Isnin, 12 November 2018

Taklimat Disiplin Bulanan


Nama Program: Reset Minda
Kumpulan Sasaran: Murid Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5
Tempat: Tapak Perhimpunan
Objektif: Menanam sikap positif dan menimbulkan kesedaran kepada murid tentang kepentingan
disiplin dalam kehidupan

Taklimat 1
Tajuk: Peraturan Sekolah
Tarikh: 15 Januari 2018
Pengisian: Penerangan dan pemahaman yang lebih jelas tentang disiplin dan peraturan yang perlu
dipatuhi di sekolah.

Taklimat 2
Tajuk: Kesalahan Ringan, Sederhana, Berat dan Amalan Baik
Tarikh: 8 Januari 2018
Pengisian: Murid-murid diberi penerangan tentang pengenalan sistem lampu isyarat yang
mengkategorikan kesalahan ringan (kad hijau), kesalahan sederhana (kad kuning) dan kesalahan berat
(kad merah) berdasarkan SSDM. Setiap perbuatan yang baik juga akan dimasukkan dalam SSDM
sebagai amalan baik (kad biru) dan akan diberi anugerah sahsiah pada hujung tahun.

Taklimat 3
Tajuk: Larangan Membawa Telefon Bimbit dan Penyalahgunaan Media Sosial
Tarikh: 24 Januari 2018
Pengisian: Taklimat tentang larangan membawa telefon bimbit ke sekolah dan boleh dirampas jika
murid ingkar. Murid-murid juga diberitahu tentang kesan negatif media sosial seperti buli siber,
pornografi, dan cyber stalking (pencerobohan privasi terhadap akaun pemilik).

Taklimat 4
Tajuk: Peraturan Pakaian dan Penampilan ke Sekolah
Tarikh: 29 Januari 2018
Pengisian: Murid-murid diberi penerangan tentang etika pakaian dan penampilan yang betul apabila
datang ke sekolah dan tindakan disiplin akan diambil jika gagal mematuhinya.

Taklimat 5
Tajuk: Jenayah dan Gengsterisme
Tarikh: 12 Februari 2018
Pengisian: Murid-murid diberi penerangan tentang aktiviti jenayah dan gengsterisme serta hukuman
berat yang akan dikenakan jika didapati terlibat.

Taklimat 6
Tajuk: Buli
Tarikh: 26 Februari 2018
Pengisian: Penerangan tentang perlakuan buli, kaedah pencegahan buli, dan hukuman berat terhadap
pesalah buli tanpa mengira umur dan latar belakang.

Taklimat 7
Tajuk: Gangguan Seksual
Tarikh: 7 Mac 2018
Pengisian: Penerangan tentang perbuatan yang boleh dicaj sebagai gangguan seksual dan hukuman
yang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap murid yang terlibat.

Doa Majlis Graduasi

Ya Allah,
Kami bersyukur ke hadrat-Mu atas limpah kurniaan-Mu, kami dapat berhimpun pada pagi yang mulia ini dalam Majlis Graduasi SMK Kampong Jawa tahun 2018.

Ya Allah,
Rahmat-Mu kami pohonkan, kasih sayang-Mu kami harapkan. Jadikanlah hidup kami di dunia ini mendapat keberkatan dan di akhirat kelak mendapat keredaan-Mu. Pada pagi yang penuh mulia ini, kami menadah tangan dengan rasa penuh pengharapan memohon restu daripada-Mu, agar ilmu yang dipelajari yang telah lalu dan yang akan datang, menjadi ilmu yang bermanfaat.

Ya Allah,
Kami memohon kepada-Mu agar pelajar kami ini, sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Bukakanlah pintu hati mereka untuk menjadi insan yang cemerlang, sentiasa sanggup menghadapi rintangan dan cabaran dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta.

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami dan pelajar kami ini kekuatan dan kesabaran demi memartabatkan SMK Kampong Jawa menjadi sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Jadikanlah pelajar kami ini, pelajar yang cemerlang, dicontohi dan disegani. Eratkanlah kasih sayang dalam kalangan kami, Limpahkanlah petunjuk, untuk kami terus melaksanakan segala tanggungjawab dengan sempurna demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Ya Allah,
Engkau tambahkanlah lagi kejujuran dan keikhlasan kepada kami semua, Engkau tambahkan lagi keazaman dalam diri kami untuk terus berusaha dan berjaya, seterusnya berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Ya Allah,
Kami memohon agar negara kami dipelihara daripada malapetaka, jauhilah kami daripada segala keburukan yang akan menimpa sama ada peringatan atau ujian yang tidak dapat diduga. Jika ujian, maka kurniakanlah kepada kami ketabahan dan kesabaran. Jika peringatan maka ampunilah kami sebelum ia mendatang.