Khamis, 30 Oktober 2008

Payung Terjun

Pada suatu petang, sebuah pesawat Fokker 27 milik sebuah syarikat penerbangan terbang melintasi hutan di sekeliling Banjaran Titiwangsa. Di dalam pesawat tersebut terdapat tujuh orang yang terdiri daripada juruterbang, penolong juruterbang, seorang pegawai dan temannya, seorang ahli korporat, seorang pesara dan seorang pegawai IT yang akan membantu ketuanya mengadakan penyampaian. Kesemua mereka dalam perjalanan ke Medan atas urusan kerja.

Keadaan cuaca pada masa itu agak buruk. Hujan, angin kencang dan petir sambar menyambar sehingga membuat pesawat kecil itu bergoncang dengan kuat. Juruterbang mengalami kesukaran mengawal pesawat dan mengambil keputusan memaklumkan kepada menara kawalan yang pesawat mereka mungkin akan terhempas.

"Mayday..Mayday!" kata juruterbang. Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan kecil dari bahagian belakang pesawat. Rupanya bahagian ekor pesawat telah disambar petir dan terbakar. Semua penumpang terdiam ketakutan dan berdoa agar mereka selamat. Berapa saat kemudian, pintu kokpit terbuka. Juruterbang dan penolong juruterbang memaklumkan keadaan sebenar kepada para penumpang.

"Penumpang semua, saya ada satu berita baik dan satu berita buruk. Berita buruknya, pesawat kita ini akan terhempas sebentar lagi. Berita baiknya pula, di dalam pesawat ini ada enam payung terjun tetapi saya dan pembantu juruterbang sudah pun mengambil dua daripadanya!" Sejurus kemudian, juruterbang dan pembantu juruterbang membuka pintu pesawat dan kedua-duanya melompat keluar menyelamatkan diri. Penumpang masih ada lima orang sedangkan payung terjun tinggal empat.

Tiba-tiba si pegawai menarik satu payung terjun sambil berkata, "Saudara semua, saya ialah pegawai penting di syarikat kita, awak semua pun tahu. Banyak surat penting berkaitan kebajikan orang yang belum saya tandatangani. Kehadiran saya di Medan amat penting, maka saya mesti selamat. " Lalu dia pun melompat keluar dari pesawat.

Teman pegawai tersebut pun juga tidak mahu ketinggalan. Dengan segera, dia mengambil payung terjun dan berkata, " Saudara, sebagai pembekal dan pengedar, keselamatan nyawa saya amat penting. Pembekalan barang untuk syarikat saudara akan terganggu jika saya tiada. Ramai yang akan susah jika bekalan barang mereka tidak sampai." Selepas itu, dia pun terus melompat keluar menyelamatkan dirinya.

Begitu juga dengan penumpang seterusnya, seorang ahli korporat. Dia berkata, "Wang syarikat banyak habis bagi membiayai pengajian saya ke peringkat Sarjana. Kehadiran saya di syarikat sangat berharga kerana saya memainkan peranan penting dalam hala tuju syarikat dan membawa keuntungan. Tiada orang yang lebih pandai daripada saya di syarikat ini." Dengan tergesa2 dia mencapai beg payung terjun dan melompat keluar sambil berteriak gembira, "Kejayaan terus hidup!"

Maka tinggallah pesara bersama dengan pegawai IT, yang termanggu melihat beg payung terjun yang tinggal satu itu. Akhirnya, pesara itu berkata, "Anak muda, pakcik sudah tua dan puas hidup. Pakcik juga sudah mengecapi kebahagian dan kesenangan selama bekerja di syarikat. Anak pakcik pun semuanya sudah berjaya, jadi sudah tiba masanya pakcik berkorban dan memberi kesempatan kepada orang yang lebih muda. Ambillah payung terjun ini, biarlah pakcik jatuh bersama-sama pesawat ini nanti!"

Mendengar kata-kata pesara itu, pegawai IT itu tersenyum bersahaja dan tenang berkata, "Jangan risau pakcik. Kita berdua masih boleh menyelamatkan diri. Ahli korporat yang mengaku pandai dan hebat tadi tidak mengambil beg payung terjun, sebaliknya dia terambil beg yang berisi mesin projektor LCD saya!"

Rabu, 29 Oktober 2008

Tip Menjimatkan Petrol

(Dua awek kesayangan cikgu, tunang cikgu dan Myvi cikgu)

Banyak orang memperkatakan bagaimana untuk menjimatkan perbelanjaan petrol. Banyak nasihat dan tunjuk ajar dari pengguna petrol yang lain dapat membantu kita menguruskan petrol dengan lebih baik. Di sini, ingin cikgu paparkan beberapa nasihat untuk dikongsi bersama.
Sebenarnya perkara yang paling penting dalam penjagaan enjin atau dalam penjimatan petrol, ialah cara penggunaan kita terhadap kenderaan. Cara pengguna menggunakan kenderaan mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan baik buruk di akhirnya. Tidak dinafikan, soal sikap, apa-apa perkara pun, merujuk kepadanya. Mari kita lihat beberapa tips untuk membantu kita menjimatkan petrol.

1. Lambat menukar gear. Berada pada gear rendah dalam masa yang lama membuatkan petrol digunakan pada kadar yang maksima. Kadar penggunaan petrol secara maksima biasanya berlaku antara gear 2 ke gear 3. Ini bagi pengguna manual. Jadi, jangan tunggu lama-lama sangat pada gear 2.

2. Membawa kenderaan dalam keadaan laju pada jalan yang mendatar dan menuruni bukit. Sekiranya tiada apa-apa hal penting, tidak perlulah bawa laju-laju. Lagi-lagi bila turun bukit, nak buat apa bawa laju. Biarlah dia jalan sendiri, dengan menekan sedikit sahaja pedal minyak.

3. Beban yang berat. Setiap 50kg pertambahan beban dalam kenderaan, maka bertambahlah penggunaan minyak. Jadi, jangan bebankan kenderaan anda dengan beban yang tidak diperlukan. Cuba tengok-tengok dalam kenderaan anda, kalau-kalau selama ni ada anda tinggalkan apa-apa barang yang tidak berguna. Dibawa ke hulu-ke hilir. Ini sebenarnya lebih membebankan kereta anda. Jika tidak perlu, tinggalkan di rumah.

4. Memasang pengikat barang di atas bumbung sebenarnya amatlah tidak patut. Ini kerana dengan kehadiran pengikat barang tersebut, ia menghalang laluan angin dan daya yang lebih perlu digunakan untuk melawan arus angin tersebut. Ini akan menyebabkan petrol terpaksa digunakan secara berlebihan. Ia juga menambahkan beban sebenarnya. Jadi, jika tiada keperluan, tak perlulah pasang.

5. Panaskan enjin terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Ini kerana, paras normal kepanasan enjin dapat membantu meningkatkan prestasi enjin dan penggunaan petrol juga tidak akan berlebihan.

6. Antara jalan shortcut dan longcut. Jika anda menerima situasi seperti ini, jalan shortcut tetapi mengalami jam yang teruk atau jalan yang rosak, atau jalan longcut tetapi jalannya cukup baik dan tiada kesesakan lalulintas. Jika menerima situasi seperti ini, pilihlah jalan longcut, jika jalan longcut tersebut berbeza dalam 1-2 kilometer. Ini kerana, ia dapat mengurangkan dari asyik menukar gear. Sekali gear bertukar, banyak minyak digunakan di situ.

7. Rancanglah perjalanan anda. Tahu ke mana arah tuju dan jalan yang ingin dilalui. Jangan dah jauh berjalan baru nak start rancang. Tahu arah perjalanan juga amat penting, ini kerana jika anda sesat, kemudian ingin mencari jalan pulang, sebenarnya anda telah membazir banyak minyak.

Sabtu, 25 Oktober 2008

Bagaimana Menambahkan Harga Diri Anda?

Harga diri (self-esteem) merujuk kepada penilaian subjektif seseorang tentang dirinya sebagai positif atau negatif. Dalam kata lain, ia bermakna bagaimana anda memandang diri anda. Jika anda berfikir anda adalah seorang yang bijak, rajin, gembira, yakin, berkebolehan dan boleh berinteraksi dengan orang lain tanpa apa-apa hambatan, anda boleh disifatkan sebagai seorang yang mempunyai imej diri yang sihat atau positif, iaitu, anda adalah seorang insan yang mempunyai harga diri yang tinggi. Pandangan serta tanggapan kita mengenai diri kita mempunyai kesan yang amat kuat terhadap cara kita memperlakukan kita sendiri dan orang lain dan juga pilihan yang kita buat.

Berikut ialah sedikit petua untuk mempertingkatkan harga diri kita :
1. Habiskan sedikit masa dengan orang yang menyukai dan menyayangi anda.
2. Setiap hari buat satu pernyataan mengenai diri anda. Sebagai contoh, “Saya adalah seorang yang mudah disayangi dan penyayang” merupakan satu mesej yang boleh memajukan satu imej diri yang positif dan sihat.
3. Ucapan terima kasih kepada orang. Puji orang tanpa apa-apa sekatan jika diberi bantuan. atau kerjasama. Ini akan menambahkan harga diri anda apabila anda menyedari orang lain menghargai rasa terhutang budi anda.
4. Tolak sama sekali mesej negatif dan pilih mesej postif sahaja.
5. Tolong orang yang memerlukan bantuan untuk menyiapkan sesuatu projek atau kerja; lawati orang yang uzur di hospital atau menajar kanak-kana pada masa lapang. Jika anda merasa gembira apabila anda menunjukkan tingkah laku yang positif, perasaan ini boleh menambahkan imej diri anda.
6. Melahirkan pandangan serta perasaan anda tanpa ketakutan. Menyatakan dengan tegas hak anda untuk membuat keputusan sendiri menunjukkan anda menganggap anda sebaai seorang yang pentig. Sifat pendesak merupakan sebahagian penting daripada imej diri yang positif. Komunikasi seperti ini adalah diperlukan untuk meminta sahabat, keluarga dan orang lain kerrjasama dan sokongan untuk membuat sesuatu.
7. Libatkan diri dalam program senaman harian. Ini boleh menambahbaikkan kesihatan anda.
Beri perhatian kepada rupa diri anda. Pakai baju yang kemas dan bersih setiap hari. Kelihatan kemas akan membolehkan anda merasa yakin dan gembira.
8. Hiraukan orang yang mengkritik atau membidas anda atau mereka yang menganiayai anda atau mereka yang mempunyai harga diri yang rendah dan sikap negatif.
9. Libatkan diri dalam projek yang boleh menggembirakan hati anda mengikut keupayaan anda.
10. Buat pilihan hidup dengan sendiri dan jangan membiarkan orang lain membuatnya bagi anda.

Khamis, 23 Oktober 2008

Burung Gatal

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent).

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punya burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuarters guru. Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuarters guru, oleh itu hari-hari burung ni perhatikan 3 orang cikgu yang bertutup litup tu ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.

Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah. Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi, tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2. Lama-lama makin boring pulak, jadi dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah.

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia, kemudian tonyoh-tonyoh sikit mata dia, pastu kibas-kibaskan kepak dia, pastu dia jerit kuat-kuat... "BELANG! PUTIH! BIRU!"

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat... Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang.

Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuarters guru, burung tu buat dek je... bila masa cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi..."PUTIH! BUNGA-BUNGA! PINK!"

Cikgu-cikgu tu terkejut... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa... cikgu pertama bercakap "macam mana burung kakak tua tu tau warna spender yang kita pakai?"

Cikgu kedua menjawab "Tak tau pulak .... ahli sihir ke apa ntah."

Cikgu ketiga mencelah "Alah... kebetulan je agaknya. Takpe, kita tengok esok pulak macam mana."

Keesokan harinya macam biasa... pagi-pagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu... burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah.

"Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu... dua..." dan seterusnya.

Bila cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung... Burung pun tengok... dia jerit lagi... KELABU! HIJAU! PURPLE!"

Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi.

Cikgu pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap.... heh, apa nak buat hah?"

Cikgu kedua "Kita mesti buat sesuatu untuk uji burung tu."

Cikgu ketiga..."Aku tau, apa kata esok kita semua pakai warna hitam."
"Okey... Set!" balas depa.

Keesokan harinya... sama juga. Bila nak ke sekolah, burung tu jerit lagi... HITAM! HITAM!HITAM!"Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi.

Di sekolah mereka berbincang...
Cikgu pertama "Nampaknya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent."
Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna."
Cikgu ketiga"Betul tu, mungkin dia dilatih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai spender langsung."

"Orait! Set!" depa jawab. Keesokan harinya, lagi sekali macam biasa. Di waktu pagi burung buat dek je.... bila cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok, ditenungnye lama-lama... cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... sambil toleh-toleh kat burung tu... burung tu tengok lagi... dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu... dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng... dah tu dia pandang ke depan balik... dia garu-garu kepala... dah tu usap-usap dagu... dia cekak pinggang.... dah tu burung tu pegang dagu lagi... pastu dia senyum. Dia jerit lagi kuat kali ni..."LURUS!!! LURUS!!! KERINTING!!!"

Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamaknya.

Ucapan yang Mempengaruhi Sejarah

Berhati-hatilah dengan ucapan kerana mungkin dapat mempengaruhi sejarah!

Pada 20 Julai 1969, Komandan Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong terkenal sebagai manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki ialah; "That's one small step for man, one giant leap for mankind" Kata-kata tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri; "Good Luck Mr. Gorsky".

Pada saat itu orang-orang di NASA berpendapat ia hanya sindiran halus kepada pesaing mereka, iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat tidak ada nama Gorsky dalam senarai angkasawan Amerika mahupun Soviet. Bertahun-tahun setelah itu ternyata masih ramai masyarakat yang penasaran dan mempersoalkan erti kata Armstrong "Good luck Mr. Gorsky". Setiap kali ditanyakan, Armstrong hanya tersenyum penuh makna.

Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, dalam wawancara, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Akhirnya Armstrong menjawab pertanyaan itu. Disebabkan Mr. Gorsky telah meningal dunia, Armstrong berasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.

Cerita bermula pada tahun 1938 ketika Armstrong masih kanak-kanak. Dia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman belakang rumah. Suatu ketika, kawannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat di halaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah tingkap bilik tidur. Sang empunya rumah ialah Mr, dan Mrs, Gorsky. Ketika Armstrong sedang merangkak mengambil bola tersebut, dia mendengar jeritan Mrs. Gorsky sedang memarahi Mr. Gorsky. Dan jeritan itu yang membuat Armstrong yang masih kecil tidak boleh melupakannya seumur hidup. "Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!"

Rabu, 22 Oktober 2008

Kecantikan yang Kelam

Tersebut satu kisah yang menimpa seorang pakcik tua sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Al maklum, tandas di dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala dia sedang mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki, seorang pramugari ternampak perbuatan pakcik tua itu dan segera menegurnya.

Pramugari: (Dengan suara dikeraskan) Tuan tak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu.
Pakcik Tua: Mengapa?
Pramugari: Kotorlah sinki itu nanti.
Pakcik Tua: Tapi tidak disediakan gayung untuk saya mencuci kaki di mangkuk tandas.
Pramugari: Itu bukan alasan membasuh kaki di sinki.
Pakcik Tua: Habis, kalau saya hendak membasuh kaki di mana harus saya membasuhnya?
Pramugari: Tak perlu mencuci kaki ketika naik kapal terbang.
Pakcik Tua: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka dalam satu hari?
Pramugari: Tuan, orang macam saya paling tidak cuci muka sekali atau dua kali sehari. Takkan tuan tak tahu pramugari macam kami perlu jaga penampilan wajah. Kami kena rawat wajah kami setiap masa. Kami kena pastikan orang puas hati walau hanya dengan melihat wajah kami.
Pakcik Tua: Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, satu kali cuci tiga kali berturut-turut, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Jawapan seperti ini bukanlah pula hendak merendah-rendahkan orang lain tetapi sekadar membuat perbandingan ciri orang beriman bersama bukti dengan orang beriman tanpa bukti. Orang yang beriman bersama bukti, walau apa pun keadaannya dia akan lakukan semua kewajipan biarpun susah, sebaliknya orang beriman tanpa bukti berpegang teguh pada suara hati tetapi tidak sanggup atau kecundang tatakala diberikan sedikit ujian.

Selasa, 21 Oktober 2008

Dua Puisi Romantis Lelaki vs. Perempuan

Puncak Cinta Bara Asmara

Dewiku
dalam kesepian begini
kuingin hanya satu: merasa panas nafasmu
dalam dakapan seorang perempuan
yang kemas meramas ganas
desak-mendesak dalam mesra
peluk-memeluk melepas dahaga

Emas Tempawan
lelaki sejati pasti tumpas
dikerling matamu pasti kandas
digelak galakmu pasti lemas
di teluk pualam di tubir emas.

