Selasa, 9 September 2014

Teks pengacara majlis hari kecemerlangan kokurikulum dan HEM

Mohon perhatian, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Oleh itu, para hadirin diminta mengambil tempat duduk. Saya umumkan etika yang harus dipatuhi bagi kelancaran majlis.
1. Sila pastikan telefon bimbit berada dalam mod senyap.
2. Para hadirin dipohon berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat diumumkan.
3. Berdiri semasa nyanyian lagu Negaraku.
4. Menghormati bacaan doa.
5. Duduk di kerusi yang telah ditetapkan.
6. Tidak keluar masuk dewan setelah mengambil tempat duduk.
7. Penerima anugerah dipohon naik ke pentas dari sebelah kanan dan turun ke sebelah kiri.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En. Muhammad b. Hashim, Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa, diiringi masuk oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Muhammed Nashan b Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa, dan para tetamu khas yang lain.

Sidang hadirin, nyanyian lagu Negaraku akan berkumandang sebentar lagi. Sidang hadirin diminta berdiri.”

Sidang hadirin dipersilakan duduk.

Bagi memberkati perjalanan majlis pada pagi ini, saya dengan sukacitanya menjemput Tuan Muhd Alif Aiman untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Demikianlah tadi bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Muhd Alif Aiman.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Hinggap minum di tepi kali,
Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar cemerlang sama dirai,
Agar terlaksana wawasan negara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran;
Yang Berbahagia En Muhammad b. Hashim, YDP PIBG SMK Kampong Jawa,
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohammed Nashan b. Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa,
Yang Berusaha Puan Latipah bt. Ahmad, Penolong Kanan Kurikulum SMK Kampong Jawa,
Yang Dihormati En Maswi b. Saion, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa,
Yang Dihormati Pn. Hajah Sidah bt. Sedek, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa,
Yang Dihormati Pn. Hajah Normadiah bt. Abdul Rahim, Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Kampong Jawa,
Yang Dihormati En. Amir Syaifuddin b. Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa,
Para tetamu jemputan, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Sidang hadirin sekalian, pada petang Jumaat yang penuh barakah ini, warga SMK Kampong Jawa berasa amat bertuah kerana dapat menjayakan Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa bagi tahun 2013.

Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segala aspek sahsiah, rohani dan jasmani. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan majlis yang julung-julung kalinya diadakan melibatkan dua unit serentak. Hasil idea Tuan Pengetua, maka terbentuklah satu kerjasama antara unit hal ehwal murid dan kokurikulum dalam pengelolaan majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum 2013.  Pada petang yang redup ini, murid-murid SMK Kampong Jawa yang menunjukkan ketokohan dalam pelbagai bidang mencakupi kepemimpinan, keperibadian dan kokurikulum akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah. Bukan itu sahaja, jasa ibu bapa yang banyak membantu memajukan sekolah juga tidak dilupakan.

Sidang hadirin yang dihormati,
Bertonggakkan adat yang datang disambut, yang pergi diiringi maka majlis dengan bangganya menjemput Tuan Haji Mohammed Nashan b. Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikianlah ucapan Tuan Haji Mohammed Nashan b. Singgan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Kini, sampailah masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa tahun 2013.

Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia En. Muhammad b. Hashim, YDP PIBG SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Muhamad b. Hashim kerana sudi menyampaikan ucapannya yang penuh bermakna dan seterusnya merasmikan majlis pada petang ini.”

Sidang hadirin sekalian, kini tibalah saat yang dinantikan, Penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa Tahun 2013. Bagi menyempurnakannya, pihak majlis dengan berbesar hati menjemput Tuan Pengetua diiringi oleh Pn. Sidah bt. Sidek untuk ke pentas utama bagi menyampaikan anugerah. Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah Sahsiah Terpuji yang melibatkan 2 orang murid bagi setiap tingkatan.

Penerima anugerah ini ialah Arif Haikal b. Joha dari Kelas 1B.

Anugerah Sahsiah Terpuji Perempuan pula diberikan kepada Dian Nor Alieya bt. Mohd Ashari dari Kelas 1G.

Bagi murid tingkatan 2, Anugerah Sahsiah Terpuji diberikan kepada Seah Jun Yong dari Kelas 2A.

Anugerah Sahsiah Terpuji Perempuan pula diberikan kepada Kanchana a/p Parthiban dari Kelas 2A.

Bagi murid tingkatan 3, Anugerah Sahsiah Terpuji diberikan kepada Abdul Majid b. Nor Khalid dari Kelas 3A.

Anugerah Sahsiah Terpuji Perempuan pula diberikan kepada Lim Kai Shuan juga dari Kelas 3A.

Bagi murid tingkatan 4, Anugerah Sahsiah Terpuji diberikan kepada Divagaran a/l Rajagopal dari Kelas 4 Prinsip Akaun.

Anugerah Sahsiah Terpuji Perempuan pula diberikan kepada Syarifah Izzatul Syahirah bt. Syed Rahmad dari Kelas 4 Sains 1.

Bagi murid tingkatan 5, Anugerah Sahsiah Terpuji diberikan kepada Leong Kenneth dari Kelas 5 Sains 1.

Anugerah Sahsiah Terpuji Perempuan pula diberikan kepada Nur Asmira Syafiqah bt. Idres dari Kelas 5 Ekonomi Asas.

Seterusnya, Anugerah Sahsiah Terpuji Murid Pendidikan Khas Lelaki diberikan kepada Muhd Iqmal b. Jundam.

Anugerah Sahsiah Terpuji Perempuan diberikan kepada Noor Farahin bt. Hisham.

Seterusnya, Anugerah Pengurusan Cemerlang Unit HEM. Anugerah ini diberikan kepada unit yang menunjukkan sistem pengurusan yang sistematik. Unit yang terbaik diberikan kepada Unit Disiplin. Dipersilakan En. Rezuali b. Hassanudin mewakili Unit Disiplin.

Anugerah seterusnya diberikan kepada guru yang berjaya mengurus kelas dari segala aspek seperti pengurusan murid, papan kenyataan, buku kawalan kelas dan kebersihan. Anugerah Pengurusan Kelas Terbaik Sesi Pagi diberikan kepada Pn. Fauzian bt. Sahar.

Anugerah Pengurusan Kelas Terbaik Sesi Petang pula diberikan kepada Pn. Norah bt. Aspar.

Seterusnya, Anugerah Pencapaian Tertinggi Tahun 2013. Anugerah ini diberikan kepada unit-unit yang mencapai pencapaian tertinggi bagi tahun 2013. Tiga kelab berjaya mencapai tahap tertinggi antara semua kelab di sekolah.

Dipersilakan Ketua Guru Penasihat Persatuan Sejarah untuk menerima anugerah.
Dipersilakan Ketua Guru Penasihat Kelab Olahraga.
Dipersilakan Ketua Guru Penasihat Kelab Kuarter Master.

Seterusnya penyampaian anugerah tertinggi unit uniform bagi tahun 2013. Anugerah ini diberikan kepada murid yang mencapai pangkat tertinggi bagi unit-unit uniform sepanjang tahun 2013. Seramai 7 orang kadet dipilih untuk menerima anugerah ini.  

Anugerah yang pertama diberikan kepada 4 ahli pengakap yang mendapat Anugerah Pengakap Raja. Pengakap Raja merupakan anugerah tertinggi bagi Persekutuan Pengakap Malaysia. Sijil Pengakap Raja ditandatangani oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong serta semua sultan di Malaysia.

Penerima anugerah yang pertama ialah Muhd Amer Azamudin b. Zulkifli.
Dipersilakan Pengakap Raja, Muhd Faizzudin b. Khairi Anuar.
Dipersilakan Pengakap Raja, Syed Amirul Hakimi b. Syed Mohd Yusof.
Dipersilakan Pengakap Raja Muhd Asnawi b. Alias.

Anugerah Tertinggi Unit Beruniform seterusnya diberikan kepada Sarjan Mohd Ashraf b. Noorazman dari Kadet Bomba dan Penyelamat.
Pegawai Waran 2 Muhd Zahiruddin b. Zaini dari Kadet Remaja Sekolah.
dan Pegawai Waran 2 Helmi Sufian b. Isamsuhaimi juga dari Kadet Remaja Sekolah.

Anugerah Tokoh Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas Lelaki diberikan kepada Mohd Aizam b. Hanis.

Anugerah Tokoh Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas Perempuan pula diberikan kepada Siti Suhaila bt. Hanapiah.

Seterusnya, Anugerah Murid Harapan Lelaki diberikan kepada Juan Wei Siang.

Anugerah Murid Harapan Perempuan pula diberikan kepada Nurnajwa bt. Romli.

Anugerah Murid Cemerlang Unit Beruniform Sesi Pagi diberikan kepada Muhd Amer Azamuddin b. Zulkifli dari Pengakap.

Anugerah Murid Cemerlang Persatuan diberikan kepada Kher Chin Kui dari Persatuan Bahasa Cina.

Anugerah Murid Cemerlang Sukan diberikan kepada Faris Hazim b. Jamaludin dari Kelab Olahraga.

Anugerah Anugerah Murid Cemerlang Unit Beruniform Sesi Petang diberikan kepada Muhd Faizal b. Husin dari Kadet Remaja Sekolah.

Anugerah Murid Cemerlang Persatuan Sesi Petang diberikan kepada Muhd Ihsaan b. Mohd Jamaludin dari Persatuan Sains.

Anugerah Murid Cemerlang Sukan Sesi Petang diberikan kepada Nazatul Najwa bt. Ahmad Asyik dari Kelab Olahraga.

Anugerah Kelab/Persatuan Cemerlang Sesi Pagi diberikan kepada Persatuan Pelajar Islam.

Anugerah Kelab/Persatuan Cemerlang Sesi Petang diberikan kepada Persatuan Bahasa Cina.

Anugerah Unit Uniform Cemerlang Sesi Pagi diberikan kepada Kadet Remaja Sekolah.

Anugerah Unit Uniform Sesi Petang diberikan kepada Pasukan Pengakap 47 Klang.

Anugerah Sukan Cemerlang Sesi Pagi diberikan kepada Kelab Olahraga.

Anugerah Sukan Cemerlang Sesi Petang juga diberikan kepada Kelab Olahraga.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan Pn. Sidah kerana sudi menyampaikan anugerah.

Sebagai tanda terima kasih, majlis menjemput Pn. Sidah untuk menyampaikan tanda kenang-kenangan kepada Tuan Pengetua.

Sidang hadirin yang dihormati, penyampaian anugerah diteruskan. Bagi menyempurnakan penyampaian, majlis dengan berbesar hati menjemput En. Muhammad b. Hashim, Yang Dipertua PIBG diiringi oleh En. Maswi b. Saion untuk ke pentas utama bagi menyempurnakan penyampaian anugerah.

Anugerah Tokoh Guru Sesi Pagi diberikan kepada Pn. Syakirah bt. Sarpan. Dipersilakan

Anugerah Tokoh Guru Sesi Petang pula diberikan kepada En. Mohd Noor b. Abd. Rahman. Dipersilakan.

Anugerah Presiden Terbaik Lelaki diberikan kepada Mohd Iskandar Dzulkarnain b. Mohd Rummaja.

Anugerah Presiden Terbaik Perempuan diberikan kepada Nur Izzah bt. Khirul Ashar.

Anugerah Tokoh Pengawas Lelaki diberikan kepada Tuan Muhd Alif Aiman b. Tuan Suhaimi.

Anugerah Tokoh Pengawas Perempuan diberikan kepada Nurul Hafiza bt. Mohd Zainan.


Anugerah Tokoh Cemerlang Unit HEM Perempuan diberikan kepada Nur Liyana Aqilah bt. Zaidon.

Anugerah Pengurusan Kokurikulum Cemerlang Sesi Pagi diberikan kepada Pasukan Pengakap 47 Klang.

Anugerah Pengurusan Kokurikulum Cemerlang Sesi Petang diberikan kepada Kelab Olahraga.

Anugerah Tokoh Guru Kokurikulum Lelaki Sesi Pagi diberikan kepada En. Zaidi b. Bidin.

Anugerah Tokoh Guru Kokurikulum Perempuan Sesi Pagi diberikan kepada Cik Noor Azidah bt. Ali.

Anugerah Tokoh Guru Kokurikulum Sesi Petang diberikan kepada En. Mohd Najib b. Abdul Rahim.

Anugerah Tokoh Guru Kokurikulum Perempuan Sesi Petang diberikan kepada Cik Marina bt. Omar.

