Pada 20 Julai 1969, Komandan Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong terkenal sebagai manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki ialah; "That's one small step for man, one giant leap for mankind" Kata-kata tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri; "Good Luck Mr. Gorsky".
Pada saat itu orang-orang di NASA berpendapat ia hanya sindiran halus kepada pesaing mereka, iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat tidak ada nama Gorsky dalam senarai angkasawan Amerika mahupun Soviet. Bertahun-tahun setelah itu ternyata masih ramai masyarakat yang penasaran dan mempersoalkan erti kata Armstrong "Good luck Mr. Gorsky". Setiap kali ditanyakan, Armstrong hanya tersenyum penuh makna.
Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, dalam wawancara, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Akhirnya Armstrong menjawab pertanyaan itu. Disebabkan Mr. Gorsky telah meningal dunia, Armstrong berasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.
Cerita bermula pada tahun 1938 ketika Armstrong masih kanak-kanak. Dia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman belakang rumah. Suatu ketika, kawannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat di halaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah tingkap bilik tidur. Sang empunya rumah ialah Mr, dan Mrs, Gorsky. Ketika Armstrong sedang merangkak mengambil bola tersebut, dia mendengar jeritan Mrs. Gorsky sedang memarahi Mr. Gorsky. Dan jeritan itu yang membuat Armstrong yang masih kecil tidak boleh melupakannya seumur hidup. "Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan