Sertai kelab Muaythai pertama dan terulung di Klang dengan yuran RM50 sahaja. Tiada yuran dikenakan. Anda akan dilatih oleh jurulatih-jurulatih berpengalaman. Anda juga berpeluang untuk menyertai pertandingan amatur dan profesional peringkat tempatan dan antarabangsa. Tidak ada kelab di Malaysia ini yang tidak mengenakan yuran latihan seperti kami. Malah pelatih yang berbakat juga akan dilatih menjadi jurulatih bertauliah dengan percuma (di bawah program jurulatih Persatuan Muaythai Negeri Selangor). Datanglah ke kelab kami di Taman Rakyat Klang atau layari http://boksingkelate.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.
Selasa, 11 November 2014
Nazam stail Melaka
Dalam majlis penutup Kursus Penghayatan Komsas tadi, saya telah diminta oleh Jurulatih Utama untuk melagukan nazam berdasarkan cerpen Dendam tingkatan dua. Jadi dalam masa 10 minit saya mencipta nazam ini berdasarkan sinopsis yang saya baca memandangkan saya tidak mengajar tingkatan dua.
Allah Allah azzawajal tuhan kami
Kami minta ampun akan dosa kami
Dengan bismillah kami mula nazam ini
Semoga majis bertambah indah berseri-seri
Cerpen ini tentang hubungan kakak adik
Angah nakal sebab ayah tak pernah jentik
Angah conteng buku geografi dan kimia
Sampai kakak kena denda Cikgu Maria
Along marah sampai Angah ditampar pipi
Angah ditolak sampai jatuh bengkak di dahi
Satu hari kertas ayah dikoyak Angah
Tapi Along yang tak larang kena marah
Rantai ibu dalam bilik juga rosak
Ayah marah sebab ibu tak didik anak
Ayah mengamuk rotan Angah dengan tali
Angah menangis teresak-esak tak nak berhenti
Along sedih sebab Angah dipukul begitu
Along selak baju kurung nampak biru
Angah tahu siapa yang masuk bilik ibu
Tapi Angah senyap tak nak beritahu
Along terus peluk Angah dengan erat
Sebab dia sayang Angah teramat sangatIsofrane Review
Saya masih baru dalam dunia horologi (seni jam). Setelah menyertai grup Dunia Jam dan Kelab Peminat Jam Vintage 3 tahun lalu, minat saya pada jam semakin bercambah. Beli dan jual jam perkara biasa. Kali ini saya mahu membuat sedikit rebiu tentang tali jam isofrane yang menjadi idaman semua collector jam diver seperti saya.
Ramai yang menghantar mesej melalui facebook kepada saya bertanyakan tentang isofrane ini. Ini sedikit info tentang isofrane.
Isofrane dikeluarkan pada tahun 1968 di Itali untuk memenuhi
keperluan peminat jam diver yang mahukan tali yang tahan lasak tetapi lembut.
Isofrane menjadi terkenal selepas Omega, Scubapro, dan Tissot menggunakannya
pada jam mereka. Pada dekad 80-an, Isofrane mula dilupakan (ramai beralih
kepada tali Tropic dari Swiss pula) sebelum terkenal semula pada 2010 setelah
dijenamakan semula.
Walaupun mahal (harga sekitar RM400-600), isofrane tetap
menjadi pilihan diver, malah isofrane vintage NOS pernah dijual pada harga
RM3000. Isofrane terdapat dalam tiga saiz, iaitu 20, 22, dan 24mm dengan tiga
pilihan warna, iaitu hitam, biru gelap dan jingga. Tebal tali ialah 5.5mm, saiz
yang sepatutnya untuk tali jam diver. Setiap utas tali mempunyai 4 lubang
pengudaraan dengan 13 lubang kemasukan untuk membolehkan kulit bernafas. Ini juga membolehkan air mengalir keluar
setiap kali pengguna keluar dari air.
Pada awalnya, isofane menggunakan bahan sintetik yang
dipanggil isoprene (nama bahan ini digunakan sebagai jenama) sebelum menukarnya
kepada getah sepenuhnya pada masa ini. Penggunaan kompaun getah yang sesuai
membolehkan tali isofrane bebas tarikan debu, kenyal dan tahan dalam sebarang
keadaan cuaca. Terdapat dua jenis buckle yang digunakan, iaitu RS (RetroSecuro)
dan IN (InoxNouva). Untuk memasangnya pada jam dver, anda digalakkan menggunakan
fat bar spring. Gunakan minyak pelincir untuk memasukkan fat bar spring ke
dalam lubang tali.
Kelebihan isofrane berbanding tali diver biasa ialah
penggunaan material. Banyak jenama menggunakan bahan sintetik yang sangat
lembut, mudah putus, dan menarik debu seperti silikon dan polyurethane. Isofrane menggunakan getah yang 100%
bebas silikon dan antidebu. Long lasting – itulah yang dimahukan oleh peminat
jam. Alah membeli menang memakai.
Di Malaysia, Red Watch Army ialah pengedar tunggal isofrane.
Harga yang ditawarkan bergantung kepada jenis buckle, dari RM480-630.
Khamis, 6 November 2014
Teks ucapan Pengetua sempena jamuan Hi-tea
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam 1 Malaysia.
Yang Dihormati, Tuan Pengerusi Majlis,
Yang Berbahagia, Encik Muhammad bin
Hashim, Yang Dipertua PIBG
Yang Berusaha,
Pn. Latipah binti Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati,
Pn. Puziah binti Tuban, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid,
En. Amir
Saifudin bin Abd Majid, Penolong Kanan Petang,
Yang Diraikan,
Pn. Kamariah binti Md. Kamil, Mantan Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn. Normadiah
binti Abd. Rahim, Mantan Penolong Kanan Pendidikan Khas
Puan Cheong Quay
Lan
Barisan guru
kanan mata pelajaran
Presiden Kelab
BAGUS, Encik Rezuali b. Hasanudin,
Dan guru-guru
yang dikasihi sekalian.
Alhamdulilah,
setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan
keizinan-Nya, kita dapat berkumpul dalam majlis yang penuh bermakna pada
petang ini bagi meraikan guru-guru dan staf SMK Kampong Jawa. Majlis ini juga
diadakan bertujuan meraikan guru-guru yang telah bersara pada tahun ini.
Saya amat berharap semua warga SMK
Kampong Jawa sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan dan sanggup berubah bagi
menjadikan kita penjawat awam yang berinovasi, berkualiti dan berintegriti. Selamat
bersara juga saya ucapkan kepada Puan Cheong, Puan Normadiah dan Puan Kamariah.
Semoga diberi kesihatan yang baik.
Akhir kata, saya
mengucapkan terima kasih kepada semua warga SMK Kampong Jawa yang telah
melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang sepanjang tahun 2014. Tidak
lupa juga kepada AJK Kelab BAGUS yang telah menjalankan persiapan bagi
menjayakan majlis pada petang ini.
Sekali lagi saya
mengucapkan terima kasih kepada Encik Muhammad b. Hashim dan AJK PIBG yang lain
kerana sudi hadir bersama-sama kita pada petang ini.
Sekian, wabillahitaufik
walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Teks ucapan YDP PIBG jamuan Hi-tea
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam 1Malaysia.
Yang Dihormati, Tuan Pengerusi
Majlis,
Yang Berbahagia, Tn. Hj. Nashan bin
Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa,Yang Berusaha, Pn. Latipah binti Ahmad,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati, Pn. Puziah binti
Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Amir Saifudin bin Abd Majid,
Penolong Kanan Petang,
Yang Diraikan, Pn. Kamariah binti
Md. Kamil, Mantan Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn. Normadiah binti Abd. Rahim,
Mantan Penolong Kanan Pendidikan Khas
Pn. Cheong Quay Lan,
Barisan guru kanan mata pelajaran
Dan guru-guru yang dihormati sekalian.
Pertama sekali izinkan saya
menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya
maka kita dapat berkumpul di dalam dewan yang indah ini bagi meraikan semua
guru dan staf di samping meraikan guru yang telah bersara yang diatur oleh Kelab
BAGUS.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada
Jawatankuasa BAGUS yang telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan
lancar dan teratur. Terima kasih tidak terhingga kepada guru yang telah
bertungkus-lumus mendidik murid-murid SMK Kampong Jawa. Ucapan penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua staf atas kesungguhan yang
ditunjukkan untuk menguruskan sekolah dengan baik sepanjang tahun 2014.
Akhir sekali, untuk semua guru SMK
Kampong Jawa, teruskanlah curahan kasih sayang kepada anak didik. Selain tugas
hakiki guru yang menyampaikan ilmu ketika dalam bilik darjah, jadilah juga;
akauntan yang cekap ketika
mengurus sumbangan PIBG,
doktor yang jitu ketika murid
mengadu sakit,
pengawal keselamatan yang padu
ketika menunggu murid tiba dan pulang,
pereka hiasan dalaman yang berseni
ketika menceriakan kelas,
tukang kayu yang tepat ketika murid
mengadu meja patah,
bomoh yang sukarela ketika murid
histeria,
pegawai penyiasat yang efisyen
ketika ada kecurian dan kehilangan,
pemandu ambulans berhemah jika
murid sakit,
pakar motivasi yang efektif jika
murid hilang arah tujuan,
majistret yang adil jika ada
pertelingkahan dalam kalangan pelajar,
Pegawai Kebajikan Masyarakat yang
prihatin ketika murid dalam kesempitan.
Semuanya adalah lambang anda semua
menjulang tuntutan ”Guru Sayang Murid” seperti termaktub dalam
program Sekolah Penyayang. Begitulah kasihnya para guru terhadap murid
khususnya anak-anak SMK Kampong Jawa, sehingga sanggup membakar diri agar
mereka diterangi. Semoga segala usaha anda semua diredhai dan beroleh
keberkatan.
Sekian, wabillahi taufik
wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Teks pengerusi jamuan Hi-tea
Diumumkan ketibaan
Yang Berbahagia En. Muhammad b. Hashim, Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa,
diiringi masuk oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Muhammed Nashan b Singgan,
Pengetua SMK Kampong Jawa, dan para jemputan yang lain.
NYANYIAN LAGU
NEGARAKU
Sidang hadirin,
nyanyian lagu Negaraku akan berkumandang sebentar lagi. Sidang hadirin diminta berdiri.
Sidang hadirin
dipersilakan duduk.
Bagi memberkati
perjalanan majlis pada pagi ini, saya dengan sukacitanya menjemput Al-fadhil
Ustaz Mohd Rashid untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Demikianlah tadi
bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Rashid.
Mencari timba si anak
dara,
Di bawah sarang
burung tempua,
Salam sembah pembuka
bicara,
Selamat datang untuk
semua.
UCAPAN PENGERUSI
MAJLIS
Yang Berbahagia En Muhammad
b. Hashim, YDP PIBG SMK Kampong Jawa,
Yang Berbahagia Tuan
Haji Mohammed Nashan b. Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa,
Yang Berusaha Puan
Latipah bt. Ahmad, Penolong Kanan Kurikulum SMK Kampong Jawa,
Yang Dihormati Puan
Puziah bt. Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa,
Yang Diraikan Puan Kamariah bt. Mohd Kamil, mantan Penolong
Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa,
Puan Normadiah bt.
Abd. Rahim, mantan Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Kampong Jawa,
Yang Dihormati En.
Amir Syaifuddin b. Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa,
Barisan guru kanan
bidang,
Pengerusi Kelab Guru
dan Staf SMK Kampong Jawa, Encik Rezuali b. Hassanudin,
Guru-guru dan staf
SMK Kampong Jawa yang dihormati sekalian.
Busana pengantin kita kagumi
Tema pilihan majlis kali ini
Jamuan akhir tahun kita
mulai
Mencipta kenangan tersemat
di hati
Salam sejahtera, salam perpaduan, salam
transformasi,
Hadirin yang
dihormati sekalian,
Tujuan majlis ini diadakan
bukan sahaja untuk majlis makan-makan malah juga menjadi medan terakhir bagi
kita untuk beramah mesra sesama kita, demi mengeratkan silaturahim antara satu
sama lain setelah berpenat lelah dengan penglibatan dalam pelbagai aktiviti
yang dianjurkan sepanjang tahun ini.
Tanpa membuang masa, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Rezuali b. Hasanudin,
Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan
sepatah dua kata. Dipersilakan.
Terima kasih Encik Rezuali atas ucapan itu
tadi.
Seterusnya, majlis
dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia Encik Muhammad b. Hashim, Yang Dipertua PIBG
SMK Kampong Jawa yang naik ke pentas untuk
menitipkan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih Encik Muhammad atas ucapan itu tadi.
Majlis seterusnya mempersilakan Tuan Pengetua, Tuan
Haji Nashan b. Singgan untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.
Terima kasih Tuan Pengetua atas ucapan itu tadi.
Hadirin hadirat sekalian,
Pada petang ini, majlis turut meraikan dua orang
pentadbir kita yang telah bersara, iaitu Puan Normadiah bt. Abdul Rahim dan
Puan Kamariah bt. Mohd Kamil. Terima kasih kerana meluangkan masa bersama-sama
guru dan staf pada petang yang bahagia ini.
Majlis dengan rasa bangganya mempersilakan Puan
Normadiah selaku wakil guru yang bersara untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Terima kasih Puan Normadiah atas ucapan itu tadi. Seterusnya
majlis mempersilakan Tuan Pengetua, diiringi oleh Puan Latipah bt. Ahmad untuk
menyampaikan tanda kenang-kenangan kepada dua orang guru kita yang telah
bersara ini. Dipersilakan.
Dipersilakan Puan Normadiah naik ke pentas untuk
menerima cenderamata.
Dipersilakan Puan Kamariah naik ke pentas untuk
menerima cenderamata.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Latipah dan Tuan
Pengetua kerana menyampaikan tanda ingatan bagi pihak semua guru dan staf SMK
Kampong Jawa.
Pulau Pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
doa sudah ucapan pun sudah
tiba masa menjamu selera
Sorong papan tarik papan
makan keranji dalam perahu
suruh makan kita makan
janganlah segan janganlah malu
Majlis berehat seketika. Semua hadirin dipersilakan
menikmati jamuan.
CABUTAN BERTUAH
Hadirin yang dihormati sekalian,
Seterusnya, tuah ayam tampak di kaki, tuah
kita siapa yang kena. Sebentar lagi kita akan tahu siapa yang bertuah dalam
kalangan kita. Bagi maksud tersebut, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Yang Berbahagia Puan Puziah untuk membuat 5 cabutan dan menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Puziah.
Sambil makan-makan, hadirin akan disajikan
persembahan video Puan Cheong yang dibuat oleh guru pendidikan khas.
Seterusnya dijemput Yang Berusaha Puan
Latipah untuk membuat 5 cabutan dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Latipah.
Sekali lagi kami mempersembahkan video Puan
Normadiah untuk tatapan hadirin semua.
Seterusnya dijemput Tuan Pengetua untuk
membuat 5 cabutan dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua.
Sekali lagi kami mempersembahkan video Puan
Kamariah untuk tatapan hadirin semua.
Seterusnya dijemput pula Encik Muhammad untuk
membuat 5 cabutan dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Muhammad.
Kini tibalah masa yang kita nanti-nantikan,
pemenang pertandingan busana yang memenuhi tema. Sekali lagi dipersilakan Tuan
Pengetua naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Pemenang
pertandingan busana paling menarik kategori perempuan pula diberikan kepada… Pemenang
pertandingan busana paling menarik kategori lelaki jatuh kepada…
Tahniah Cikgu X dan Cikgu Y kerana terpilih
sebagai pemenang.
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis kita sampai di penghujungnya. Pihak
majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama padu semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan acara petang ini
berlangsung dengan jayanya. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan Hotel
Concorde yang membantu kelancaran majlis.
Langgan:
Catatan (Atom)