1.0 Pendahuluan
Dalam kajian yang dilakukan ini,
pengkaji telah memilih artikel yang bertajuk “Hargai Makna Bebas,
Merdeka” yang
telah ditulis oleh Prof. Dr. Nasrudin Mohammed dalam Berita Harian bertarikh 19 April
2014.
Kajian ini akan memfokuskan tentang,
jenis-jenis kata, jenis-jenis frasa dan pola ayat dasar yang terdapat
dalam
artikel yang dikaji dengan menggunakan beberapa sumber sebagai rujukan bagi
melihat dengan lebih
jelas frasa dan kata yang terdapat dalam bahasa Melayu.
2.0 Definisi dan Konsep Frasa
Frasa dianggap oleh Za’ba (1965)
sebagai rangkai kata. Menurut Abdullah Hassan (2005: 160), frasa ialah
unsur
terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam
tatatingkat unsur bahasa,
frasa adalah unsur yang terkecil dan terletak di
bawah unsur yang dipanggil klausa.
Frasa didefinisikan oleh Nik Hassan
Basri (2007: 134) sebagai satu kata atau kumpulan kata yang
berpotensi untuk
menjadi unit lebih besar atau yang membentuk unit sintaksis bagi sesuatu klausa
atau ayat.
Nik Safiah Karim (1996: 416) pula mentakrifkan frasa sebagai unit
yang boleh terdiri daripada satu susunan
yang mengandungi sekurang-kurangnya
dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk
diperluas menjadi
dua perkataan atau lebih.
2.1
Frasa Nama
Dalam Tatabahasa Dewan, Nik Safiah
menyatakan bahawa frasa nama ialah frasa yang kata utamanya (kata inti) terdiri
daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama (1996: 556). Menurut
Abdullah Hassan (2004: 240) pula, frasa nama terdiri daripada jenis-jenis kata
nama seperti kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama, kata arah, kata
tanya, kata bilangan dan penjodoh bilangan.
Frasa nama dengan kata nama sebagai
inti dapat diperluas dengan satu penerang atau lebih. Kata penerang ini
adakalanya berada di depan, iaitu mendahului kata inti, atau berada pada akhir
atau mengikuti kata inti.
Berikut ialah contoh frasa nama
yang terdapat dalam rencana:
lambang kemerdekaan
konteks kenegaraan
perjuangan perajurit
makna kebebasan
sosioekonomi masyarakat Malaysia
paduan semua komponen
kuasa tertinggi pentadbir Inggeris
jentera pentadbiran pembangunan negara
kesatuan semangat
institusi kesultanan
2.2 Frasa Kerja
Menurut Abdullah Hassan (2005:
160), frasa kerja merupakan binaan yang boleh berdiri daripada satu
perkataan
atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. Lazimnya, kata kerja
boleh terdiri daripada kata kerja
transitif ataupun kata kerja tak transitif.
Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu
atau
sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek
serta unsur-unsur lai
Frasa kerja yang di dalamnya
terdapat kata kerja sebagai inti dapat diperluas dengan satu penerang atau
lebih. Kata penerang ini adakalanya berada di depan, iaitu mendahului kata
kerja inti, atau berada pada akhir
ayat mengikuti kata kerja inti.
Berikut ialah contoh frasa kerja
yang terdapat dalam rencana:
bangkit menegakkan hak mereka
menentang mana-mana anasir asing
datang ke negara ini
tipu muslihat
menguasai pentadbiran
berkumpul di Station Hotel
menyentuh sensitiviti kaum
membawa makna kebebasan
menguasai pentadbiran Tanah Melayu
ditadbir melalui pendekatan sangat teliti
2.3 Frasa Adjektif
Menurut Nik Safiah Karim (1996:
385), frasa adjektif merupakan susunan perkataan yang terdiri daripada
satu
perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata
sifat sebagai kata intinya.
Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan
frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah
yang berfungsi sebagai
predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai
unsur penerang, kata adjektif
hadir sesudah kata nama. Berikut ialah contoh
frasa adjektif yang terdapat dalam rencana:
sangat teliti
berhemah
tidak menentu
mudah
mustahil
bebas
merdeka
tidak menyenangkan
bernilai
kesejahteraan
2.4 Frasa Sendi Nama
Menurut Abdullah Hassan (2005:
153), frasa sendi nama merupakan satu binaan dalam ayat yang terdiri
daripada
satu sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi
tersebut.
Lazimnya frasa sendi nama terletak di hadapan frasa nama.
Sungguhpun demikian frasa sendi nama juga
boleh didahului oleh kata
bantu. Antara frasa sendi nama yang lazimnya terdapat dalam bahasa Melayu
ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi,
hingga,oleh, dengan, sampai, tentang dan
sebagainya. Berikut ialah contoh
frasa sendi nama yang terdapat dalam petikan:
daripada institusi kesultanan
di Kuala Lumpur
di Pantai Barat
dari segi pembangunan
dalam alam Melayu
untuk dikecapi
oleh generasi muda
oleh kepemimpinan berwibawa
pada tahap terbaik
hingga ke seluruh pelosok tanah air
2.5 Kata Kerja Sebagai
Kata Nama
Bagi menerbitkan kata nama daripada kata kerja, imbuhan apitan
pe-…an dan ke-..-an digunakan oleh
penulis. Berikut ialah contoh kata nama
terbitan yang berasal daripada kata kerja dan terdapat dalam
petikan:
bangun → pembangunan
hubung → perhubungan
juang → perjuangan
lantik → pelantikan
lancar → pelancaran
percaya → kepercayaan
timbang → pertimbangan
tadbir → pentadbiran
tadbir → pentadbir
tunjuk → petunjuk
2.6
Kata Nama Sebagai Kata Kerja
Bagi menerbitkan kata kerja, sesuatu
kata nama perlu diberi imbuhan awalan per-, me-, di-, ter-, ber-; imbuhan
akhiran –kan dan –i; apitan me-…-an dan di-…-an. Lihat contoh kata nama yang
diberi imbuhan kerja yang terdapat dalam rencana:
atas → mengatasi
bayang → membayangkan
didik → mendidik
gambar → menggambarkan
kuasa → menguasai
f)
pengaruh → mempengaruhi
tingkat → meningkatkan
tempat → menempatkan
i)
umpan → mengumpan
j)
utama → mengutamakan
2.6 Kata Adjektif Sebagai
Kata Kerja
Beberapa imbuhan yang dibincangkan
dalam menerbitkan kata kerja daripada kata nama dapat juga
digunakan bagi
menerbitkan kata kerja daripada kata adjektif. Lihat contoh kata adjektif yang
diberi
imbuhan kerja yang terdapat dalam rencana:
asyik → mengasyikkan
baharu → memperbaharu
mudah → dipermudah
kurang → mengurangkan
perit → diperitkan
sedia → disediakan
takut → menakutkan
tegak → menegakkan
teliti → meneliti
tentu → menentukan
2.7 Kata Adjektif Sebagai
Kata Nama
Bagi menerbitkan kata nama, kata
adjektif perlu diberi imbuhan sama ada imbuhan awalan pe-, akhiran –an,
apitan
ke-…-an, pe-…-an atau per-…an. Semuanya dapat menerbitkan kata nama. Lihat
contoh kata
adjektif yang diberi imbuhan kata nama yang terdapat dalam rencana:
dekat → pendekatan
kembang → perkembangan
merdeka → kemerdekaan
mudah → kemudahan
padu → perpadu
selamat → keselamatan
terang → penerangan
luas → peluasan
i)
lanjut → selanjutnya
j)
perkasa → pemerkasaan
3.0
Pola
Ayat Dasar
Apabila kita menulis ayat, kita
menceritakan tentang sesuatu. Perkara yang diceritakan itu ialah subjek.
Unsur
yang boleh menjadi subjek ialah frasa nama. Oleh itu, ada satu sahaja jenis
frasa subjek, iaitu frasa
nama. Cerita mengenai sesuatu perkara dalam ayat itu
pula ialah predikatnya. Predikat ini boleh terdiri
daripada empat jenis frasa,
iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi.
Oleh sebab ada hanya satu jenis
frasa subjek, dan ada empat jenis frasa predikat, maka terdapatlah empat
pola
binaan ayat dasar. Ayat dasar ini juga dipanggil ayat tunggal. Jenis binaan
ayat tunggal ini dipanggil pola
ayat. Pola-pola ayat dasar bahasa Melayu adalah
seperti berikut:
Pola 1: Frasa
Nama + Frasa Nama
Pola 2: Frasa
Nama + Frasa Kerja
Pola 3: Frasa
Nama + Frasa Adjektif
Pola 4: Frasa
Nama + Frasa Sendi
Lihat rajah pohon di bawah
berdasarkan contoh ayat yang dipetik daripada rencana.
3.1
Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN)
Dalam
konteks kenegaraan, kemerdekaan membawa makna tersendiri.
subjek
predikat
FN FN
Dalam konteks kenegaraan kemerdekaan
membawa makna tersendiri.
3.2
Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK)
Datuk Onn dikatakan memberi kata dua kepada
institusi kesultanan.
subjek
predikat
FN FK
Datuk Onn dikatakan memberi kata dua kepada
institusi kesultanan
3.3 Frasa Nama (FN) + Frasa
Adjektif (FA)
Pada masa ini, perhubungan jalan darat negara ini adalah
yang terbaik.
subjek
predikat
FN FA
Pada
masa ini, perhubungan jalan darat negara ini adalah yang terbaik
3.4 Frasa Nama (FN) + Frasa
Sendi (FS)
Harold MacMichael berjaya menggunakan
tipu muslihat
untuk menguasai pentadbiran Tanah
Melayu.
subjek
predikat
FN FS
Harold MacMichael berjaya untuk menguasai
pentadbiran Tanah Melayu
menggunakan tipu muslihat
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian ini diharap
dapat memberi kefahaman kepada guru-guru yang mengajar Bahasa
Melayu di sekolah
atau pengkaji bahasa Melayu tentang perbezaan perkataan, frasa, klausa dan
ayat.
Penggunaan rencana akhbar sebagai bahan kajian dianggap bersesuaian
kerana akhbar ialah bahan bacaan
yang paling digemari dan mudah didapati.
Berdasarkan hasil analisis rencana,
pengkaji dapat menganalisis setiap jenis kata, frasa dan ayat yang
digunakan
oleh penulis rencana. Di sini, frasa dapat dikenal berdasarkan ciri-cirinya,
iaitu berpotensi untuk
diperluas, boleh disisipi dengan kata hubung atau kata
sendi, tidak mengandungi subjek dan predikat, dan
boleh dipancangkan ke dalam
frasa-frasa yang lain. Peluasan frasa sangat produktif untuk menyatakan
konsep-konsep tertentu dan memberi pengertian yang lebih jelas dan terperinci
akan sesuatu perkara.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. 2005. Linguistik Am. Bentong: PTS
Publications.
Abdullah Hassan et al. 2005. Sintaksis. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing.
Ahmad Khair Mohd Nor. 2003. Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna. Kuala
Lumpur: Utusan Publications.
Asraf. 2011. Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Nik Hassan Basri. 2007. Komsas dan Tatabahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Icon Region Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et al. 1996. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Za’ba. 1965. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan