Ketibaan tetamu kehormat
Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato’
Ir. Hj. Kamaruzaman ke Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Kampong Jawa
kali ke-18.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi
Rabbil Alamin. Wassolati wassalamu ‘ala ashrafil anbia iwalmursalin. Wa’ala
alihi wa ashabihi ajma’in. Assalamualaikum, salam sejahtera, Salam 1 Malaysia,
Salam Transformasi.
Yang Berbahagia Dato’ Ir. Hj. Kamaruzzaman
b. Johari
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja
Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohammad Nashan b.
Singgan
Pengetua SMK Kampong Jawa
Yang Dihormati Encik Muhammad b.
Hashim
Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa
Yang Berusaha Puan Latipah bt. Ahmad
Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Puziah bt. Tuban
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tuan Hj. Muzikir b. Muhammad
Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan ahli jawatankuasa PIBG,
Guru-guru,
tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan
kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Ir. Hj. Kamaruzzaman ke majlis perasmian
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18. Saya juga melahirkan rasa bangga dan
mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para
tetamu dalam menunaikan amanah sebagai ahli PIBG.
Nyanyian Lagu Negaraku
Sebagai pembuka majlis, saya mempersilakan
tuan-tuan dan puan-puan berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
Semua hadirin dipersilakan duduk.
Bacaan Doa
Sidang hadirin,
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Bagi memuliakan majlis, marilah sama-sama
kita menadah tangan memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Oleh
itu, majlis mempersilakan Ustaz Wan Mohd Faizal untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Ustaz Wan Mohd Faizal atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak
adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan
sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya
saing dalam dunia yang semakin mencabar ini. Kerjasama dan komitmen daripada
guru dan ibu bapa amat penting dalam usaha melahirkan murid yang
berketerampilan dalam bidang akademik, kokurikulum, dan sahsiah.
Ucapan YDP PIBG
Warga dewan yang mulia.
Encik Muhammad YDP PIBG,
Segak orangnya kemas bergaya,
Dijemput ke pentas tampilkan diri,
Memberi ucapan pembuka bicara.
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Muhammad b. Hashim, Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Kampong Jawa untuk memberikan ucapan. Dengan
sukacitanya dipersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Muhammad atas
ucapan sebentar tadi.
Ucapan Pengetua
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,
Seorang pemimpin hebat,
Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan
Haji Mohammad Nashan bin Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa merangkap Penasihat
PIBG SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Tuan Pengetua atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan Perasmian
Sidang warga dewan sekalian,
Sirih junjung penuh bererti,
Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berbahagia Dato’ Ir. Kamaruzaman untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Kampong Jawa bagi tahun
2014.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Dato’ Ir. Kamaruzzaman atas ucapan dan kesudian menyempurnakan
majlis perasmian sebentar tadi.
Penyampaian Sijil
Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada
Ahli Jawatankuasa PIBG yang telah menggembleng tenaga dalam meneraju PIBG
sepanjang tahun 2014.
Sekali lagi majlis menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Ir. Kamaruzaman diringi oleh Tuan
Pengetua untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada
Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Kampong Jawa sesi 2014. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Dijemput
En. Muhammad b. Hashim, Yang Dipertua PIBG
En. Arjunan a/l Veloo, Timbalan YDP PIBG
Pn. Basirah bt. Ahmad, Setiausaha
Pn. Siti Aminah bt. Awang Teh, Penolong
Setiausaha
Pn. Rohaidah bt. Ali, Bendahari
AJK Ibu Bapa
En. Doraisamy a/l Govindasamy
En. Mohd Nor b. Hj. Saadon
En. Mohamad Khair Johari
En. Ahmad Fauzi b. Idris
Pn. Sabariah bt. Mohamad Yusof
Pn. Norleha bt. Junid
AJK Guru
En. Mohd Aidilfitri b. Hamzah
En. Saidi b. Daud
En. Kumarababu a/l Karuppen
Pn. Noraini bt. Said
Pn. Rosina bt. Osman
Pn. Aline Rosabel Abraham
Pn. Mallika a/p Raman
Sebagai tanda terima kasih, dipersilakan Tuan
Haji Mohammad Nashan, Pengetua SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan cenderamata
tanda ingatan daripada warga PIBG kepada tetamu istimewa kita pada hari ini.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Yang Berbahagia Dato’ Ir. Kamaruzaman kerana sudi menyempurnakan majlis
sebentar tadi.
Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Pengetua.
Cabutan Bertuah
Majlis pada hari ini diteruskan pula dengan
acara cabutan bertuah khas untuk para ibu bapa dan guru. Hadiah cabutan bertuah
kita pada hari ini telah disumbangkan oleh Lemayu Corporation, Megaswaran Jobs
Agency dan PIBG.
Untuk menyempurnakan majlis, sekali lagi saya mempersilakan YDP PIBG naik ke pentas membuat cabutan.
Dipersilakan En. Muhammad membuat 15 cabutan nombor bertuah. Dimaklumkan, nombor masing-masing tercatat pada buku program hadirin pada hari ini.
Penerima bertuah yang pertama…
Seterusnya…
Hadirin bertuah yang terakhir ialah…
Hadirin bertuah yang terakhir ialah…
Terima kasih En. Muhammad atas kesudian
menyampaikan hadiah itu tadi.
Kini majlis diteruskan dengan persembahan
daripada murid-murid SMK Kampong Jawa. Antara persembahan yang akan ditampilkan
ialah nyanyian berkumpulan murid dari tingkatan tiga dan nyanyian daripada
murid pendidikan khas. Sama-sama kita saksikan.
Dengan berakhirnya persembahan itu tadi,
maka selesailah sudah majlis perasmian Mesyuarat Agung kita pada hari ini. Saya
bagi pihak ahli jawatankuasa pelaksana merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan indah simpanlah di hati
Terima kasih sekalung budi
Kenangan indah simpanlah di hati
Untuk makluman hadirin sekalian, mesyuarat
PIBG akan bermula sebentar lagi. Oleh itu, saya menyerahkan majlis kepada Yang
Dipertua PIBG, En. Muhammad b. Hashim untuk meneruskan aktiviti mesyuarat. Sekian
sahaja dari saya, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan