Di bawah ini ialah petikan doa yang cikgu baca semasa taklimat kursus P & P Bahasa Melayu di Duta Village Beach Resort, Kuantan.
Bismilla hirrahma nirrahimm
Alhamdulillahi rabbil 'alamin.
Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina Muhammadiw
wala alihi wasahbihi ajma'in.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam
selawat dan salam atas rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w
Ya Allah
pada hari yang penuh keberkatan ini
kami menadah tangan sambil melafazkan kesyukuran
atas segala nikmat, rahmat, inayat dan pertolongan
nikmat iman, nikmat kesejahteraan
nikmat kemerdekaan, pembangunan dan keamanan
Ya Allah
perbaikilah urusan dunia dan agama kami
bersih dan suci pekerjaan kami
berilah cahaya petunjuk-Mu
kepada hamba-hambamu di dunia ini
berilah kami ilham untuk mendapat jalan-Mu yang lurus
peliharalah kami daripada segala kejahatan dan keburukan
Ya Allah
yang maha berkuasa
yang maha mulia
yang maha bijaksana
Kami berdoa dan bermohon
bukakanlah hati kami dengan pancaran iman
sanubari kami dengan penuh yakin dan kepercayaan
fikiran kami dengan ilmu pengetahuan
jiwa dan rohani kami patuh dan taat kepada al quran
dan hadis nabi akhir zaman
Ya Allah Ya Rahman
kami memohon agar engkau jadikan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Inovatif Bahasa Melayu yang diadakan dari 3 hingga 5 November 2008 ini
sebagai kursus yang engkau berkati dan redhai
semoga melalui kursus ini
dapat menjadi wadah yang dapat mengeratkan perpaduan antara kami
dalam menghargai nikmat kemerdekaan
demi agama, bangsa dan negara yang kami cintai
kabulkanlah doa sekalian kami
ya rabbal ‘alamin...
Rabu, 5 November 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
23 ulasan:
mohon copy yer,cikgu..
terima kasih .. saya mohon kebenaran untuk saya copy sebab saya di amanahkan untuk membaca doa pada seminar kewangan di uitm . terima kasih .
terima kasih kerana berkongsi...
salam, Mohon share cikgu. tq.
terbaik cikgu... saya minta izin untuk menggunakan doa cikgu yea... terima kasih.
TERBAIK Cikgu mohon kebenaran untuk copy sebab saya diamanahkan untuk membaca doa untuk seminar d KPTM
TERBAIK Cikgu mohon kebenaran untuk copy sebab saya diamanahkan untuk membaca doa untuk seminar d KPTM
salam. sya mohon copy bahan cikgu. tq
TERIMA KASIH KPD CIKGU...SAYA MOHON UNTUK COPY DOA INI..KERANA SAYA DI AMANAHKAN MEMBACA DOA DLM KURSUS YG DI ANJURKAN
Mohon izin saya copy ya tuan
terima kasih byk2.. minta izin untuk mengunakan doa ini..
Mohan share ayat ini cikgu
Mohon kongsi doa ini untuk keberkatan sepanjang program.
Baarokallah. Cikgu mohon kebenaran untuk copy untuk dibaca semasa briefing dgn income tax.
Alhamdulillah...mohon kebenaran untuk copy/paste cikgu,
Saya ditugaskan untuk attend dan membaca doa untuk majlis perpisahan kawan bersara.
Terima Kasih
Saya mohon kongsi doa ni cikgu.. Saya selaku emcee kena membaca doa sebelum kursus..
mohon copy dan share. tq
mohon copy dan share. tq
Baarokallah Cikgu. Mohon kebenaran untuk copy dan edit untuk dibaca semasa kursus p & p farmakologi. Jazakallah khairon kathiroo.
Baarokallah cikgu. Mohon kebenaran untuk copy dan edit untuk perasmian kursus p & p farmakologi. Jazakallahu khairon kathiroo.
Assalamu'alaikum. Baarokallah cikgu. Mohon izin untuk copy dan edit untuk dibaca semasa pembukaan majlis kursus p & p farmakologi.
Saya mohon kebenaran untuk saya copy do ini kerana saya di amanahkan untuk menyediakan teks bacaan doa untuk Kursus Investigation Interview Technique (PEACE Model) - Level I. Terima kasih.
sy minta izin gunakan doa ini..tq cikgu..
Catat Ulasan