Ahad, 5 Oktober 2008

Hati Lelaki

Tidak susah menjadi lelaki idaman wanita; bertanggungjawab, bertimbang rasa, penyabar dan beriman. Kalau ada rupa paras, itu bonus, tapi kalau takda pun, asal ada 4 kualiti di atas, dah kira ok. Kalau kaya? itupun bonus, tapi pendapatan sederhana sudah memadai. Jika separuh dari sederhana pun tak mengapa, yang penting ada 4 kriteria tadi; jika suku dari sederhana pun juga boleh, asalkan anda jenis yg habis waktu di pejabat terus balik ke rumah, nak pergi ke mana-mana beritahu dengan elok. Waktu di rumah, ringan tulang untuk bantu itu atau ini.

Tapi bagaimana pula dgn wanita idaman lelaki? CANTIK! itu mesti! Walaupun kebanyakan lelaki berkata, dia tak kisah sangat dengan rupa, tapi kalau boleh dia memang nak kisah, paling tidak perempuan itu harus cantik di matanya. BAIK! Itu juga mesti. Takda lelaki yg nak pompuan jenis selak kain sana sini. Kalau mahu untuk 'gitu-gitu', mungkinlah... nak buat bini? Sorry! TENANG! Ada mulut tak potpet potpet. Ada muka tak masam-masam. PANDAI MENGAMBIL HATI, PENYABAR, SOPAN SANTUN, LEMAH LEMBUT, BERTOLAK ANSUR, TAK KIRA NAK BALIK KE RUMAH MAK DIA DAN BANYAK LAGI....

Demikianlah tidak seimbangnya hidup ini. Sebagai lelaki, cikgu tak malu mengaku kaum sejenis sesungguhnya terlalu banyak meminta dan mengharap daripada kaum yang satu lagi tu. Sementara perempuan lebih seseorang lelaki yang serba sederhana, lelaki pula sering mengharapkan seorang perempuan yang serba sempurna. Oleh kerana mencari kesempurnaanlah, maka lelaki tidak jemu-jemu berusaha mencari lain walaupun mereka telah memiliki sesuatu yang cukup baik. Kerana tidak ada manusia di dunia ini yang sempurna, maka pencarian lelaki juga tentu tidak akan bertitik. Dan kerana tidak ada titik itulah, ada waktu-waktunya, cikgu berasa seronok benar menjadi lelaki...