Bukan aku jalang
jika kumimpi panas dakapanmu
engkau perempuan
ibarat gunung belum didaki
menarik ingin hati lelaki
hendak menapak di celah gaungmu
fana sesaat penat terlelap
waktu asyik minum di kolammu

Dewi Puspita
jika kau bunga
telah kuramas dalam tanganku
baunya kuhembuskan di celah selimut
kubawa mesra dalam mimpiku
tapi kau merpati
dekat tak tertangkap
dalam manjamu
jauh terasa ada di sisiku
meskipun hanya bayangan tubuhmu

Permaisuri Juwitaku
setiap gerak setiap isyarat
setiap kau angkat lengan gebumu
gemuruh gempar seluruh darahku
setiap rambut setiap roma
setiap urat setiap saraf
segala yang lena bangkit menerjang
siap menanti goyang pingganggmu
dalam paduan paluan perang!

Dikau Ratu Asmara
engkau bukit engkau gunung
izinkan daku mendaki curammu
biar kujelajah kurenang dalam
engkau gua diserkup gerbang
bukalah pintumu
biar kumasuk sebagai lelaki
membawa palu memukul gendangmu
dalam paluan api asmara;
engkau kuda merengkek galak
lenggang pinggangmu bila kutunggang
angkat kakimu bila kupecut
kita berlari – kita berlari
biar termengah nafasmu sesak
kupegang rambutmu, kupecut cabok sakti
kita berlari – kita berlari
hingga nafasmu sesak
dan longlai dalam pelukan
erat rapat, mesra lupa
hingga tercetus keluhan meminta:
“oh kekasihku, pacuku lagi
tunggangi daku dengan cabokmu
biar kulesu dalam berlari!”

Mastika hati, kekasihku
puncak cinta, itulah sayang
bila berakhir pacuan laju
nafas nafsu menjadi layu
dua anggota bulat bersatu
damai terlena dalam lesu

Mohd Affandi Hassan, 1997


Lautan Di Waktu Subuh

Lautan di waktu subuh
ia tidak mengharukan
sepi tidak juga

Lautan di waktu subuh
ia tidak bengis
tidak juga dahsyat

Lautan di waktu subuh
ia seorang gadis yang baru merasai
nikmat keriaan hidup di malam pernikahan
melimpah keriangan membanjiri jasadnya
nikmat meliputi mempesonakan

Mahu disuarakan ke seluruh dunia
tapi, dalam genta keriaan subuh itu
ia malu pabila mengenangkan sekian
yang mengerikan buat pertama kalinya
namun itu kemesraan – lembut dan malu!

Lautan di waktu subuh
ia gadis yang menghirup rindu
dengan rahsia sebuah malu

Lautan di waktu subuh
di mana langit dan lautan bertemu di hujungnya
adalah pemandangan yang menakjubkan
riak mengusik gelombang beralun, ombak berteriak!
adalah peralihan waktu
fajar sinar dewasa

Zaihasra, 1979

Isnin, 20 Oktober 2008

Antara Manusia dan Buah-buahan

Untuk renungan semua:

Jangan Suka Mendedah Tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia Terhadap Pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan Dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam,
tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga Kesucian Dalam Pergaulan
Jadilah seperti sengkuang.
Walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Ahad, 19 Oktober 2008

Adat Istiadat Istana

Adat Tertib Mengadap Bagi Orang Awam
Apabila mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, hendaklah berdiri tegak dengan kaki kanan dan kiri dirapatkan. Luruskan kedua-dua tangan dan memberi hormat takzim dengan cara menundukkan dan mengangkat kepala sekali sahaja dan hendaklah jangan terlalu tunduk seolah-olah membongkok yang menyerupai adat hormat masyarakat Jepun. Selepas itu berjalan perlahan-lahan menghampiri baginda, dan tidak pula terlalu rapat. Jarak dengan baginda Tuanku adalah lebih kurang dua hingga tiga kaki. Beri hormat takzim sekali lagi. Bagi orang Islam adalah lebih elok jika mengucapkan "Assalamualaikum Tuanku". Bagi orang yang bukan beragama Islam boleh mengucapkan "Selamat Pagi Tuanku" atau "Good Morning Your Majesty" bagi rakyat asing mana yang berkenaan. Berundur kira-kira tiga tapak dan tunduk hormat sekali lagi.

Adat Tertib Mengadap Bagi Pegawai Berpakaian Seragam
Bagi pegawai berpakaian seragam apabila mengadap hendaklah memberi “Tabik Hormat Penuh” (Full Salute) dahulu sebelum tunduk memberi hormat takzim. Jika berdiri jauh, perlu “Tabik Hormat” dahulu sebelum berjalan menghampiri baginda, selepas itu beri hormat takzim.

Hormat Takzim Apabila Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Atau Raja Permaisuri Agong Sedang Bersemayam
Apabila mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sedang bersemayam di atas kerusi, hendaklah berdiri dengan kaki kanan dan kiri dirapatkan. Luruskan kedua-dua tangan dan beri hormat takzim dengan cara menundukkan dan mengangkatkan kepala. Perilaku menundukkan kepala hendaklah dilakukan dengan penuh hormat dan tertib, iaitu dengan memberhentikan seketika segala pergerakan sebelum kepala ditundukkan ke arah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong mana yang berkenaan. Kemudian meghampiri baginda, berlutut dan mencium tangan baginda. Selepas itu berundur kira-kira tiga tapak, beri hormat takzim sekali lagi sebelum berpusing.

Adat Tertib Menyembah Sembahan
Jika menyembahkan sesuatu persembahan berupa surat, cenderamata, bunga dan sebagainya kepada Tuanku dalam Majlis Rasmi hendaklah terlebih dahulu tentukan bahawa telah disediakan dua buah dulang yang beralaskan kain berwarna kuning. Sebuah untuk diletakkan persembahan dan sebuah lagi untuk Setiausaha Sulit atau untuk Pegawai Pengiring Peribadi atau Dang Perwara yang ditugaskan menyambut semula cenderamata daripada Tuanku. Beri hormat takzim kemudian mara ke hadapan anggaran tiga langkah atau sehingga berhadapan. Kemudian beri hormat takzim sekali lagi barulah sembahkan sembahan itu. Selepas itu berdiri tegak sebentar dan beri hormat takzim sekali lagi. Jika Tuanku menghulurkan tangan untuk bersalam, hendaklah beri hormat takzim sambil mencium tangan baginda. Undur tiga tapak ke belakang. Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing dan kembali ke tempat asal.

Adat Tertib Menyembahkan Sembah Apabila Tuanku Bersemayam (Duduk)
Beri hormat takzim dahulu kemudian mara ke hadapan anggaran tiga langkah atau sehingga berhadapan mengadap atau di sebelah kiri kanan tertakluk kepada keadaan tempat baginda bersemayam. Beri hormat takzim dan kemudian kendurkan kaki hingga hampir berlutut dengan lutut kiri mencecah lantai dan sembahkan persembahan itu. Jika Tuanku menghulurkan tangan, sambut serta cium tangan baginda. Kemudian bangun dan berdiri sebentar, beri hormat takzim, undur tiga tapak ke belakang baru duduk semula ke tempat asal atau berpusing dan berjalan balik ke tempat asal, tertakluk kepada keadaan.

Adat Tertib Duduk Dalam Majlis
1.Apabila duduk berhadapan dengan Tuanku hendaklah duduk dengan penuh adab sopan. Tidak duduk "bersila panggung" atau mengangkat kaki atas kaki atau lulut atau menghalakan tapak kaki ke hadapan Baginda ataupun berlunjur ataupun bersilang kaki.
2. Jika duduk di majlis makan, hendaklah duduk dengan tertib. Kedua-dua tangan hendaklah diletak di atas peha dan tidak berpeluk tubuh. Siku tidak diletak di atas meja dan jika terpaksa meletak tangan di atas meja, letakkan tangan setakat pergelangan tangan di atas meja. Mendagu tidak dibenarkan.
3. Apabila duduk, elakkan dari duduk bersandar seolah-olah badan hendak menggelungsur turun.
4. Dalam majlis rasmi, elakkan dari berbual-bual sesama sendiri sehingga lupa bahawa Tuanku di hadapan. Jika perlu berbincang, bicaralah dengan perlahan dan penuh tertib.
5. Jika Tuanku berangkat lalu di hadapan atau di belakang, di tepi atau di sebelah, adalah takzim jika bangun berdiri mengadap atau berpusing mengadap baginda dan tundukkan kepala sebagai tanda hormat.
6. Bagi wanita, sekiranya duduk mengadap Tuanku di atas lantai, hendaklah bertimpuh dan kain hendaklah menutup kaki bagi wanita yang memakai kain labuh. Jika tidak, bertimpuh sahaja dengan tertib. Bagi lelaki, hendaklah duduk dengan bersila dengan tertib dan sopan dan tidak duduk dengan melunjurkan kaki atau mengangkat lulut dan sebagainya. Merokok tidak dibenarkan.

