fikir saya memerlukan sesuatu yang original. Original dengan erti kata bukan terjemahan. Saya masih belum mampu ke arah itu. Amat mengecewakan.

Namun minat saya dalam penulisan tidak patah di tengah jalan. Saya terus membaca sekalipun saya sudah tamat pengajian di SMK Kamil. Membaca sudah jadi darah daging saya. Kebanyakan buku yang dibaca saya beli sendiri. Bahannya banyak, cuma mood tiada. Tambah pula saya sibuk belajar untuk cemerlang dalam STPM kerana tertekan dengan syarat ketat memasuki universiti.

Minat menulis saya selama ini menguntum di dalam jiwa mula mengembang. Saya mula yakin yang saya berbakat dalam dunia penulisan, walaupun saya yakin tidak boleh menjadi Pak Sako, Keris Mas, Tongkat Warrant. Yang perlu kini adalah keberanian, kerajinan dan keseriusan menghasilkan sesuatu. Namun tidak banyak yang dapat saya hasilkan dan tidak ada apa-apa yang boleh saya tampilkan untuk pembicaraan serius. Rasa rendah diri tetap membelenggu fikiran saya. Taraf sebagai penulis belum layak saya terima. Rupa-rupanya apa yang saya rasakan tidak serupa dengan apa yang dirasakan orang lain. Sungguhpun saya tidak terkenal, teman rapat menaruh minat pada potensi yang ada pada diri saya.

Berkarya terutamanya puisi seperti makanan buat saya. Saya tidak boleh hidup tanpa puisi kerana pada saya, kita ialah puisi. Cabaran pertama saya, mengorbankan sejumlah wang simpanan untuk menerbitkan sebuah antologi puisi sulung yang berjudul, Sekuntum Bunga Di Hati Lelaki. Walaupun antologi ini tidaklah sehebat mana, tetapi yang penting, saya sudah melakukannya.

Pernah saya termimpikan kalaulah saya ini anak hartawan, saya tidak mahu bekerja, saya mahu membaca dan menulis pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja yang saya suka untuk merasai denyut manusia dan dunia tanpa risau tentang soal kewangan. Pada saya, melakukan tugas yang kita suka biarpun umpama kerja tetap dirasai seperti tidak bekerja kerana kita sudah jatuh cinta dengan apa yang dilakukan. Namun, saya sedar sebagai penulis atau penyair mempunyai sejenis rasa yang jauh lebih seni daripada manusia lain. Saya perlu berada dalam ruang lingkup hidup manusia yang sebenarnya. Dari situlah nanti akan ada cetusan dan letusan idea apabila saya ‘mendongak’ ke langit, sama ada kerlip bintang atau senyum mentari yang menandakan bahawa setiap sesuatu yang dianugerahi tuhan itu punya matlamat dan bagaikan permata yang harus digalas dengan sebaiknya di atas bahu. Kata ayah, penulis tidak perlu terlalu kaya harta tetapi harus kaya hati. Kata Hamka, untuk menjadi pujangga, kecaplah lazat cinta sebelum mengenal hidup dalam adunan syair, falsafah dan agama. Biarpun mungkin tidak dapat saya mencapai apa yang dicita-cita sepenuhnya, cukuplah sekadar ada antara karya saya kelak dikenang menuruni zaman yang akan datang.

Sesuai dengan pilihan saya sebagai pendidik dan ahli akademik, maka perkara ini menjadi satu saranan penting bagi saya. Mungkin dari suasana inilah yang membentuk jiwa saya menjadi seorang penulis. Menjadi pemerhati alam dan suasana. Membuat penyelidikan tentang satu-satu bahan. Memerhatikan aksi dan telatah manusia. Menganalisis perasaan dan senyuman orang yang ditemui. Memerhatikan gelagat manusia dalam pelbagai suasana pula. Segala-galanya itu amat berguna dan penting digarap menjadi bahan atau inspirasi bagi menghasilkan karya. Aspek inilah yang dinamakan pengalaman yang tidak dapat dijual beli itu. Sudah tentu kemudiannya disiplin ilmu memberi pertolongan yang kukuh. Disiplin ilmu yang saya pilih ini juga bersesuaian dengan apa yang saya suka lakukan iaitu menulis.

Gabungan pengalaman dan ilmu menjadikan kita mantap dan matang dalam menghasilkan karya. Dalam bahasa yang paling mudah; yang ada pada diri saya kini merupakan ilmu yang saya dapati daripada guru dan buku ini dapat dinamakan sebagai ‘universiti akademik’. Ini dijalinkan pula dengan ilmu yang didapati daripada pemerhatian dan pengalaman iaitu dari ‘universiiti alamiah’. Segala-galanya ini dicernakan dalam fikiran untuk dikeluarkan semula dalam karya kreatif yang menarik. Sebagai seorang penulis, saya sudah berusaha menjalankan tanggungjawab saya iaitu dengan menghasilkan karya kreatif. Kini terpulanglah kepada pembaca untuk mengkritiknya. Kritikan yang membina, akan saya terima dan jadikan garis panduan untuk menulis lebih baik lagi pada masa depan. Kritikan yang tidak berapa membina, lebih-lebih lagi apabila kritikan itu condong ke arah peribadi, saya tolak ke tepi. Namun, saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membaca karya saya − seorang penulis baru.

Surat Cinta Lawak

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu elora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.

Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.

Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set.

Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagai sembilu. Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya.

Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik.

Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah ke mana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga aku terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk kutanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT, digilis keretapi Komuter malah dihempap seketul tayar Monorel hingga aku hancur berkecai.

Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini. Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan.

Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang kugenggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.Walaupun segalanya telah pun berakhir, di sini, di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali.

Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu.