Saya masih baru dalam dunia horologi (seni jam). Setelah menyertai grup Dunia Jam dan Kelab Peminat Jam Vintage 3 tahun lalu, minat saya pada jam semakin bercambah. Beli dan jual jam perkara biasa. Kali ini saya mahu membuat sedikit rebiu tentang tali jam isofrane yang menjadi idaman semua collector jam diver seperti saya.
Ramai yang menghantar mesej melalui facebook kepada saya bertanyakan tentang isofrane ini. Ini sedikit info tentang isofrane.
Isofrane dikeluarkan pada tahun 1968 di Itali untuk memenuhi
keperluan peminat jam diver yang mahukan tali yang tahan lasak tetapi lembut.
Isofrane menjadi terkenal selepas Omega, Scubapro, dan Tissot menggunakannya
pada jam mereka. Pada dekad 80-an, Isofrane mula dilupakan (ramai beralih
kepada tali Tropic dari Swiss pula) sebelum terkenal semula pada 2010 setelah
dijenamakan semula.
Walaupun mahal (harga sekitar RM400-600), isofrane tetap
menjadi pilihan diver, malah isofrane vintage NOS pernah dijual pada harga
RM3000. Isofrane terdapat dalam tiga saiz, iaitu 20, 22, dan 24mm dengan tiga
pilihan warna, iaitu hitam, biru gelap dan jingga. Tebal tali ialah 5.5mm, saiz
yang sepatutnya untuk tali jam diver. Setiap utas tali mempunyai 4 lubang
pengudaraan dengan 13 lubang kemasukan untuk membolehkan kulit bernafas. Ini juga membolehkan air mengalir keluar
setiap kali pengguna keluar dari air.
Pada awalnya, isofane menggunakan bahan sintetik yang
dipanggil isoprene (nama bahan ini digunakan sebagai jenama) sebelum menukarnya
kepada getah sepenuhnya pada masa ini. Penggunaan kompaun getah yang sesuai
membolehkan tali isofrane bebas tarikan debu, kenyal dan tahan dalam sebarang
keadaan cuaca. Terdapat dua jenis buckle yang digunakan, iaitu RS (RetroSecuro)
dan IN (InoxNouva). Untuk memasangnya pada jam dver, anda digalakkan menggunakan
fat bar spring. Gunakan minyak pelincir untuk memasukkan fat bar spring ke
dalam lubang tali.
Kelebihan isofrane berbanding tali diver biasa ialah
penggunaan material. Banyak jenama menggunakan bahan sintetik yang sangat
lembut, mudah putus, dan menarik debu seperti silikon dan polyurethane. Isofrane menggunakan getah yang 100%
bebas silikon dan antidebu. Long lasting – itulah yang dimahukan oleh peminat
jam. Alah membeli menang memakai.
Di Malaysia, Red Watch Army ialah pengedar tunggal isofrane.
Harga yang ditawarkan bergantung kepada jenis buckle, dari RM480-630.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan