Jumaat, 26 September 2008
Minyak Cendana
Industri gaharu dan cendana sudah lama diusahakan oleh Masyarakat Melayu sejak dahulu kala lagi. Salah satu faktor penjajahan oleh Bangsa Eropah di Nusantara ialah kerana ingin menguasai perdagangan gaharu dan cendana.Bagi peminat keris pula, wangian cendana sudah sebati dengan mereka. Campuran minyak kelapa yang dicampur cendana sudah lama digunakan untuk merawat keris dan senjata Melayu lain. Di samping mengelakkan karat, ia juga menjadikan keris berbau wangi setaraf dengan kedudukannya sebagai senjata yang melambangkan keperibadian pemiliknya.Biasanya minyak cendana akan disapukan pada mata keris sesudah selesai semua proses mencuci keris. Harumannya bertahan sampai 3 hingga 6 bulan bergantung kepada kepekatan dan kadar peratusan cendana yang terdapat dalam minyak tersebut. - sumber Cikgu Nasir