Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam 1 Malaysia.
Yang Dihormati, Tuan
Pengerusi Majlis,
Yang
Berbahagia, Tn. Hj. Nashan bin Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa.
Yang
Berusaha, Pn. Latipah binti Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang
Dihormati, Pn. Puziah binti Tuban, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn.
Kamariah binti Md. Kamil, Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn.
Normadiah binti Abd. Rahim, Penolong Kanan Pendidikan Khas
En.
Amir Saifudin bin Abd Majid, Penolong Kanan Petang,
Barisan
guru kanan mata pelajaran
Guru-guru
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Pertama sekali, marilah
kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru peringkat
sekolah bagi tahun 2014. Semoga Hari Guru ini disambut dan diraikan dengan
penuh bermakna dalam suasana yang ceria dan harmoni.
Sidang hadirin yang
berbahagia;
Sebelum saya meneruskan ucapan ini saya terlebih dahulu mengambil
peluang ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” dan “Terima Kasih Cikgu”.
Sambutan Hari Guru yang
diadakan setiap tahun sesungguhnya ialah satu pengiktirafan dan penghargaan
kepada guru yang diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Jadi, amat
wajar sekali jika Sambutan Hari Guru ini diraikan oleh murid, ibu bapa dan
masyarakat sebagai pengiktirafan kepada guru. Inilah cara yang terbaik untuk
menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru
yang tidak ternilai.
Kepada semua murid yang
dikasihi sekalian. Hargailah jasa guru-guru kamu! Kalau seorang doktor dikagumi
kerana boleh menyelamatkan nyawa, jika polis dan tentera disanjung kerana boleh
mempertahankan negara, jika tokoh korporat dibanggakan kerana menjana ekonomi
negara, jangan lupa bimbingan seorang guru biasa sahaja boleh menjadikan
seseorang yang biasa kepada insan luar biasa.
Akhir kata, kepada semua
warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan
kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan disanjung tinggi.
Pada kesempatan ini saya
menyeru semua warga guru supaya berusaha menjadi lebih kreatif, inovatif, dan
mampu mencipta kelainan yang boleh memberi manfaat kepada murid-murid.
Sesungguhnya, mendidik adalah tugas yang amat mulia dan tidak ternilai
harganya. Jalankanlah tugas dengan lebih gigih, jujur dan terus bekerja sebagai
satu pasukan.
Sekian, wabillahi taufik
wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan