Rasanya ramai peminat Casio
G-Shock di Malaysia ini. Jam yang terbukti paling lasak pernah dicipta oleh
orang Jepun 32 tahun yang lalu. Kali ini
Cikgu bukan nak bercerita tentang sejarah G-Shock sebab dalam Wikipedia sudah
ada, tapi ingin menjawab kekeliruan peminat G-Shock tentang negara yang menghasilkan jam ini.
Casio sebenarnya mempunyai kilang di
tiga buah negara, iaitu di Jepun, Thailand dan China. Pernah juga kita
menemukan jam G-Shock Made in Malaysia (tapi sekarang sudah tiada). Fungsi
ketiga-tiga kilang ini ialah menghasilkan jam plastik kental dan gagah yang kita dambakan
ini.
Terdapat tiga kategori utama
dalam pembuatan jam ini. Kategori pertama ialah kategori premium, contohnya
model Frogman. Hampir semua binaan termasuk bahan mentahnya dihasilkan di kilang Yamagata Casio, Jepun.
Kategori kedua merupakan model pertengahan ataupun mid range model. Contohnya model Rangeman.
Rangeman dihasilkan sepenuhnya di Thailand tetapi dibuat 2 model berasingan.
Satu model untuk pasaran Jepun dengan kod GW-9400J-1JF yang mana tali getahnya
ditukar kepada tali Carbon Fibre kerana orang Jepun mahukan kualiti yang terbaik bagi setiap barangan mereka. Manakala
model GW-9400-1DR pula untuk pasaran negara lain dan harga yang lebih murah dan
mampu milik. Kod 2D1XXX pada belakang setiap model solar Casio merupakan tarikh jam
ini dihasilkan.
Akhir sekali untuk model murah
ataupun entry model yang tidak memerlukan kepakaran kompleks dihasilkan di
China. Oleh sebab kos buruh dan bahan yang murah di China, banyak model yang mampu milik seperti
DW-6900-1V/DW-5600E-1V, dan model GA-100/110/120/150/200/300 dihasilkan di sini. Di
samping itu juga kilang China terlibat dalam pengeluaran model yang popular
seperti model GA-110 dan hampir 90% model ini datang dari kilang China.
Kesimpulannya, bukan semua model
G-Shock made in Japan adalah yang terbaik dan model made in Thailand dan China
kurang baik. Kadang-kadang keluaran Jepun juga ada masalah kualiti. Selagi Casio
masih mengekalkan tahap kualiti bagi setiap jam yang dihasilkan, ini tidak menjadi isu
besar walaupun di mana-mana sahaja jam itu dibuat. Tidak semestinya buckle atau back case tiada
cop Made in Japan jam maka jam itu bukan original. Kadang-kadang anda akan menemukan
jam yang dipasang di China atau Thailand tetapi menggunakan tali dari Jepun (harganya agak mahal sedikit berbanding 100% made in China).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan