Genghis Khan ialah seorang panglima perang dari Mongolia yang sangat terkenal. Salah satu kebiasaannya ialah membawa burung helangnya bersama setiap kali pergi berperang.
Suatu hari, selepas selesai bertempur dalam satu peperangan yang hebat, Genghis Khan berehat di tepi sebuah air terjun kecil bersama dengan burung helangnya. Dia sengaja duduk bersendirian, jauh daripada tentera-tenteranya, supaya dapat berehat sepenuhnya.
Tiba-tiba dia mula terasa haus, lalu bangun dan membawa bekas tanah liat tempat minumannya untuk mengambil air dari air terjun kecil yang berdekatan dengannya. Ketika dia sedang menakung air, tiba-tiba burung helang kesayangannya menyambar
bekas air sehingga bekas itu terjatuh, Genghis Khan terkejut kerana tidak pernah burung helangnya yang setia itu berbuat demikian.
“Ah, mungkin dia bergurau,” bisik hati Genghis Khan. Lalu dia mengambil bekas air yang terjatuh itu dan lalu cuba mengambil air semula. Lagi sekali burung itu menyambar bekas air sehingga terpelanting jauh. Genghis Khan berasa sangat marah. Fikirnya, ini bukan lagi bergurau namanya, tetapi mempermainkan dirinya.
Dengan marah, dia mengancam mahu membunuh burung itu sekiranya masih mengganggu dirinya. Genghis Khan menakung air buat kali yang ketiga. Air baru terisi seperempat penuh apabila sekali lagi burung helangnya menyambar bekas air tersebut. Serangan kali ini agak kuat sehingga membuatkan bekas air di tangan Genghis Khan jatuh dan pecah.
Kemarahan Genghis Khan tidak dapat dibendung lagi, dengan emosi yang meluap-luap dia terus menghayunkan pedangnya lalu menetak burung helangnya yang pada masa itu sedang terbang rendah. Dengan sekelip mata, burung itu terkulai lemah selepas kepala terpisah daripada badannya.
Selepas puas melepaskan kemarahannya, Genghis Khan naik ke punca air terjun, tempat di mana air terjun kecil itu bermula. Untuk minum dan juga untuk melihat keadaan di sekelilingnya. Apabila sampai di tempat itu, alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati ada seekor bangkai binatang yang sudah membusuk di dalam air. Akhirnya beliau sedar bahawa burung helangnya tadi sebenarnya cuba memberitahunya yang air yang bakal diminumnya itu telah tercemar dengan bangkai binatang.
Badan Genghis Khan terasa lemah longlai dan hausnya terus hilang ketika menatap burung helangnya yang setia mati dibunuhnya sendiri. Dia terus menanggalkan pakaian perangnya, lalu digunakan bagi membalut tubuh burung helangnya, kemudian burung helangnya itu dikuburkan dengan upacara ketenteraan.
Sebagai panglima perang, dia mampu mengalahkan beribu musuh dan menjadi sangat terkenal, tetapi dia tidak dapat menguasai dan melawan dirinya sendiri. Perkara ini juga menjadi pengingatan kepada dirinya dan tentera-tenteranya bahawa sebelum menguasai orang lain, kuasailah diri sendiri terlebih dahulu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan