Selasa, 21 April 2009

Sekolah Pertamaku

Methodist High School, Tanjung Malim Perak ialah sekolah pertama cikgu bertugas. Kelas yang diberikan ialah Tingkatan 1 Muzik dan 1 Biru.



Khamis, 9 April 2009

Kereta kawanku dibogel orang

Apabila sedang bersiap untuk ke sekolah pagi tadi, kawan serumah cikgu yang juga rakan sekerja mengetuk pintu bilik. Matanya berair dengan diiringi sedu-sedan. Dia kata keempat-empat tayar keretanya dicuri orang. Terduduk cikgu bila melihat kereta Myvi yang beru dibeli bulan lepas dilapik dengan bata merah. Kejadian disyaki berlaku pada pukul 3-4 pagi. Inilah kali pertama kes ini berlaku di kawasan perumahan Sri Andalas. Pada pagi itu, cikgu pergi ke balai polis Taman Sentosa untuk membuat laporan. Buat laporan pun sekadar menambahkan statistik kecurian di Klang je, bukan polis boleh buat apa. Nak claim insurans pun tak boleh. Menangislah kawan cikgu tidak berlagu.