Tutup gua merpati terharu
Gegar rapat batu menaikHidup di dunia mesti berguru
Agar dapat ilmu yang baik
Ibu melalut lagu gurindam
Kenangan hiba rawan terharulmu dituntut baru semalam
Jangan dicuba melawan guru
Kalau dah dapat guru yang bijak
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin
Cuaca redup nampak kelabu
Rembang suasana tiada terangJika hidup tidak berilmu
Memang hina dipandang orang
Pekan tamu belum sampai
Nangka cempedak dibawa bekalPesan guru jangan diabai
Jika hendak ilmunya kekal
Rusa diburu ada sebelas
Tutup jerat menghadang titiJasa guru tak minta dibalas
Cukup setakat mengenang bakti
Delima putih ada di bucu
Buah nangka jatuh melataTerima kasih kepada cikgu
Tanpa mereka siapalah kita
Kendi biru terbelah sudah
Takkan cuba diletak aluMenjadi guru bukanlah mudah
Impian saya sejak dahulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan