Bismillahirrahmanirrahimm,
alhamdulillahi rabbil 'alamin, allahumma solli wasallim 'ala saiyidina muhammadiw
waala alihi wasahbihi ajma'in.
Dengan nama Allah
yang maha pengasih lagi maha penyayang, segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian
alam, selawat dan salam kepada rasul junjungan.
Ya Allah,
bagi-Mu segala puji,
kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah, mengingati dan menyebut nama-Mu,
hati yang penuh segar, mensyukuri nikmat-Mu, serta badan yang ringan,
menyempurnakan perintah-Mu.
Ya Rahman,
Ya Rahim
kami bersyukur kerana
Engkau mengizinkan kami, menghadirkan diri, emosi dan roh kami, sesungguhnya,
pada hari ini kami berhimpun dalam Majlis LADAP, bagi menyatakan
kesungguhan, komitmen dan iltizam kami, untuk membangun, membina dan
memartabatkan anak bangsa supaya berbudi, berguna dan berjasa kepada agama,
bangsa dan negara.
Ya Munzilar Rahmat Ya Fatihal Barakat,
berkatilah pertemuan
kami, berkatilah usaha kami, ilhamkanlah dalam minda kami, idea yang bernas,
pandangan yang jelas dan keputusan yang waras, kurniakanlah kepada kami
limpahan ilmu yang berguna, dan kefahaman yang benar, satukanlah hati kami,
eratkanlah silaturahim dalam kalangan kami, padukanlah tenaga dan usaha kami,
untuk memartabatkan pendidikan negara secara bersama, mudahkan urusan kami untuk
mendidik anak murid kami, berilah kami kekuatan semangat, tidak berputus asa,
bersungguh-sungguh dan rajin untuk memikul tanggungjawab ini.
Ya Qaadhial Hajat,
ampunkanlah
dosa-dosa kami; sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami
dalam amal jemaah dan kolektif; sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya,
maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi; sesungguhnya
kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami, maka didiklah hati kami untuk
mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami, seperti Kekasih-Mu
mendidik para sahabat baginda berbuat demikian; sesungguhnya hati kami juga
sentiasa berbolak balik, maka satukanlah hati kami dan berikanlah kami ruang
dan masa untuk bantu-membantu, dalam menegakkan agama-Mu.
Rabbana atina
fiddunnya hasanah, wafil a khirati hasanah, waqina azab bannar, walhamdulillahirabbil alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan