Mohon perhatian, majlis akan bermula
sebentar sahaja lagi. Oleh itu, para hadirin diminta mengambil tempat duduk.
Saya umumkan etika yang harus dipatuhi bagi kelancaran majlis.
1. Sila pastikan telefon bimbit berada
dalam mod senyap.
2. Para hadirin dipohon berdiri semasa
ketibaan tetamu kehormat diumumkan.
3. Berdiri semasa nyanyian lagu
Negaraku.
4. Menghormati bacaan doa.
5. Duduk di kerusi yang telah
ditetapkan.
6. Tidak keluar masuk dewan setelah
mengambil tempat duduk.
7. Penerima anugerah dipohon naik
ke pentas dari sebelah kanan dan turun ke sebelah kiri.
Mengumumkan
ketibaan Yang Berbahagia En. Muhammad b. Hashim, Yang Dipertua PIBG SMK Kampong
Jawa, diiringi masuk oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Muhammed Nashan b Singgan,
Pengetua SMK Kampong Jawa, dan para tetamu khas yang lain.
Sidang hadirin, nyanyian lagu Negaraku akan
berkumandang sebentar lagi. Sidang hadirin
diminta berdiri.”
Sidang hadirin dipersilakan duduk.
Bagi memberkati perjalanan majlis pada
pagi ini, saya dengan sukacitanya menjemput Tuan Muhd Alif Aiman untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.
Demikianlah tadi bacaan doa yang dipimpin
oleh Tuan Muhd Alif Aiman.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Hinggap minum di
tepi kali,
Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar cemerlang
sama dirai,
Agar terlaksana
wawasan negara.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Majlis dengan
penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran;
Yang
Berbahagia En Muhammad b. Hashim, YDP PIBG SMK Kampong Jawa,
Yang
Berbahagia Tuan Haji Mohammed Nashan b. Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa,
Yang Berusaha
Puan Latipah bt. Ahmad, Penolong Kanan Kurikulum SMK Kampong Jawa,
Yang Dihormati
En Maswi b. Saion, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa,
Yang Dihormati Pn. Hajah Sidah bt. Sedek, Penolong Kanan
Kokurikulum SMK Kampong Jawa,
Yang Dihormati
Pn. Hajah Normadiah bt. Abdul Rahim, Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Kampong
Jawa,
Yang Dihormati
En. Amir Syaifuddin b. Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa,
Para tetamu
jemputan, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Sidang hadirin
sekalian, pada petang Jumaat yang penuh barakah ini, warga SMK Kampong Jawa
berasa amat bertuah kerana dapat menjayakan Majlis Penyampaian Hadiah
Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa bagi tahun 2013.
Majlis ini amat
bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari
segala aspek sahsiah, rohani dan jasmani. Untuk pengetahuan semua, ini
merupakan majlis yang julung-julung kalinya diadakan melibatkan dua unit
serentak. Hasil idea Tuan Pengetua, maka terbentuklah satu kerjasama antara
unit hal ehwal murid dan kokurikulum dalam pengelolaan majlis Anugerah Kecemerlangan
HEM dan Kokurikulum 2013. Pada petang
yang redup ini, murid-murid SMK Kampong Jawa yang menunjukkan ketokohan dalam
pelbagai bidang mencakupi kepemimpinan, keperibadian dan kokurikulum akan
diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah. Bukan itu sahaja,
jasa ibu bapa yang banyak membantu memajukan sekolah juga tidak dilupakan.
Sidang hadirin yang dihormati,
Bertonggakkan adat yang datang disambut,
yang pergi diiringi maka majlis dengan bangganya menjemput Tuan Haji Mohammed
Nashan b. Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa merangkap Pengerusi Majlis
Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa, untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Demikianlah ucapan Tuan Haji Mohammed
Nashan b. Singgan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih.
Kini, sampailah masanya untuk kita
mendengar ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum
SMK Kampong Jawa tahun 2013.
Majlis dengan segala hormat
mempersilakan Yang Berbahagia En. Muhammad b. Hashim, YDP PIBG SMK Kampong Jawa
untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada En. Muhamad b. Hashim kerana sudi
menyampaikan ucapannya yang penuh bermakna dan seterusnya merasmikan majlis
pada petang ini.”
Sidang hadirin sekalian, kini tibalah
saat yang dinantikan, Penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum
SMK Kampong Jawa Tahun 2013. Bagi menyempurnakannya, pihak majlis dengan
berbesar hati menjemput Tuan Pengetua diiringi oleh Pn. Sidah bt. Sidek untuk
ke pentas utama bagi menyampaikan anugerah. Penyampaian anugerah dimulakan
dengan Anugerah Sahsiah Terpuji yang melibatkan 2 orang murid bagi setiap
tingkatan.
Penerima anugerah ini ialah Arif Haikal
b. Joha dari Kelas 1B.
Anugerah Sahsiah Terpuji Perempuan pula
diberikan kepada Dian Nor Alieya bt. Mohd Ashari dari Kelas 1G.
Bagi murid tingkatan 2, Anugerah Sahsiah
Terpuji diberikan kepada Seah Jun Yong dari Kelas 2A.
Anugerah Sahsiah Terpuji Perempuan pula
diberikan kepada Kanchana a/p Parthiban dari Kelas 2A.
Bagi murid tingkatan 3, Anugerah Sahsiah
Terpuji diberikan kepada Abdul Majid b. Nor Khalid dari Kelas 3A.
Anugerah Sahsiah Terpuji Perempuan pula
diberikan kepada Lim Kai Shuan juga dari Kelas 3A.
Bagi murid tingkatan 4, Anugerah Sahsiah
Terpuji diberikan kepada Divagaran a/l Rajagopal dari Kelas 4 Prinsip Akaun.
Anugerah Sahsiah Terpuji Perempuan pula
diberikan kepada Syarifah Izzatul Syahirah bt. Syed Rahmad dari Kelas 4 Sains
1.
Bagi murid tingkatan 5, Anugerah Sahsiah
Terpuji diberikan kepada Leong Kenneth dari Kelas 5 Sains 1.
Anugerah Sahsiah Terpuji Perempuan pula
diberikan kepada Nur Asmira Syafiqah bt. Idres dari Kelas 5 Ekonomi Asas.
Seterusnya, Anugerah Sahsiah Terpuji
Murid Pendidikan Khas Lelaki diberikan kepada Muhd Iqmal b. Jundam.
Anugerah Sahsiah Terpuji Perempuan
diberikan kepada Noor Farahin bt. Hisham.
Seterusnya, Anugerah Pengurusan
Cemerlang Unit HEM. Anugerah ini diberikan kepada unit yang menunjukkan sistem
pengurusan yang sistematik. Unit yang terbaik diberikan kepada Unit Disiplin.
Dipersilakan En. Rezuali b. Hassanudin mewakili Unit Disiplin.
Anugerah seterusnya diberikan kepada
guru yang berjaya mengurus kelas dari segala aspek seperti pengurusan murid,
papan kenyataan, buku kawalan kelas dan kebersihan. Anugerah Pengurusan Kelas
Terbaik Sesi Pagi diberikan kepada Pn. Fauzian bt. Sahar.
Anugerah Pengurusan Kelas Terbaik Sesi
Petang pula diberikan kepada Pn. Norah bt. Aspar.
Seterusnya, Anugerah Pencapaian
Tertinggi Tahun 2013. Anugerah ini diberikan kepada unit-unit yang mencapai
pencapaian tertinggi bagi tahun 2013. Tiga kelab berjaya mencapai tahap
tertinggi antara semua kelab di sekolah.
Dipersilakan Ketua Guru Penasihat Persatuan
Sejarah untuk menerima anugerah.
Dipersilakan Ketua Guru Penasihat Kelab
Olahraga.
Dipersilakan Ketua Guru Penasihat Kelab
Kuarter Master.
Seterusnya penyampaian anugerah
tertinggi unit uniform bagi tahun 2013. Anugerah ini diberikan kepada murid yang
mencapai pangkat tertinggi bagi unit-unit uniform sepanjang tahun 2013. Seramai
7 orang kadet dipilih untuk menerima anugerah ini.
Anugerah yang pertama diberikan kepada 4
ahli pengakap yang mendapat Anugerah Pengakap Raja. Pengakap Raja merupakan anugerah
tertinggi bagi Persekutuan Pengakap Malaysia. Sijil Pengakap Raja
ditandatangani oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong serta semua sultan di Malaysia.
Penerima anugerah yang pertama ialah
Muhd Amer Azamudin b. Zulkifli.
Dipersilakan Pengakap Raja, Muhd Faizzudin
b. Khairi Anuar.
Dipersilakan Pengakap Raja, Syed Amirul
Hakimi b. Syed Mohd Yusof.
Dipersilakan Pengakap Raja Muhd Asnawi
b. Alias.
Anugerah Tertinggi Unit Beruniform
seterusnya diberikan kepada Sarjan Mohd Ashraf b. Noorazman dari Kadet Bomba
dan Penyelamat.
Pegawai Waran 2 Muhd Zahiruddin b. Zaini
dari Kadet Remaja Sekolah.
dan Pegawai Waran 2 Helmi Sufian b.
Isamsuhaimi juga dari Kadet Remaja Sekolah.
Anugerah Tokoh Kokurikulum Kelas
Pendidikan Khas Lelaki diberikan kepada Mohd Aizam b. Hanis.
Anugerah Tokoh Kokurikulum Kelas
Pendidikan Khas Perempuan pula diberikan kepada Siti Suhaila bt. Hanapiah.
Seterusnya, Anugerah Murid Harapan
Lelaki diberikan kepada Juan Wei Siang.
Anugerah Murid Harapan Perempuan pula
diberikan kepada Nurnajwa bt. Romli.
Anugerah Murid Cemerlang Unit Beruniform
Sesi Pagi diberikan kepada Muhd Amer Azamuddin b. Zulkifli dari Pengakap.
Anugerah Murid Cemerlang Persatuan
diberikan kepada Kher Chin Kui dari Persatuan Bahasa Cina.
Anugerah Murid Cemerlang Sukan diberikan
kepada Faris Hazim b. Jamaludin dari Kelab Olahraga.
Anugerah Anugerah Murid Cemerlang Unit
Beruniform Sesi Petang diberikan kepada Muhd Faizal b. Husin dari Kadet Remaja
Sekolah.
Anugerah Murid Cemerlang Persatuan Sesi
Petang diberikan kepada Muhd Ihsaan b. Mohd Jamaludin dari Persatuan Sains.
Anugerah Murid Cemerlang Sukan Sesi
Petang diberikan kepada Nazatul Najwa bt. Ahmad Asyik dari Kelab Olahraga.
Anugerah Kelab/Persatuan Cemerlang Sesi
Pagi diberikan kepada Persatuan Pelajar Islam.
Anugerah Kelab/Persatuan Cemerlang Sesi
Petang diberikan kepada Persatuan Bahasa Cina.
Anugerah Unit Uniform Cemerlang Sesi
Pagi diberikan kepada Kadet Remaja Sekolah.
Anugerah Unit Uniform Sesi Petang
diberikan kepada Pasukan Pengakap 47 Klang.
Anugerah Sukan Cemerlang Sesi Pagi
diberikan kepada Kelab Olahraga.
Anugerah Sukan Cemerlang Sesi Petang
juga diberikan kepada Kelab Olahraga.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan
Pengetua dan Pn. Sidah kerana sudi menyampaikan anugerah.
Sebagai tanda terima kasih, majlis
menjemput Pn. Sidah untuk menyampaikan tanda kenang-kenangan kepada Tuan
Pengetua.
Sidang hadirin yang dihormati,
penyampaian anugerah diteruskan. Bagi menyempurnakan penyampaian, majlis dengan
berbesar hati menjemput En. Muhammad b. Hashim, Yang Dipertua PIBG diiringi
oleh En. Maswi b. Saion untuk ke pentas utama bagi menyempurnakan penyampaian
anugerah.
Anugerah Tokoh Guru Sesi Pagi diberikan
kepada Pn. Syakirah bt. Sarpan. Dipersilakan
Anugerah Tokoh Guru Sesi Petang pula
diberikan kepada En. Mohd Noor b. Abd. Rahman. Dipersilakan.
Anugerah Presiden Terbaik Lelaki
diberikan kepada Mohd Iskandar Dzulkarnain b. Mohd Rummaja.
Anugerah Presiden Terbaik Perempuan
diberikan kepada Nur Izzah bt. Khirul Ashar.
Anugerah Tokoh Pengawas Lelaki diberikan
kepada Tuan Muhd Alif Aiman b. Tuan Suhaimi.
Anugerah Tokoh Pengawas Perempuan
diberikan kepada Nurul Hafiza bt. Mohd Zainan.
Anugerah Tokoh
Cemerlang Unit HEM Lelaki diberikan kepada Muhd Ameer
Azamudin b. Zulkifli.
Anugerah Tokoh Cemerlang Unit HEM
Perempuan diberikan kepada Nur Liyana Aqilah bt. Zaidon.
Anugerah Pengurusan Kokurikulum
Cemerlang Sesi Pagi diberikan kepada Pasukan Pengakap 47 Klang.
Anugerah Pengurusan Kokurikulum
Cemerlang Sesi Petang diberikan kepada Kelab Olahraga.
Anugerah Tokoh Guru Kokurikulum Lelaki
Sesi Pagi diberikan kepada En. Zaidi b. Bidin.
Anugerah Tokoh Guru Kokurikulum
Perempuan Sesi Pagi diberikan kepada Cik Noor Azidah bt. Ali.
Anugerah Tokoh Guru Kokurikulum Sesi
Petang diberikan kepada En. Mohd Najib b. Abdul Rahim.
Anugerah Tokoh Guru Kokurikulum
Perempuan Sesi Petang diberikan kepada Cik Marina bt. Omar.
Anugerah Olahragawan Sukan Lelaki Sesi
Pagi diberikan kepada Alif Izzudin Shah b. Arman Shah.
Anugerah Olahragawan Sukan Perempuan
Sesi Pagi diberikan kepada Nurul Asma bt. Zainudin.
Anugerah Khas Juri Ikon Sukan diberikan
kepada Muhd Hafiz b. Mohd Razali.
Anugerah Tokoh Murid Kokurikulum Lelaki
diberikan kepada Ahmad Akmal b. Azhari.
Anugerah Tokoh Murid Kokurikulum
Perempuan diberikan kepada Nurliyana Aqilah bt. Zaidon.
Seterusnya, anugerah ini merupakan satu
hadiah sanjungan kepada individu dalam kalangan ibu bapa yang berkecimpung
secara aktif dan berterusan dalam membangunkan sekolah dalam pelbagai kegiatan
seperti sukan, kebudayaan, pembangunan fasiliti, PIBG, keselamatan dan
keagamaan. Anugerah
Tokoh Komuniti diberikan kepada En. Roslan b. Ramlee dan Pn. Syarifah bt. Muhd
Zaimi.
Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga penghargaan yang diterima pada hari ini menjadi
dorongan dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid untuk mengejar,
meningkatkan, serta mengekalkan prestasi yang cemerlang.
Majlis mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada En Muhammad b.
Hashim dan En. Maswi b. Saion kerana sudi menyampaikan anugerah. Sebagai tanda
terima kasih yang tidak terhingga, dipersilakan En. Maswi untuk menyampaikan
cenderamata kepada En. Muhammad b. Hashim.
Hadirin dan hadirat yang dihormati
sekalian, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, itu adat itu lumrah kehidupan,
begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk ditelan, tapi kaki tetap
mengorak jalan, selagi hayat dikandung badan.
Hari Anugerah Kecemerlangan HEM dan
Kokurikulum 2013 hampir sampai ke penghujungnya. Ucapan terima kasih yang tidak
terhingga saya ucapkan kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan
majlis ini. Bagi pihak ahli jawatankuasa pengelola dan seluruh warga SMK
Kampong Jawa, saya memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang
majlis ini berlangsung.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi.
Sekian sahaja, salam hormat, wabillahi
taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semua hadirin dipersilakan menikmati
hidangan yang disediakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan