Khamis, 18 September 2008
Praktikum Bestari
Pada 12 September 2008, pensyarah dari IPBMM, En. Shaari datang untuk melihat perkembangan saya berkaitan pembestarian sekolah. Saya telah menunjukkan kertas kerja bengkel yang diadakan pada 13 September (keesokan harinya). Kami juga berbincang tentang cara-cara merealisasikan sekolah ini menjadi sekolah bestari. Semasa bengkel pada 13 September, seramai 12 orang guru hadir. Saya menerangkan konsep dan elemen bestari. Selain itu, saya memberi tunjuk ajar bagaimana membuat e-mel, penggunaan power point, excel, publisher dan membuat blog. Bengkel selama 3 jam itu terasa singkat kerana pendekatan yang saya gunakan menarik perhatian mereka. Seramai 8 orang guru yang hadir bengkel itu saya serapkan ke dalam jawatankuasa pembestarian sekolah yang akan dimasukkan dalam buku pengurusan sekolah tahun hadapan. Pada 18 September pula, En. Shaari datang menyelia buat kali kedua. Saya menunjukkan kepadanya bilik akses internet, makmal komputer dan studio multimedia. Oleh sebab sebelum ini saya merupakan salah seorang AJK ICT sekolah dan penyelaras bilik akses, penerangan berkaitan kemudahan ICT di sekolah tidak menjadi masalah bagi saya. Kesimpulannya, penyelia berpuas hati dengan usaha saya.