Ahad, 22 Februari 2009
Khamis, 5 Februari 2009
Sabtu, 24 Januari 2009
Sesi Teh Tarik
Sesi teh tarik adalah salah satu kemestian selepas mesyuarat Kawanboxx. Semasa minum, setiap ahli akan bertukar pendapat, berkongsi idea sekiranya ingin memutuskan perkara yang tidak selesai dalam mesyuarat.
Ahad, 18 Januari 2009
Greateacher Megadrama
Nak dengar satu cerita yang menarikPada satu hari Ahad yang panas terik
Semua orang berebut ke rumah En.Adnan
Selepas mendengar satu cerita tergempar
Memang semua orang tak sangka
Sejarah akan tercipta
Apa yang dicakap bukan sekadar kata-kata
Tapi ada sesuatu yang istimewa
Selang beberapa tahun
Tetap perkara sama yang berlaku
Dia bukan sekadar berkata-kata
Tapi bercerita
Semua ceritanya memang menakjubkan
Cerita yang jarang didengar
Cerita yang menambat hati semua
Dia menjadi tumpuan semua orang
Dia bagaikan satu fenomena
Ceritanya benar-benar bernyawa
Masa umurnya 12 tahun
Dia menjadi sangat terkenal
Satu dunia dengar ceritanya
Cerita aksi, cerita cinta, cerita yang tidak kita sangkakan
Hebat sungguh cerita kamu ni, siapa nama kamu anak?
Saya Raja Ahmad Talmizi
Sabtu, 17 Januari 2009
Tips Kereta
Enjin kereta selepas 2005 tak perlu dipanaskan.
BAGAIMANAKAH mod 4WD sepenuh masa memberi kesan ke atas penggunaan minyak?
Lebih banyak komponen bergerak.
PERLUKAH saya menukar kepada gear neutral ketika berhenti di lampu isyarat atau memijak pedal brek. Tindakan manakah yang lebih menjimatkan minyak?
Tukar gear neutral jimat minyak.
ADAKAH benar bahawa kenderaan pacuan roda belakang menggunakan lebih minyak?
Keberkesanan enjin tidak beri kesan.
BOLEHKAH minyak dengan cetana yang lebih tinggi membuat enjin diesel lebih mudah dihidupkan?
Enjin diesel mudah hidup jika cetana tinggi.
BENARKAH tangki minyak tidak boleh dibiarkan hampir kosong sebelum mengisi semula?
Kereta ringan kurang guna minyak.
ADAKAH memasang pendingin udara pada tahap yang lebih tinggi akan menggunakan lebih minyak berbanding dengan memasangnya pada tahap 1? (kelajuan kipas atau suhu).
Pasang pendingin udara tahap tinggi.
PERLUKAH saya menukar kepada gear neutral sewaktu menuruni bukit?
Jangan tukar gear neutral bila turun bukit.
APAKAH yang harus saya lakukan jika kadar penggunaan minyak petrol saya terlalu tinggi?
Manfaat guna petrol berkualiti.
ADAKAH saya perlu menggunakan minyak Premium/Regular?
Pilihan minyak ikut keperluan.
APAKAH perbezaan di antara RON92, RON 95 & RON 99?
Kaitan nombor oktana, rekaan enjin.
Jumaat, 16 Januari 2009
Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?
Cikgu amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? Begini tulisan beliau:Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang. Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman). Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times). Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion. Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi. Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel. Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi. Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah? Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500. Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam. Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta). Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat. Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion. Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion. Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
Makan Beradap

Pada 25 Disember 2008, cikgu telah menghadiri majlis perkahwinan (sambut menantu) di Kuala Pilah. Kami sekeluarga dan beberapa saudara-mara menginap di rumah tumpangan yang disediakan oleh pihak pengantin lelaki di pekan Kuala Pilah. Adat menyambut menantu di sini berbeza dengan adat di Kelantan kerana mereka membuat kenduri besar-besaran sama seperti di sebelah pihak pengantin perempuan. Setelah selesai upacara merenjis dan menepung tawar, kedua-dua pengantin dan keluarga pengantin perempuan dijemput untuk makan beradap. Banyak hidangan lazat yang disediakan oleh pihak pengantin lelaki. Hukum Cabut Kening
Petikan daripada akhbar Utusan Melayu, 16 Januari 2009, bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah, pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Jawapan: Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini. Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.
Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah. Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.
Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri. Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.
Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.
Dalam kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan. Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.
Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya. Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.
Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut. Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening. Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.
Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.
Mesyuarat Kawanboxx
Kejohanan Tomoi Kuala Lumpur
Kejohanan Tomoi Kuala Lumpur 2009 akan diadakan di Stadium Badminton Cheras pada 7 dan 8 Februari ini. Tiket berharga RM25 boleh didapati di pintu masuk stadium. Perlawanan akan berlangsung pada pukul 9 hingga 12 malam menemukan 10 regu tempatan dan antarabangsa. Cikgu akan menjadi salah seorang krew yang terlibat pada malam kejohanan. Isnin, 12 Januari 2009
Basuh Kawah
Jumaat, 9 Januari 2009
Rabu, 12 November 2008
Jelingan Ayah
Kisah ini benar-benar terjadi pada cikgu sewaktu kanak-kanak dahulu. Ayah cikgu suka memberi amaran pada cikgu dengan menjeling garang jika membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau cikgu mengambil gula-gula, dia akan menjeling pada cikgu bermakna letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula. Suatu hari, cikgu mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, cikgu melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Cikgu yang 'konon'nya ingin membantu terus menarik kain yang tersepit itu. Ayah cikgu yang sedang solat terus memberi jelingannya pada cikgu. Cikgu pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatahlah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayah cikgu yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret cikgu balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung cikgu dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
Isnin, 10 November 2008
Sebuah Pesanan yang Menarik
Dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat
TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat
Di tengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat
Ketika manusia mula mengubah tabiat
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jelah minyak gamat
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat
Semua nak tunjuk kuat
Bila berjudi, percaya unsur kurafat
Tapi hidup pula yang melarat
Tali kasut dah tak berikat
Rambut pun jarang sikat
Yang perempuan, pakai mini sekerat
Suka pakai baju ketat... (apa dapat?)
Suka sangat menunjukkan pusat
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat
Pakai pulak yang singkat-singkat
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat
Duduk jauh berkirim surat
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat
Usah peduli agama dan adat
Usah takut Allah dan malaikat
Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat
Maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat
Habis manusia telah tersesat
Inilah dia fenomena masyarakat
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat
Marilah kita pakat mengingat
Bahawa dunia hari ini makin singkat
Esok atau lusa mungkin kiamat
sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat
Masa tu, sendiri mau ingat
Umurmu banyak mana, berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman mudamu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manfaat...?
Sebagai sesama insan sama-samalah ingat mengingati sesama insan!!!
Semoga ia dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat.
Ahad, 9 November 2008
Surat Mahasiswa Kepada Ayahnya
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM200 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda, Mat.
P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.
Kepada Mat,
Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima.
Dari Ayahmu.
Sabtu, 8 November 2008
10 Sebab Cuci Motor Lebih Baik Dari Berkhalwat
1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok kiri kanan.
3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.
4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.
6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi - depan rumah atau di stesen minyak pun boleh.
8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada siapa yang larang.
9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.
10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.
A Malay Gentleman
1. Lelaki gentleman seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tahu apa matlamat hidup yang ingin dicapai dan dia bersemangat bagi merealisasikan impiannya.
2. Dia banyak bertimbang rasa dengan orang lain.
3. Dia pandai menyesuaikan diri dalam banyak keadaan.
4. Salah satu peribadi gentleman adalah apabila dia diperlakukan dengan buruk, dia membalas dengan berbuat baik, dan bukan dengan membalas keburukan itu.
5. Lelaki gentleman lebih banyak senyap daripada bercakap.
6. Wanita mudah percaya dan tertarik kepada lelaki yang berpakaian kemas.
7. Seorang lelaki tidak serius dalam hidupnya selagi dia tidak suka memakai baju masuk dalam (tuck in) dan bertali leher.
8. Lelaki gentleman sentiasa mengucapkan terima kasih kepada sesiapapun bagi menyampaikan rasa penghargaan.
9. Gentleman mampu menjadikan hati wanita cair apabila berhadapan dengannya.
10. Lelaki gentleman menggunakan sifat yakin dirinya apabila berhadapan dengan wanita.
11. Lelaki gentleman sentiasa memandang muka wanita semasa wanita itu bercakap kepadanya atau sewaktu lelaki sendiri sedang bercakap kepada wanita.
12. Lelaki gentleman adalah lelaki yang pandai membelai jiwa wanita dan faham keperluan wanita secara kejiwaannya.
13. Lelaki gentleman bukan seorang pemalu. Malunya ditempatkan pada dua perkara sahaja iaitu pada melakukan perbuatan maksiat dan mendedahkan dia kepada jatuhnya maruah diri.
14. Lelaki gentleman dikagumi kerana sifat gentleman yang yakin dan tidak pemalu.
15. Lelaki gentleman menggunakan gaya bercakap yang dinamik dan sangat meyakinkan. Mereka bercakap dengan lancar, tidak tersekat-sekat dan tidak teragak-agak. Bahasa mereka betul nahunya, tidak patah-patah dan tidak bercampur aduk dengan bahasa-bahasa lain. Sebutan mereka juga terang dan jelas.
16. Lelaki gentleman tidak berpeluk tubuh semasa bercakap dengan orang lain. Berpeluk tubuh menandakan seseorang itu bersikap defensif.
17. Lelaki gentleman yang berpenampilan menarik mempunyai peluang yang lebih baik untuk menarik perhatian wanita.
18. Memulakan langkah pertama. Anda bukan lelaki gentleman jika anda membiarkan wanita yang memulakan perbualan dan mengatur pertemuan.
19. Melayan semua wanita seperti ‘ratu cantik’ walaupun anda tidak menganggapnya sebagai teman istimewa. Jika seorang wanita rasa dirinya istimewa di mata anda, dia akan memberi komen yang positif mengenai anda pada rakan-rakan wanitanya.
20. Belanja makan pada pertemuan pertama. Bukannya wanita tidak mampu tetapi jika anda membiarkan wanita mengeluarkan wang pada pertemuan pertama, ini menunjukkan anda tidak berkemampuan ‘menjaganya’ kelak.
21. Yakinkan diri anda mempunyai sifat lelaki gentleman yang diidamkan oleh semua wanita.
22. Gunakan sifat-sifat maskulin anda seperti membukakan pintu, menawarkan diri untuk menghantarnya pulang, membantunya mengangkat benda-benda berat dan lain-lain lagi. Sifat ini akan memberikan rasa selamat pada diri seorang wanita dan membuatnya rasa dilindungi.
23. Wanita melihat kemampuan kewangan, fizikal dan mental seorang lelaki sebagai potensi teman hidup. Anda harus faham fitrah wanita mahu dirinya dijaga, dilindungi dan masa depannya terjaga. Mereka mahukan jaminan bahawa anda adalah tempatnya bergantung jiwa dan raga. Jika mereka melihat anda tidak tegas membuat keputusan mengenai perkara-perkara kecil, mereka mungkin berpendapat anda juga tidak tegas apabila berumah tangga. Sama seperti kewangan, wanita mesti diberi jaminan bahawa anda mampu menjaganya. Oeh itu anda harus ingat, kemampuan anda menjaga seorang wanita diukur melalui aspek anda membuat keputusan, kedudukan kewangan dan fizikal anda sebagai lelaki.
24. Janji temu adalah mengenai situasi lelaki dan wanita memainkan peranan maskulin dan feminin masing-masing. Gentleman mesti memberi sepenuh perhatian pada wanita semasa membuat janji temu. Tunjukkan bahawa anda mempunyai sifat-sifat lelaki sejati: penjaga, pemimpin, tempat wanita mencurah kasih sayang. (Perasaan romantis wujud apabila ada sifat maskulin dan feminin dalam sesuatu pertemuan. Sifat feminin adalah sifat menerima manakala sifat maskulin adalah keupayaan memberi dan menjaga)
Jumaat, 7 November 2008
Adakah Anda Lelaki Uberseksual?
Panduan untuk menjadi lelaki uberseksual yang menarik.
1. Sentiasa berfikiran positif
Anda perlu berfikiran terbuka menerima sesuatu perkara. Dengan menggunakan akal yang bijak, anda perlu membuat keputusan yg betul. Jangan terburu-buru tanpa memikirkan buruk baiknya.
2. Sentiasa tampil bergaya
Pastikan anda berpenampilan menarik dan kemas. Jgn keterlaluan pula yg boleh menghilangkan imej maskulin anda.
3. Berkeyakinan dan sentiasa bersemangat dalam diri
Dalam apa jua tujuan dan cita-cita dlm hidup anda, lakukan dengan penuh yakin. Yakin dan usaha tangga kejayaan.
4. Hubungan persahabatan yang baik
Anda seharusnya menambah persahabatan dengan mewujudkan kemesraan dan perbincangan. Kongsilah kedukaan dan kegembiraan bersama rakan.
5. Sentiasa bersikap cool
Tunjukkan diri anda seorang yg berpengetahuan, jgn tunjukkan kelemahan dan sentiasa bijak mengawal emosi ketika bersama rakan.
6. Jangan berpura-pura
Jangan cuba selindungkan diri anda yg sebenar. Anda perlu bangga dengan diri anda. Belajar mengawal emosi dan ketahui lah ramai org tidak suka sikap hipokrit.
7. Penuhkan ilmu di dada
Belajar dan membacalah andai ia mampu menambah pengetahuan dan dpt mengembangkan lagi karier anda.
8. Jangan terlalu merendah diri
Anda boleh menjadi lelaki uberseksual yang menarik. Mantapkan kerja anda dan tingkatkan diri sedikit demi sedikit. Jika anda seorang kerani sekali pun, anda boleh cuma anda perlu yakin pada diri sendiri.
9. Jadilah idola wanita
9. Jadilah idola wanita
Menjadi idola utk wanita akan membuatkan anda lebih yakin. Jaga penampilan dan perbuatan akan membuatkan wanita mengambil perhatian terhadap anda.
Khamis, 6 November 2008
Kursus P & P Inovatif
Rabu, 5 November 2008
Doa Sempena Majlis Penutup Kursus
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah,
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah,
Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta perbendaharaan antara kedua-duanya,
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu,
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu,
untuk kami berkampung selama tiga hari dalam Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Inovatif,
kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya.
Ya Allah,
bagi-Mu segala puji dan puja,
kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati dan menyebut nama-Mu
kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati dan menyebut nama-Mu
hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu
serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat,
kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami,
ibu bapa kami, keluarga dan anak-anak kami,
guru-guru kami, anak-anak didik kami di sekolah,
sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan.
Ya Allah, Qaadhial Hajat,
tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan,
sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa,
maka ampunkanlah dosa-dosa kami;
sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif;
sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi;
sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami,
sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif;
sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi;
sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami,
maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami, sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai-berai,
sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai-berai,
maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu, dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِوَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِوَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Doa Pembuka Majlis/Kursus
Di bawah ini ialah petikan doa yang cikgu baca semasa taklimat kursus P & P Bahasa Melayu di Duta Village Beach Resort, Kuantan.
Bismilla hirrahma nirrahimm
Alhamdulillahi rabbil 'alamin.
Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina Muhammadiw
wala alihi wasahbihi ajma'in.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam
selawat dan salam atas rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w
Ya Allah
pada hari yang penuh keberkatan ini
kami menadah tangan sambil melafazkan kesyukuran
atas segala nikmat, rahmat, inayat dan pertolongan
nikmat iman, nikmat kesejahteraan
nikmat kemerdekaan, pembangunan dan keamanan
Ya Allah
perbaikilah urusan dunia dan agama kami
bersih dan suci pekerjaan kami
berilah cahaya petunjuk-Mu
kepada hamba-hambamu di dunia ini
berilah kami ilham untuk mendapat jalan-Mu yang lurus
peliharalah kami daripada segala kejahatan dan keburukan
Ya Allah
yang maha berkuasa
yang maha mulia
yang maha bijaksana
Kami berdoa dan bermohon
bukakanlah hati kami dengan pancaran iman
sanubari kami dengan penuh yakin dan kepercayaan
fikiran kami dengan ilmu pengetahuan
jiwa dan rohani kami patuh dan taat kepada al quran
dan hadis nabi akhir zaman
Ya Allah Ya Rahman
kami memohon agar engkau jadikan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Inovatif Bahasa Melayu yang diadakan dari 3 hingga 5 November 2008 ini
sebagai kursus yang engkau berkati dan redhai
semoga melalui kursus ini
dapat menjadi wadah yang dapat mengeratkan perpaduan antara kami
dalam menghargai nikmat kemerdekaan
demi agama, bangsa dan negara yang kami cintai
kabulkanlah doa sekalian kami
ya rabbal ‘alamin...
Bismilla hirrahma nirrahimm
Alhamdulillahi rabbil 'alamin.
Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina Muhammadiw
wala alihi wasahbihi ajma'in.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam
selawat dan salam atas rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w
Ya Allah
pada hari yang penuh keberkatan ini
kami menadah tangan sambil melafazkan kesyukuran
atas segala nikmat, rahmat, inayat dan pertolongan
nikmat iman, nikmat kesejahteraan
nikmat kemerdekaan, pembangunan dan keamanan
Ya Allah
perbaikilah urusan dunia dan agama kami
bersih dan suci pekerjaan kami
berilah cahaya petunjuk-Mu
kepada hamba-hambamu di dunia ini
berilah kami ilham untuk mendapat jalan-Mu yang lurus
peliharalah kami daripada segala kejahatan dan keburukan
Ya Allah
yang maha berkuasa
yang maha mulia
yang maha bijaksana
Kami berdoa dan bermohon
bukakanlah hati kami dengan pancaran iman
sanubari kami dengan penuh yakin dan kepercayaan
fikiran kami dengan ilmu pengetahuan
jiwa dan rohani kami patuh dan taat kepada al quran
dan hadis nabi akhir zaman
Ya Allah Ya Rahman
kami memohon agar engkau jadikan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Inovatif Bahasa Melayu yang diadakan dari 3 hingga 5 November 2008 ini
sebagai kursus yang engkau berkati dan redhai
semoga melalui kursus ini
dapat menjadi wadah yang dapat mengeratkan perpaduan antara kami
dalam menghargai nikmat kemerdekaan
demi agama, bangsa dan negara yang kami cintai
kabulkanlah doa sekalian kami
ya rabbal ‘alamin...
Ahad, 2 November 2008
Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan
Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ia merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Berikut merupakan cara-cara untuk gadis mengekalkan keayuan mereka.Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti "tolong" serta "minta maaf".
Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.
Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.
Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.
Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.
Jangan berjalan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.
Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.
Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.
Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.
Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong.
Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.
Rahsia Keperibadian Wanita Melalui Cara Berjalan
Setiap gerakan wanita ketika berjalan itu melambangkan keperibadiannya. Sifat itu adalah seperti berikut:Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, kononnya wanita ini wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncang imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Sabtu, 1 November 2008
Tip Bercukur
Sebelum bercukur anda sepatutnya mencuci atau membuang segala kekotoran dan daki di bahagian muka. Begitu juga bagi kulit yang berminyak. Cara ini akan membuang semua kotoran dan melicinkan muka anda sekaligus memudahkan anda bercukur. Untuk membuka pori-pori dan melembutkan rerambut, lapkan muka dengan tuala yang direndam dalam air panas.
Bahan Pelembap
Anda perlu menggunakan bahan pelembap yang banyak terdapat di pasaran. Rasanya yang dingin serta mengandungi vitamin C dapat membersihkan muka. Ia dapat menanggalkan segala saki-baki kotoran degil dan melembutkan bulu atau rambut yang hendak dicukur.
Anda perlu menggunakan bahan pelembap yang banyak terdapat di pasaran. Rasanya yang dingin serta mengandungi vitamin C dapat membersihkan muka. Ia dapat menanggalkan segala saki-baki kotoran degil dan melembutkan bulu atau rambut yang hendak dicukur.
Gunakan Cermin
Bercukur bukan sahaja untuk bahagian muka malah meliputi kawasan yang anda perlu bersihkan. Untuk ini anda perlu berhati-hati terutama kawasan yang berhampiran dengan alat kelamin. Tetapi bagi kawasan yang tidak dapat diihat dengan jelas sebaiknya menggunakan cermin. Menggunakan 3 buah cermin lebih membantu anda.
Pisau Cukur Pelbagai Guna
Gunakan pisau cukur yang mempunyai mata berlapis. Bagi sesetengah kulit, muka elok menggunakan pisau cukur jenis ini. Selain mudah, ia juga lebih menjimatkan berbanding menggunakan pisau cukur bermata tunggal. Penggunaan pisau ini akan menjadi lebih lancar kerana setiap lengkung tubuh dapat dicapai olehnya. Dengan kemajuan teknologi, pelbagai bentuk pisau cukur telah dicipta. Hanya kebijaksanan anda untuk memilih pisau yang sesuai.
Jangan Cukur Ketika Muka Kering
Jangan bercukur dalam keadaan kulit kering. Anda patut menggunakan pelembap yang sesuai. Kompenon glycerin yang tedapat dalam losyen ini dapat menutup pori-pori dan melembapkan segala rambut atau bulu. Kulit yang kasar akan berisiko mendapat luka. Anda boleh memilih pelembap jenis krim atau buih.
Gunakan Berus
Gunakan berus yang sesuai untuk menyapu losyen atau krim pada bahagian yang hendak dicukur. Dengan menggunakan berus ia dapat meratakan losyen berbanding dengan jari. Sebaik-baiknynya berus berbulu halus dan lembut agar anda rasa lebih tenang dan selesa.Teknik
Anda boleh bercukur dengan mengguna pelbagai teknik asalkan mata pisau tidak tertoreh kulit. Bagi rambut atau bulu yang panjang, cukur mengikut arah bulu itu. Bagi melicinkan kesan cukur atau bahagian rambut atau bulu pendek, cukur berlawanan arahnya. Ini akan memastikan bulu-bulu terpotong sehingga ke dalam liang. Anda patut mencuba teknik baru yang dapat memberikan keselesaan. Lakukan yang terbaik untuk anda. Ada lelaki yang bercukur setiap hari. Bagaimanapun ini bergantung kepada berapa cepat bulu muka, janggut atau misai itu tumbuh.
Bilas
Selepas bercukur, bilaskan pisau cukur menggunakan air paip yang mengalir. Langkah ini dapat menanggalkan segala bulu atau rambut daripada mata pisau. Setelah itu anda boleh mengetuk pisau cukur pada pintu. Walaupun cara ini tidak dapat menanggalkan segala rambut yang melekat tetapi ia memudahkan dan menjimatkan masa anda. Sebaiknya gunakan mata pisau pakai buang.
Bersikap Tenang
Anda harus ingat, bahawa anda sedang menggunakan 'senjata tajam'. Tersilap langkah, anda akan mendapat luka. Oleh itu anda perlu memberikan tumpuan sepenuhnya dan bersikap tenang. Jangan menekan terlalu kuat pisau ketika bercukur. Bagi anda yang baru tumbuh bulu atau misai, eloklah berlatih mencukur belon tanpa memecahnya!.
Gunakan Kedua-dua Tangan
Anda hendaklah menggunakan kedua-dua tangan ketika bercukur. Sebelah memegang pisau cukur manakala sebelahnya lagi bertindak sebagai co-pilot. Tangan co-pilot ini akan menekan kulit sebelum mencukur agar kawasan tersebut menegang.
Buat Perancangan
Anda tidak boleh mencukur sebarangan. Anda hendaklah menyediakan pelan sebelum mencukur. Seeloknya jika ingin mencukur di bahagian muka hendaklah dimulakan di bahagian bauk (sideburn) kemudian diikuti janggut atau misai. Setelah itu bercukur ke bahagian leher, seterusnya ke bahagian bawah sebelum ke bawah bibir. Anda boleh meninggalkan bahagian yang sukar dicukur terlebih dahulu sebelum menyambung kembali. Anda hendaklah bercukur dalam keadaan santai. Bercukur seperti juga memandu di jalan raya kerana kelajuan membunuh.
Selepas Bercukur
Bersihkan muka menggunakan tuala yang bersih. Jangan sesekali menggunakan tuala yang anda telah guna. Ini kerana ketika ini kulit muka anda cukup sensitif. Setelah bercukur, anda hendaklah membiarkan kulit muka anda dalam keadaan rehat dengan mengeringkannya. Cara ini dapat menutup kembali pori-pori kulit. Losyen atau aftershave cologne dapat membantu merehatkan kulit anda.
Luka
Sekiranya anda mengalami luka, jangan diteruskan pencukuran. Bersihkan luka itu dengan tisu terlebih dahulu sebelum kembali bercukur. Hanya titiskan dan sapu sedikit minyak gamat atau ubat luka. Tidak perlu pergi ke hospital kerana biasanya yang berlaku hanyalah luka kecil.
Penyelaras Bestari
Jawatan Penyelaras Makmal Bestari diwarankan kepada sekolah-sekolah selaras dengan Program Pembestarian Sekolah di Malaysia. Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2005 menyatakan bahawa seorang Penyelaras Bestari diperuntukkan kepada sekolah-sekolah yang bertaraf Sekolah Bestari.
Dalam proses pembestarian sekolah biasa, jawatan Penyelaras Makmal Bestari diadakan. Waran perjawatan Bil S37 Tahun 2000 digunapakai sebagai panduan (bidang tugas dan jumlah waktu mengajar) dalam projek Pembestarian Sekolah ini. Bagi membezakan jawatan yang dipegang oleh sekolah Bestari dan sekolah biasa yang sedia ada maka terdapat dua jawatan:
1. Jawatan Penyelaras Bestari - untuk Sekolah Bestari
2. Jawatan Penyelaras Makmal Bestari - untuk Sekolah Biasa yang dipilih dalam Projek Pembestarian Sekolah Malaysia.
Proses mengisi waran perjawatan ini dilakukan berperingkat-peringkat mengikut fasa sebaik saja pihak JPA/BTP Negeri Perak selesai menemuduga ribuan calon yang memohon jawatan Juruteknik Makmal Komputer. Bagi Jawatan Penyelaras Makmal Bestari pula, pihak sekolah perlu mencadangkan nama guru yang difikirkan layak menjawat jawatan ini kepada BTP Negeri melalui PKG Zon masing-masing.
Panduan Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan
Sijil atau pernyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Salinan keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi menggantikan sijil atau pernyataan yang hilang atau rosak.
Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan. Walaubagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri. Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.
Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:
1. Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
2. Nombor kad pengenalan lama dan baru
3. Tarikh lahir
4. Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran
5. Nama peperiksaan
6. Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.
Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan. Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'. Cek persendirian tidak diterima. Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar. Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.
Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan. Walaubagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri. Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.
Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:
1. Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
2. Nombor kad pengenalan lama dan baru
3. Tarikh lahir
4. Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran
5. Nama peperiksaan
6. Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.
Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan. Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'. Cek persendirian tidak diterima. Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar. Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.
Khamis, 30 Oktober 2008
Payung Terjun
Pada suatu petang, sebuah pesawat Fokker 27 milik sebuah syarikat penerbangan terbang melintasi hutan di sekeliling Banjaran Titiwangsa. Di dalam pesawat tersebut terdapat tujuh orang yang terdiri daripada juruterbang, penolong juruterbang, seorang pegawai dan temannya, seorang ahli korporat, seorang pesara dan seorang pegawai IT yang akan membantu ketuanya mengadakan penyampaian. Kesemua mereka dalam perjalanan ke Medan atas urusan kerja.Keadaan cuaca pada masa itu agak buruk. Hujan, angin kencang dan petir sambar menyambar sehingga membuat pesawat kecil itu bergoncang dengan kuat. Juruterbang mengalami kesukaran mengawal pesawat dan mengambil keputusan memaklumkan kepada menara kawalan yang pesawat mereka mungkin akan terhempas.
"Mayday..Mayday!" kata juruterbang. Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan kecil dari bahagian belakang pesawat. Rupanya bahagian ekor pesawat telah disambar petir dan terbakar. Semua penumpang terdiam ketakutan dan berdoa agar mereka selamat. Berapa saat kemudian, pintu kokpit terbuka. Juruterbang dan penolong juruterbang memaklumkan keadaan sebenar kepada para penumpang.
"Penumpang semua, saya ada satu berita baik dan satu berita buruk. Berita buruknya, pesawat kita ini akan terhempas sebentar lagi. Berita baiknya pula, di dalam pesawat ini ada enam payung terjun tetapi saya dan pembantu juruterbang sudah pun mengambil dua daripadanya!" Sejurus kemudian, juruterbang dan pembantu juruterbang membuka pintu pesawat dan kedua-duanya melompat keluar menyelamatkan diri. Penumpang masih ada lima orang sedangkan payung terjun tinggal empat.
Tiba-tiba si pegawai menarik satu payung terjun sambil berkata, "Saudara semua, saya ialah pegawai penting di syarikat kita, awak semua pun tahu. Banyak surat penting berkaitan kebajikan orang yang belum saya tandatangani. Kehadiran saya di Medan amat penting, maka saya mesti selamat. " Lalu dia pun melompat keluar dari pesawat.
Teman pegawai tersebut pun juga tidak mahu ketinggalan. Dengan segera, dia mengambil payung terjun dan berkata, " Saudara, sebagai pembekal dan pengedar, keselamatan nyawa saya amat penting. Pembekalan barang untuk syarikat saudara akan terganggu jika saya tiada. Ramai yang akan susah jika bekalan barang mereka tidak sampai." Selepas itu, dia pun terus melompat keluar menyelamatkan dirinya.
Begitu juga dengan penumpang seterusnya, seorang ahli korporat. Dia berkata, "Wang syarikat banyak habis bagi membiayai pengajian saya ke peringkat Sarjana. Kehadiran saya di syarikat sangat berharga kerana saya memainkan peranan penting dalam hala tuju syarikat dan membawa keuntungan. Tiada orang yang lebih pandai daripada saya di syarikat ini." Dengan tergesa2 dia mencapai beg payung terjun dan melompat keluar sambil berteriak gembira, "Kejayaan terus hidup!"
Maka tinggallah pesara bersama dengan pegawai IT, yang termanggu melihat beg payung terjun yang tinggal satu itu. Akhirnya, pesara itu berkata, "Anak muda, pakcik sudah tua dan puas hidup. Pakcik juga sudah mengecapi kebahagian dan kesenangan selama bekerja di syarikat. Anak pakcik pun semuanya sudah berjaya, jadi sudah tiba masanya pakcik berkorban dan memberi kesempatan kepada orang yang lebih muda. Ambillah payung terjun ini, biarlah pakcik jatuh bersama-sama pesawat ini nanti!"
Mendengar kata-kata pesara itu, pegawai IT itu tersenyum bersahaja dan tenang berkata, "Jangan risau pakcik. Kita berdua masih boleh menyelamatkan diri. Ahli korporat yang mengaku pandai dan hebat tadi tidak mengambil beg payung terjun, sebaliknya dia terambil beg yang berisi mesin projektor LCD saya!"
Rabu, 29 Oktober 2008
Tip Menjimatkan Petrol
Banyak orang memperkatakan bagaimana untuk menjimatkan perbelanjaan petrol. Banyak nasihat dan tunjuk ajar dari pengguna petrol yang lain dapat membantu kita menguruskan petrol dengan lebih baik. Di sini, ingin cikgu paparkan beberapa nasihat untuk dikongsi bersama.
Sebenarnya perkara yang paling penting dalam penjagaan enjin atau dalam penjimatan petrol, ialah cara penggunaan kita terhadap kenderaan. Cara pengguna menggunakan kenderaan mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan baik buruk di akhirnya. Tidak dinafikan, soal sikap, apa-apa perkara pun, merujuk kepadanya. Mari kita lihat beberapa tips untuk membantu kita menjimatkan petrol.
Sebenarnya perkara yang paling penting dalam penjagaan enjin atau dalam penjimatan petrol, ialah cara penggunaan kita terhadap kenderaan. Cara pengguna menggunakan kenderaan mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan baik buruk di akhirnya. Tidak dinafikan, soal sikap, apa-apa perkara pun, merujuk kepadanya. Mari kita lihat beberapa tips untuk membantu kita menjimatkan petrol.
1. Lambat menukar gear. Berada pada gear rendah dalam masa yang lama membuatkan petrol digunakan pada kadar yang maksima. Kadar penggunaan petrol secara maksima biasanya berlaku antara gear 2 ke gear 3. Ini bagi pengguna manual. Jadi, jangan tunggu lama-lama sangat pada gear 2.
2. Membawa kenderaan dalam keadaan laju pada jalan yang mendatar dan menuruni bukit. Sekiranya tiada apa-apa hal penting, tidak perlulah bawa laju-laju. Lagi-lagi bila turun bukit, nak buat apa bawa laju. Biarlah dia jalan sendiri, dengan menekan sedikit sahaja pedal minyak.
3. Beban yang berat. Setiap 50kg pertambahan beban dalam kenderaan, maka bertambahlah penggunaan minyak. Jadi, jangan bebankan kenderaan anda dengan beban yang tidak diperlukan. Cuba tengok-tengok dalam kenderaan anda, kalau-kalau selama ni ada anda tinggalkan apa-apa barang yang tidak berguna. Dibawa ke hulu-ke hilir. Ini sebenarnya lebih membebankan kereta anda. Jika tidak perlu, tinggalkan di rumah.
4. Memasang pengikat barang di atas bumbung sebenarnya amatlah tidak patut. Ini kerana dengan kehadiran pengikat barang tersebut, ia menghalang laluan angin dan daya yang lebih perlu digunakan untuk melawan arus angin tersebut. Ini akan menyebabkan petrol terpaksa digunakan secara berlebihan. Ia juga menambahkan beban sebenarnya. Jadi, jika tiada keperluan, tak perlulah pasang.
5. Panaskan enjin terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Ini kerana, paras normal kepanasan enjin dapat membantu meningkatkan prestasi enjin dan penggunaan petrol juga tidak akan berlebihan.
6. Antara jalan shortcut dan longcut. Jika anda menerima situasi seperti ini, jalan shortcut tetapi mengalami jam yang teruk atau jalan yang rosak, atau jalan longcut tetapi jalannya cukup baik dan tiada kesesakan lalulintas. Jika menerima situasi seperti ini, pilihlah jalan longcut, jika jalan longcut tersebut berbeza dalam 1-2 kilometer. Ini kerana, ia dapat mengurangkan dari asyik menukar gear. Sekali gear bertukar, banyak minyak digunakan di situ.
7. Rancanglah perjalanan anda. Tahu ke mana arah tuju dan jalan yang ingin dilalui. Jangan dah jauh berjalan baru nak start rancang. Tahu arah perjalanan juga amat penting, ini kerana jika anda sesat, kemudian ingin mencari jalan pulang, sebenarnya anda telah membazir banyak minyak.
Sabtu, 25 Oktober 2008
Bagaimana Menambahkan Harga Diri Anda?
Harga diri (self-esteem) merujuk kepada penilaian subjektif seseorang tentang dirinya sebagai positif atau negatif. Dalam kata lain, ia bermakna bagaimana anda memandang diri anda. Jika anda berfikir anda adalah seorang yang bijak, rajin, gembira, yakin, berkebolehan dan boleh berinteraksi dengan orang lain tanpa apa-apa hambatan, anda boleh disifatkan sebagai seorang yang mempunyai imej diri yang sihat atau positif, iaitu, anda adalah seorang insan yang mempunyai harga diri yang tinggi. Pandangan serta tanggapan kita mengenai diri kita mempunyai kesan yang amat kuat terhadap cara kita memperlakukan kita sendiri dan orang lain dan juga pilihan yang kita buat.Berikut ialah sedikit petua untuk mempertingkatkan harga diri kita :
1. Habiskan sedikit masa dengan orang yang menyukai dan menyayangi anda.
2. Setiap hari buat satu pernyataan mengenai diri anda. Sebagai contoh, “Saya adalah seorang yang mudah disayangi dan penyayang” merupakan satu mesej yang boleh memajukan satu imej diri yang positif dan sihat.
3. Ucapan terima kasih kepada orang. Puji orang tanpa apa-apa sekatan jika diberi bantuan. atau kerjasama. Ini akan menambahkan harga diri anda apabila anda menyedari orang lain menghargai rasa terhutang budi anda.
4. Tolak sama sekali mesej negatif dan pilih mesej postif sahaja.
5. Tolong orang yang memerlukan bantuan untuk menyiapkan sesuatu projek atau kerja; lawati orang yang uzur di hospital atau menajar kanak-kana pada masa lapang. Jika anda merasa gembira apabila anda menunjukkan tingkah laku yang positif, perasaan ini boleh menambahkan imej diri anda.
6. Melahirkan pandangan serta perasaan anda tanpa ketakutan. Menyatakan dengan tegas hak anda untuk membuat keputusan sendiri menunjukkan anda menganggap anda sebaai seorang yang pentig. Sifat pendesak merupakan sebahagian penting daripada imej diri yang positif. Komunikasi seperti ini adalah diperlukan untuk meminta sahabat, keluarga dan orang lain kerrjasama dan sokongan untuk membuat sesuatu.
7. Libatkan diri dalam program senaman harian. Ini boleh menambahbaikkan kesihatan anda.
Beri perhatian kepada rupa diri anda. Pakai baju yang kemas dan bersih setiap hari. Kelihatan kemas akan membolehkan anda merasa yakin dan gembira.
Beri perhatian kepada rupa diri anda. Pakai baju yang kemas dan bersih setiap hari. Kelihatan kemas akan membolehkan anda merasa yakin dan gembira.
8. Hiraukan orang yang mengkritik atau membidas anda atau mereka yang menganiayai anda atau mereka yang mempunyai harga diri yang rendah dan sikap negatif.
9. Libatkan diri dalam projek yang boleh menggembirakan hati anda mengikut keupayaan anda.
10. Buat pilihan hidup dengan sendiri dan jangan membiarkan orang lain membuatnya bagi anda.
Khamis, 23 Oktober 2008
Burung Gatal
Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent).Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punya burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuarters guru. Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuarters guru, oleh itu hari-hari burung ni perhatikan 3 orang cikgu yang bertutup litup tu ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.
Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah. Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi, tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2. Lama-lama makin boring pulak, jadi dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah.
Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia, kemudian tonyoh-tonyoh sikit mata dia, pastu kibas-kibaskan kepak dia, pastu dia jerit kuat-kuat... "BELANG! PUTIH! BIRU!"
Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat... Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang.
Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuarters guru, burung tu buat dek je... bila masa cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi..."PUTIH! BUNGA-BUNGA! PINK!"
Cikgu-cikgu tu terkejut... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa... cikgu pertama bercakap "macam mana burung kakak tua tu tau warna spender yang kita pakai?"
Cikgu kedua menjawab "Tak tau pulak .... ahli sihir ke apa ntah."
Cikgu ketiga mencelah "Alah... kebetulan je agaknya. Takpe, kita tengok esok pulak macam mana."
Keesokan harinya macam biasa... pagi-pagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu... burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah.
"Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu... dua..." dan seterusnya.
Bila cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung... Burung pun tengok... dia jerit lagi... KELABU! HIJAU! PURPLE!"
Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi.
Cikgu pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap.... heh, apa nak buat hah?"
Cikgu kedua "Kita mesti buat sesuatu untuk uji burung tu."
Cikgu ketiga..."Aku tau, apa kata esok kita semua pakai warna hitam."
"Okey... Set!" balas depa.
Keesokan harinya... sama juga. Bila nak ke sekolah, burung tu jerit lagi... HITAM! HITAM!HITAM!"Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi.
Di sekolah mereka berbincang...
Cikgu pertama "Nampaknya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent."
Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna."
Cikgu ketiga"Betul tu, mungkin dia dilatih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai spender langsung."
"Orait! Set!" depa jawab. Keesokan harinya, lagi sekali macam biasa. Di waktu pagi burung buat dek je.... bila cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok, ditenungnye lama-lama... cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... sambil toleh-toleh kat burung tu... burung tu tengok lagi... dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu... dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng... dah tu dia pandang ke depan balik... dia garu-garu kepala... dah tu usap-usap dagu... dia cekak pinggang.... dah tu burung tu pegang dagu lagi... pastu dia senyum. Dia jerit lagi kuat kali ni..."LURUS!!! LURUS!!! KERINTING!!!"
Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamaknya.
Ucapan yang Mempengaruhi Sejarah
Berhati-hatilah dengan ucapan kerana mungkin dapat mempengaruhi sejarah!
Pada 20 Julai 1969, Komandan Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong terkenal sebagai manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki ialah; "That's one small step for man, one giant leap for mankind" Kata-kata tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri; "Good Luck Mr. Gorsky".
Pada saat itu orang-orang di NASA berpendapat ia hanya sindiran halus kepada pesaing mereka, iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat tidak ada nama Gorsky dalam senarai angkasawan Amerika mahupun Soviet. Bertahun-tahun setelah itu ternyata masih ramai masyarakat yang penasaran dan mempersoalkan erti kata Armstrong "Good luck Mr. Gorsky". Setiap kali ditanyakan, Armstrong hanya tersenyum penuh makna.
Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, dalam wawancara, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Akhirnya Armstrong menjawab pertanyaan itu. Disebabkan Mr. Gorsky telah meningal dunia, Armstrong berasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.
Cerita bermula pada tahun 1938 ketika Armstrong masih kanak-kanak. Dia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman belakang rumah. Suatu ketika, kawannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat di halaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah tingkap bilik tidur. Sang empunya rumah ialah Mr, dan Mrs, Gorsky. Ketika Armstrong sedang merangkak mengambil bola tersebut, dia mendengar jeritan Mrs. Gorsky sedang memarahi Mr. Gorsky. Dan jeritan itu yang membuat Armstrong yang masih kecil tidak boleh melupakannya seumur hidup. "Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!"
Rabu, 22 Oktober 2008
Kecantikan yang Kelam
Tersebut satu kisah yang menimpa seorang pakcik tua sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Al maklum, tandas di dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala dia sedang mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki, seorang pramugari ternampak perbuatan pakcik tua itu dan segera menegurnya.Pramugari: (Dengan suara dikeraskan) Tuan tak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu.
Pakcik Tua: Mengapa?
Pramugari: Kotorlah sinki itu nanti.
Pakcik Tua: Tapi tidak disediakan gayung untuk saya mencuci kaki di mangkuk tandas.
Pramugari: Itu bukan alasan membasuh kaki di sinki.
Pakcik Tua: Habis, kalau saya hendak membasuh kaki di mana harus saya membasuhnya?
Pramugari: Tak perlu mencuci kaki ketika naik kapal terbang.
Pakcik Tua: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka dalam satu hari?
Pramugari: Tuan, orang macam saya paling tidak cuci muka sekali atau dua kali sehari. Takkan tuan tak tahu pramugari macam kami perlu jaga penampilan wajah. Kami kena rawat wajah kami setiap masa. Kami kena pastikan orang puas hati walau hanya dengan melihat wajah kami.
Pakcik Tua: Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, satu kali cuci tiga kali berturut-turut, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.
Jawapan seperti ini bukanlah pula hendak merendah-rendahkan orang lain tetapi sekadar membuat perbandingan ciri orang beriman bersama bukti dengan orang beriman tanpa bukti. Orang yang beriman bersama bukti, walau apa pun keadaannya dia akan lakukan semua kewajipan biarpun susah, sebaliknya orang beriman tanpa bukti berpegang teguh pada suara hati tetapi tidak sanggup atau kecundang tatakala diberikan sedikit ujian.
Selasa, 21 Oktober 2008
Dua Puisi Romantis Lelaki vs. Perempuan
Puncak Cinta Bara Asmara
Dewiku
dalam kesepian begini
kuingin hanya satu: merasa panas nafasmu
dalam dakapan seorang perempuan
yang kemas meramas ganas
desak-mendesak dalam mesra
peluk-memeluk melepas dahaga
Emas Tempawan
lelaki sejati pasti tumpas
dikerling matamu pasti kandas
digelak galakmu pasti lemas
di teluk pualam di tubir emas.
Bukan aku jalang
jika kumimpi panas dakapanmu
engkau perempuan
ibarat gunung belum didaki
menarik ingin hati lelaki
hendak menapak di celah gaungmu
fana sesaat penat terlelap
waktu asyik minum di kolammu
Dewi Puspita
jika kau bunga
telah kuramas dalam tanganku
baunya kuhembuskan di celah selimut
kubawa mesra dalam mimpiku
tapi kau merpati
dekat tak tertangkap
dalam manjamu
jauh terasa ada di sisiku
meskipun hanya bayangan tubuhmu
Permaisuri Juwitaku
setiap gerak setiap isyarat
setiap kau angkat lengan gebumu
gemuruh gempar seluruh darahku
setiap rambut setiap roma
setiap urat setiap saraf
segala yang lena bangkit menerjang
siap menanti goyang pingganggmu
dalam paduan paluan perang!
Dikau Ratu Asmara
engkau bukit engkau gunung
izinkan daku mendaki curammu
biar kujelajah kurenang dalam
engkau gua diserkup gerbang
bukalah pintumu
biar kumasuk sebagai lelaki
membawa palu memukul gendangmu
dalam paluan api asmara;
engkau kuda merengkek galak
lenggang pinggangmu bila kutunggang
angkat kakimu bila kupecut
kita berlari – kita berlari
biar termengah nafasmu sesak
kupegang rambutmu, kupecut cabok sakti
kita berlari – kita berlari
hingga nafasmu sesak
dan longlai dalam pelukan
erat rapat, mesra lupa
hingga tercetus keluhan meminta:
“oh kekasihku, pacuku lagi
tunggangi daku dengan cabokmu
biar kulesu dalam berlari!”
Mastika hati, kekasihku
puncak cinta, itulah sayang
bila berakhir pacuan laju
nafas nafsu menjadi layu
dua anggota bulat bersatu
damai terlena dalam lesu
Mohd Affandi Hassan, 1997
Lautan Di Waktu Subuh
Lautan di waktu subuh
ia tidak mengharukan
sepi tidak juga
Lautan di waktu subuh
ia tidak bengis
tidak juga dahsyat
Lautan di waktu subuh
ia seorang gadis yang baru merasai
nikmat keriaan hidup di malam pernikahan
melimpah keriangan membanjiri jasadnya
nikmat meliputi mempesonakan
Mahu disuarakan ke seluruh dunia
tapi, dalam genta keriaan subuh itu
ia malu pabila mengenangkan sekian
yang mengerikan buat pertama kalinya
namun itu kemesraan – lembut dan malu!
Lautan di waktu subuh
ia gadis yang menghirup rindu
dengan rahsia sebuah malu
Lautan di waktu subuh
di mana langit dan lautan bertemu di hujungnya
adalah pemandangan yang menakjubkan
riak mengusik gelombang beralun, ombak berteriak!
adalah peralihan waktu
fajar sinar dewasa
Zaihasra, 1979
Dewiku
dalam kesepian begini
kuingin hanya satu: merasa panas nafasmu
dalam dakapan seorang perempuan
yang kemas meramas ganas
desak-mendesak dalam mesra
peluk-memeluk melepas dahaga
Emas Tempawan
lelaki sejati pasti tumpas
dikerling matamu pasti kandas
digelak galakmu pasti lemas
di teluk pualam di tubir emas.
Bukan aku jalang
jika kumimpi panas dakapanmu
engkau perempuan
ibarat gunung belum didaki
menarik ingin hati lelaki
hendak menapak di celah gaungmu
fana sesaat penat terlelap
waktu asyik minum di kolammu
Dewi Puspita
jika kau bunga
telah kuramas dalam tanganku
baunya kuhembuskan di celah selimut
kubawa mesra dalam mimpiku
tapi kau merpati
dekat tak tertangkap
dalam manjamu
jauh terasa ada di sisiku
meskipun hanya bayangan tubuhmu
Permaisuri Juwitaku
setiap gerak setiap isyarat
setiap kau angkat lengan gebumu
gemuruh gempar seluruh darahku
setiap rambut setiap roma
setiap urat setiap saraf
segala yang lena bangkit menerjang
siap menanti goyang pingganggmu
dalam paduan paluan perang!
Dikau Ratu Asmara
engkau bukit engkau gunung
izinkan daku mendaki curammu
biar kujelajah kurenang dalam
engkau gua diserkup gerbang
bukalah pintumu
biar kumasuk sebagai lelaki
membawa palu memukul gendangmu
dalam paluan api asmara;
engkau kuda merengkek galak
lenggang pinggangmu bila kutunggang
angkat kakimu bila kupecut
kita berlari – kita berlari
biar termengah nafasmu sesak
kupegang rambutmu, kupecut cabok sakti
kita berlari – kita berlari
hingga nafasmu sesak
dan longlai dalam pelukan
erat rapat, mesra lupa
hingga tercetus keluhan meminta:
“oh kekasihku, pacuku lagi
tunggangi daku dengan cabokmu
biar kulesu dalam berlari!”
Mastika hati, kekasihku
puncak cinta, itulah sayang
bila berakhir pacuan laju
nafas nafsu menjadi layu
dua anggota bulat bersatu
damai terlena dalam lesu
Mohd Affandi Hassan, 1997
Lautan Di Waktu Subuh
Lautan di waktu subuh
ia tidak mengharukan
sepi tidak juga
Lautan di waktu subuh
ia tidak bengis
tidak juga dahsyat
Lautan di waktu subuh
ia seorang gadis yang baru merasai
nikmat keriaan hidup di malam pernikahan
melimpah keriangan membanjiri jasadnya
nikmat meliputi mempesonakan
Mahu disuarakan ke seluruh dunia
tapi, dalam genta keriaan subuh itu
ia malu pabila mengenangkan sekian
yang mengerikan buat pertama kalinya
namun itu kemesraan – lembut dan malu!
Lautan di waktu subuh
ia gadis yang menghirup rindu
dengan rahsia sebuah malu
Lautan di waktu subuh
di mana langit dan lautan bertemu di hujungnya
adalah pemandangan yang menakjubkan
riak mengusik gelombang beralun, ombak berteriak!
adalah peralihan waktu
fajar sinar dewasa
Zaihasra, 1979
Langgan:
Catatan (Atom)