Anugerah Olahragawan Sukan Lelaki Sesi Pagi diberikan kepada Alif Izzudin Shah b. Arman Shah.

Anugerah Olahragawan Sukan Perempuan Sesi Pagi diberikan kepada Nurul Asma bt. Zainudin.

Anugerah Khas Juri Ikon Sukan diberikan kepada Muhd Hafiz b. Mohd Razali.

Anugerah Tokoh Murid Kokurikulum Lelaki diberikan kepada Ahmad Akmal b. Azhari.

Anugerah Tokoh Murid Kokurikulum Perempuan diberikan kepada Nurliyana Aqilah bt. Zaidon.

Seterusnya, anugerah ini merupakan satu hadiah sanjungan kepada individu dalam kalangan ibu bapa yang berkecimpung secara aktif dan berterusan dalam membangunkan sekolah dalam pelbagai kegiatan seperti sukan, kebudayaan, pembangunan fasiliti, PIBG, keselamatan dan keagamaan. Anugerah Tokoh Komuniti diberikan kepada En. Roslan b. Ramlee dan Pn. Syarifah bt. Muhd Zaimi.

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga penghargaan yang diterima pada hari ini menjadi dorongan dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid untuk mengejar, meningkatkan, serta mengekalkan prestasi yang cemerlang.

Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga  kepada En Muhammad b. Hashim dan En. Maswi b. Saion kerana sudi menyampaikan anugerah. Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga, dipersilakan En. Maswi untuk menyampaikan cenderamata kepada En. Muhammad b. Hashim.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, itu adat itu lumrah kehidupan, begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk ditelan, tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi hayat dikandung badan.

Hari Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum 2013 hampir sampai ke penghujungnya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak ahli jawatankuasa pengelola dan seluruh warga SMK Kampong Jawa, saya memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung.

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi.

Sekian sahaja, salam hormat, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semua hadirin dipersilakan menikmati hidangan yang disediakan.

Isnin, 8 September 2014

Tip Pengucapan Awam


Berdoa kepada Tuhan agar anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.


Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup anda ketika berhadapan dengan orang ramai.

Anggap khalayak sebagai rakan anda dan jangan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai.

Elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap orang sebaliknya lihat ke arah aras kepala setiap orang seolah-olah anda melihat mereka.

Datang lebih awal ketempat anda berucap supaya anda dapat mengenali dan menguasai lokasi terbabit. 

Jalin hubungan mata dengan khayalak yang mesra dan melemparkan senyuman kepada anda atau mengangguk kerana dengan cara itu anda tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.

Yakinkan diri anda akan berjaya dan bersikap positif. Khayalak sebenarnya tidak ingin melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi.

Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan gementar serta tertekan.

Cuba hafal kenyataan minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di hadapan.

Tanya soalan juga satu cara untuk membunuh rasa takut dan gementar.

Buat persediaan yang cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan anda lebih gementar. Dapatkan data, statistik, maklumat dan contoh yang sesuai supaya anda dilihat sepuluh langkah di hadapan berbanding khalayak.

Berlatih dan terus berlatih membuatkan anda lebih bersedia. Jika tidak mahu bercakap di hadapan rakan, gunakan cermin sebagai langkah berlatih.

Cuba tenangkan diri secara jasmani sebelum berucap. Ambil beberapa langkah untuk bertenang seperti berzikir dan mendengar muzik.

Buat permulaan berdiri di belakang podium atau rostrum akan membunuh rasa takut dan gementar tetapi kawal bahasa badan anda dengan tidak berpegang kepada rostrum berkenaan.

Berjalan di tengah khalayak ramai apabila sudah mendapat keyakinan. Dengan cara ini anda sebenarnya sudah menjalin hubungan dengan mereka.

Ketahui khalayak anda sebelum turun ke gelanggang kerana ia dapat menyesuaikan anda dengan bahan ucapan, contoh humor dan sebagainya.

Jangkakan soalan kerana anda akan bersiap sedia dengan jawapannya jika 
ditanya.
Jangan beritahu khalayak mengenai ketakutan anda kerana mereka tidak akan tahu sekiranya anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda.

Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan dan ayat utama dalam teks ucapan anda kerana ia lebih memberi tekanan.

Bunuh fikiran negatif dan jangan biarkan ia menguasai minda dan emosi anda. Fikir positif akan memberi keyakinan berbanding kegagalan.

Fokus kepada ucapan dan elakkkan daripada melakukan atau memikirkan perkara lain seperti apa khalayak fikirkan mengenai anda.

Awasi cara anda duduk kerana cara duduk juga membantu anda mengurangkan tekanan.

Minum air kosong untuk membasahkan tekak.

Bercakap dengan perlahan kerana jika anda berucap dengan pantas ia seolah-olah memperlihatkan anda ingin segera menghabiskan ucapan selain memburukkan keadaan.

Teks emcee majlis persaraan Penolong Kanan Pendidikan Khas

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
salam sejahtera, salam transformasi, salam 1Malaysia
Yang Berbahagia, Pengetua SMK Kampong Jawa, Tn Hj Mohammed Nashan bin Singgan,
Yang Berusaha, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Latipah bt Ahmad,
Yang Dihormati Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Fuziah bt. Tuban
Yang Diraikan Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Normadiah bt. Abd. Rahim
Barisan kepimpinan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, pada pagi yang berbahagia ini, kita dapat sama-sama berkumpul bagi meraikan satu majlis yang menjadi titik pemisah antara kita, warga sekolah dengan seorang guru yang kita kasihi. Untuk makluman semua, kita akan kehilangan seguru yang sangat berdedikasi sepanjang perkhidmatannya di SMK Kampong Jawa. Guru yang saya maksudkan ialah Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Normadiah bt. Abd. Rahim.

Sebelum memulakan majlis, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Rashid. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Rashid atas bacaan doa itu tadi.

Atur cara majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil murid Pendidikan Khas. Untuk itu, dipersilakan Adik Akil untuk menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Adik Akil.

Seterusnya saya mempersilakan Pengerusi Kelab Guru dan Staf, Encik Rezuali untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih Encik Rezuali atas ucapan penghargaan itu.

Bukan keris tanpa ulunya
Bukan majlis kalau tanpa ucapannya.

Sebagai persada ucapan, saya dengan segala hormatnya menjemput tuan pengetua, Tn. Hj. Mohammed Nashan untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan beliau itu tadi.

Angka 58 menjelang tiba,
Tidak diundur biar seketika,
Sampai seru meletak pena,
Tiga dekad begitu lama.

Sebelum saya menjemput Puan Normadiah untuk menyampaikan ucapan beliau, berikut merupakan sedikit maklumat tentang khidmat beliau. Beliau dilahirkan pada 9 September 1956 di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Kecil Ilir, sebelum ke SMK Permatang Pasir, Bandar Bharu, Kedah. Selepas itu beliau melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Ipoh dan mendapat Ijazah Pendidikan Khas dari UKM pada 1999. Beliau mula berkhidmat di SMK Kampong Jawa pada 2001 sebelum dilantik sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas pada 2009. Antara sumbangannya dalam bidang pendidikan ialah menjadi penggubal kurikulum pendidikan khas bagi masalah pembelajaran sekolah rendah dan sekolah menengah, Jurulatih Utama Kurikulum Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan,  dan Ahli Panel PTK Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,

Oleh itu, dengan segala hormatnya, saya mempersilakan Puan Normadiah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Kenangan bersama mengusik rindu,
Kini menjadi medan pilu,
Biarpun tiada ratap sendu,
Dalam hati Allah yang tahu.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Normadiah.

Hadirin sekalian,
bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kami tampilkan satu persembahan daripada pelajar pendidikan khas. Dipersilakan Adik Yong Seng naik ke pentas.

Terima kasih Adik Yong Seng atas persembahan itu tadi.

Hadirin sekalian, majlis seterusnya ialah penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Sebelum itu, majlis sekali lagi menjemput Tn. Hj. Nashan mengiringi Yang Diraikan Puan Normadiah bagi menerima tanda kenang-kenangan. Dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata hasil sumbangan murid-murid SMK Kampong Jawa.

Dipersilakan wakil murid-murid Pendidikan Khas

Dipersilakan wakil Majlis Presiden.

Dipersilakan wakil Pengawas.

Dipersilakan wakil Pengawas Pusat Sumber

Dipersilakan wakil Panitia Sains

Dipersilakan wakil Pentadbir

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua.

Majlis merakamkan sejuta penghargaan dan terima kasih atas tanda ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi memori indah kepada guru-guru yang akan meninggalkan kita ini.

Ubi manis ubi keladi
Dijual si gadis di tepi titi
Jika umur panjang lagi
Kita pasti berjumpa nanti

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Teks pengerusi majlis persaraan Penolong Kanan Kokurikulum

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera, salam transformasi, salam 1Malaysia
Yang Berbahagia Tuan Pengetua, Tn.Hj. Mohammed Nashan bin Singgan,
Yang Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Latipah bt. Ahmad,
Yang Dihormati Penolong Kanan HEM, Puan Fuziah bt. Tuban,
Yang Diraikan Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Kamariah bt. Muhd Kamil
Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Normadiah bt. Abdul Rahim,
Barisan kepimpinan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Rakan-rakan guru
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, pada pagi yang berbahagia ini, kita dapat sama-sama berkumpul bagi meraikan satu majlis yang menjadi titik pemisah antara kita, warga sekolah dengan seorang guru yang kita kasihi. Untuk makluman semua, kita akan kehilangan salah seorang pentadbir sekolah, iaitu Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Kamariah bt. Mohd Kamil.

Tujuan majlis ini diadakan bukan sekadar meraikan persaraan Puan Kamariah tetapi bagi meraikan jasa beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Sebelum majlis dimulakan, eloklah dulu kita menadah tangan mengaminkan doa supaya majlis ini diberkati. Oleh itu saya mempersilakan Ustaz Mohd Rashid untuk membacakan doa, Dipersilakan.

Terima kasih Ustaz Rashid atas bacaan doa itu tadi. 

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Kelab Guru dan Staf SMK Kampong Jawa, En. Rezuali. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Rezuali atas ucapan beliau itu tadi.

Seterusnya, saya dengan segala hormatnya menjemput tuan pengetua, Tn. Hj. Mohammed Nashan untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan beliau itu tadi.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya menjemput PuanKamariah, berikut merupakan sedikit maklumat tentang beliau sebelum mencurahkan bakti di SMK Kampong Jawa. Pn. Kamariah dilahirkan di Kampung Sijangkang, Kuala Langat pada 11 April 1957. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Sijangkang dan SMK Teluk Panglima Garang sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Bahasa Kuala Lumpur dalam bidang TESL. Seterusnya beliau menyambung lagi pelajarannya dalam bidang pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama sebelum mendapat sarjana pengurusan dari Universiti Islam Antarabangsa.

Bakat kepimpinannya sungguh menyerlah. Berpegang kepada prinsip hidupnya yang suka berterus terang dan hanya percaya kepada kejujuran, beliau mempunyai wawasan yang cukup tinggi dan patut dicontohi. Sikap prihatinnya terhadap anak didik amat tinggi malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak hal. Beliau tidak pernah jemu dan mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua anak didiknya. 

Beliau telah memulakan tugas sebagai seorang guru penolong kanan kokurikulum pada tahun 2008 di Sekolah Teknik Klang sebelum berpindah ke SMK Kampong Jawa pada awal tahun 2014.  Di sinilah destinasi terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan beliau pada usia persaraan 57 tahun. Sikap keprihatinannya terhadap anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa dimamah usia. Sentiasa ikhlas menjalankan tugasnya dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu danwang ringgit. Banyak masanya dihabiskan dengan mengabdikan diri pada tugasnya sebagai seorang guru.

Oleh itu, dengan segala hormatnya, saya mempersilakan Puan Kamariah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Kamariah.       

Hadirin sekalian,
sebelum kita pergi lebih jauh, pihak majlis ingin melunaskan hajat seorang murid pendidikan khas yang ingin mendedikasikan sajaknya kepada Yang diraikan Puan Kamariah. Dengan itu, saya mempersilakan Adik Akil dari Kelas Pendidikan Khas naik ke pentas.

Hadirin sekalian,
Sebagai tanda sanjungan budi daripada warga SMK Kampong Jawa, pihak majlis dengan rasa sukacita dan berbesar hati ingin memberikan cenderamata kenang-kenangan kepada Puan Kamariah. Saya mempersilakan Tuan Pengetua mengiringi Puan Kamariah untuk menerima hadiah. Dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata hasil sumbangan murid-murid SMK Kampong Jawa.

Dipersilakan wakil Majlis Presiden.

Dipersilakan wakil Pengawas Pusat Sumber.

Dipersilakan wakil Badan Pengawas SMK Kampong Jawa.

Dipersilakan wakil Unit Kokurikulum.

Dipersilakan bekas pelajar Puan Kamariah, Puan Noraini Said.

Dipersilakan wakil pentadbir, Puan Puziah untuk menyampaikan tanda ingatan.

Majlis merakamkan sejuta penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi memori indah kepada Puan Kamariah yang akan meninggalkan kita. Selamat bersara dan berehat Puan Kamariah. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Tenang tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik pasti disanjung.
           
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi, majlis melabuhkan tirainya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis persaraan ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh.

Teks penghulu kursus CPD

Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis,
Yang dihormati Dr Supian bin Mohamad Noor
barisan penceramah, para urus setia, dan rakan-rakan guru yang dikasihi.

Alhamdulillahirabbil alamin, segala pujian kepada Allah subhanahu wataala dan salam sejahtera atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Dengan izin Allah kita dapat bersama-sama dalam majlis penutupan Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan 2013. Hari ini merupakan hari terakhir kita berkampung di Hotel Empress ini.

Kalungan budi dan  ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua fasilitator yang terdiri daripada penayarah IPG Kampus Ipoh kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kami berkongsi ilmu pengetahuan dan seterusnya menjayakan kursus ini. Ucapan yang sama juga disampaikan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor,  dan juga semua pihak yang terlibat dengan kursus ini. Semua memori yang manis dan indah adalah untuk kenang-kenangan. Mana-mana yang tersalah harap dapat dimaafkan.

Hadirin yang dirahmati,

Sebagai penyalur ilmu kita tidak dapat mengelakkan ledakan transformasi dunia pendidikan. Selari dengan keperluan itulah kita semua berada di sini untuk meluaskan horizon ilmu yang sedia ada. Transformasi ini tidak akan dapat dilakukan dalam masa sehari atau melalui kursus yang dianjurkan seperti hari ini sahaja. Proses ini memerlukan tekad, komitmen dan usaha yang berterusan daripada semua pihak termasuklah para guru.  

Kluster ilmuan,

Sesungguhnya sebagai guru kita perlu sentiasa kreatif melengkapkan diri dengan kemahiran semasa, inovatif dalam mencari peluang bagi mendedahkan diri kepada perkara-perkara baru, dan agresif dalam mendalami ilmu untuk mempertingkatkan kecemerlangan diri, contohnya melalui majlis-majlis ilmu atau kursus seperti ini.  Oleh yang demikian besarlah harapan kami agar kursus-kursus seperti ini dapat dianjurkan lagi agar perkongsian dan kelangsungan ilmu tidak terhenti setakat ini sahaja.  

Sejambak bakti segugus budi,
Untuk generasi bangsa tak disisih,
Ganjaran terbaik daripada Ilahi,
Ucapan kami, terima kasih.

Sepanjang bersama-sama dalam kursus ini, kalau nama yang salah sebut, kalau gelar yang salah ucap, saya mohon maaf. Akhir kata, selaku wakil kumpulan sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran kursus yang cukup bermakna ini.  Terima kasih, assalamualaikum.

Teks pengerusi majlis Kursus Latihan dalam Perkhidmatan LADAP

Assalamualaikum w.w. Salam sejahtera dan selamat pagi.

Yang Berbahagia, Pengetua SMK Kampong Jawa, Tuan Haji Nashan b. Singgan, 
Penolong-penolong Kanan, barisan guru kanan mata pelajaran dan seterusnya guru SMK Kampong Jawa yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan inayah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu ini demi kecemerlangan pendidikan dan demi kebaikan sekalian pelajar kita. Tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sanggup berkorban untuk berada di sekolah pada hari Sabtu dan berjaya menangguhkan segala keinginan yang muncul dalam minda ketika ini.

Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan tuan penceramah, wakil NUTP ke sekolah ini. Terima kasih tuan atas kesediaan memenuhi undangan pihak sekolah dan selamat berkenalan. Di hadapan tuan ialah lebih 100 orang guru yang sangat komited dan berpengalaman luas. Guru-guru SMK Kampong Jawa memang bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan sebarang idea pembaharuan atau inovasi dalam amalan pendidikan.

Sebagai pembuka majlis, saya mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

Terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian yang telah bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku itu tadi.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Encik Rezuali. Dipersilakan.

Terima kasih Encik Rezuali kerana bacaan doa itu tadi.

Tuan pengetua, dan guru-guru yang dihormati,  untuk slot Ladap yang pertama pada hari ini, saya mempersilakan En. Sundaram, wakil dari NUTP untuk menyampaikan taklimat tentang Skim Insurans Kelompok NUTP. Dipersilakan.

Terima kasih En. Sundaram atas penerangan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan slot ceramah yang kedua, iaitu Hala Tuju Sekolah yang akan disampaikan oleh Tuan Pengetua. Dipersilakan.

Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan ceramah itu tadi.

Dengan rasa sukacitanya saya mempersilakan Puan Latipah binti Ahmad untuk menyampaikan sedikit cenderamata kepada Tuan Pengetua. Dijemput Tuan Pengetua untuk menerima tanda kenang-kenangan.

Hadirin sekalian, majlis berhenti rehat buat seketika. Majlis akan disambung semula pada pukul 11.00 pagi. Para hadirin dipersilakan ke kantin untuk menikmati jamuan yang disediakan. Dipersilakan.

Assalamualaikum. Setelah kita mendengar ceramah daripada Tuan Pengetua itu tadi, saya mempersilakan Encik Abd. Karim b. Abd. Hamid untuk slot kita yang seterusnya. Dipersilakan.

Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap kali ini. Mudah-mudahan tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah.

Guru hebat guru cemerlang
Selesai Ladap mari kita pulang.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya. Saya selaku wakil urus setia memohon beribu-ribu kemaafan jika ada tersilap kata sepanjang mengendalikan majlis ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt.

Teks pengerusi majlis sambutan Hari Guru

Selamat pagi, salam 1Malaysia dan salam transformasi.

Yang berbahagia, Tn. Hj. Muhammad Nashan bin Singgan,
Yang dihormati, Pn. Puziah binti tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Kamariah binti Md. Kamil, Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn. Normadiah binti Abd. Rahim, Penolong Kanan Pendidikan Khas
En. Amir Saifudin bin Abd Majid, Penolong Panan Petang,
Barisan guru kanan mata pelajaran
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Hadirin dan hadirat sekalian,
panggilan cikgu adalah keramat
bersabar menabur jasa dan bakti
doa dibaca memohon rahmat
semoga majlis sentiasa diberkati,

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini yang penuh bermakna ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Rashid untuk membacakan doa.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Rashid atas bacaan doa itu tadi.

Pergi ke kedai membeli nasi
Tidak lupa membeli kuini
Guru pencetus kreativiti penjana inovasi
Itulah tema perayaan  hari guru tahun ini

Para hadirin sekalian,
Majlis mempersilakan Encik Muhammad Rezuali bin Hassanudin untuk menyampaikan sepatah dua kata selaku pengerusi Kelab Guru dan Staf SMK Kampong Jawa.  

Cantik sungguh si anak kedidi,
terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Tuan Pengetua untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua kerana ucapan itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Yang Berbahagia Encik Muhammad bin Hashim, Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa.  Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Muhammad bin Hashim kerana ucapan itu tadi.

 Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita mulakan dengan satu persembahan khas untuk guru-guru yang diraikan pada hari ini. Sama-samalah kita saksikan deklamasi sajak oleh Encik Kamal Firdaus.

Seterusnya kita akan dihiburkan pula oleh alunan suara daripada nyanyian oleh Cikgu Zaidi.

Begitulah merdunya alanun suara oleh Cikgu Zaidi yang dihadiahkan kepada guru-guru. Sekalung penghargaan terima kasih atas persembahan istimewa itu tadi.

Akhir kata tamatlah sudah majlis kita pada petang ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga pendidik kerana dapat bersama-sama dalam jamuan hari guru bagi tahun ini.

Terima kasih daun keladi
Panjang umur kita sambut lagi

Sekian, terima kasih.