Adat Tertib Dalam Majlis Makan
Tertib di meja makan hendaklah sentiasa dijaga, antaranya:
1. Jangan memulakan makan sebelum Tuanku santap.
2. Jauhkan dari menganga besar apabila menyuap makanan. Apabila mengunyah makanan, mulut dan bibir hendaklah ditutup. Jangan bercakap dengan mulut yang penuh makanan.
3. Tentukan penggunaan alat-alat memakan seperti pisau, garpu, camca dan sebagainya, digunakan dengan betul dan jangan sampai berbunyi bising. Sisa-sisa makanan tidak dibiarkan atas alas meja.
4. Selepas habis makan, camca, pisau dan garpu hendaklah disusun rapat dan tidak dibiarkan berselerak.
5. Jika makanan terselit di gigi, elakkan dari mengorek gigi dengan jari. Gunakan napkin untuk menutup mulut apabila mengeluarkan makanan yang terselit di gigi itu.
6. Ketika batuk atau bersin, mulut hendaklah ditutup dengan napkin.
7. Elakkan dari menguap atau sendawa kekenyangan kuat-kuat.
8. Jangan mengorek telinga, menggaru-garu badan, meggeliat, mematahkan jari tangan dalam majlis jamuan.
9. Jauhkan dari mengangkat dagu atau meletak kedua belah siku di atas meja.
Apabila duduk di meja makan, bagi wanita, tas tangan hendaklah digantung di sebelah kanan 10. dengan menggunakan handbag holder dan tidak sekali-kali di atas meja makan walaupun tas tangan tersebut kecil.

Adat Tertib Mengiring
1. Apabila mengiring Tuanku, hendaklah berjalan di belakang sedikit daripada Tuanku dan tidak sekali-kali seiring dengan baginda (sebelah kiri atau sebelah kanan).
2. Apabila terpaksa berlalu di hadapan atau di belakang Tuanku, hendaklah tunduk dengan hormat sambil berkata "Patik pohon lalu Tuanku".
3. Apabila baginda berangkat lalu dihadapan, hendaklah memberi tunduk hormat (bagi lelaki). Jika baginda berangkat lalu di belakang, hendaklah berpusing mengadap Tuanku dan menundukkan kepala dan memberi hormat dengan takzimnya.
4. Apabila berdiri berhadapan dengan baginda/Kerabat-kerabat Diraja, elakkan dari berpeluk tubuh, bercekak pinggang, menyelok saku atau bersilang tangan di belakang.
5. Bagi wanita yang menjadi pengiring rapat, jangan membawa tas tangan yang bergantung di bahu.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Teka-Teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185) .

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. " (Surah Al-A'raaf, Ayat 179)

Imam Ghazali: Apa yang paling berat di dunia ?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaalik.
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?
Murid- murid dengan serentak menjawab: Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Telinga Si Ibu

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengah hari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.

Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi sebagai pegawai diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.

”Tunggulah, masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui.

Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikalnya, tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU. Penyesalan di kemudian hari tidak berguna. Selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.

Kisah Burung Kanada

Pada saat musim dingin hampir menjelang, sekumpulan burung Kanada memutuskan untuk bermigrasi dari belahan bumi bahagian utara ke selatan. Namun dalam perjalanan, tiba-tiba salah seekor daripada burung tersebut berkata, "Aku pasti dapat menghadapi musim dingin kali ini, bukankah banyak haiwan lain yang mampu melewatinya. Jadi mengapa harus pindah?" Akhirnya dia memutuskan untuk kembali ke tempatnya semula dan tetap tinggal dalam musim dingin yang semakin menusuk.

Di saat musim dingin telah berjalan lebih dari satu bulan, ternyata dinginnya menjadi bertambah menusuk tubuhnya. Ia tidak pernah merasakan kedinginan yang luar biasa seperti saat ini. Bukan itu sahaja, dia juga tidak berhasil mendapatkan makanan barang sedikit pun. Akhirnya dia sedar bahawa untuk terus hidup, ia harus terbang ke Selatan. Maka terbanglah burung tersebut ke arah selatan dengan susah payahnya kerana menahan dingin.

Setelah beberapa saat terbang, tiba-tiba turunlah hujan. Titisan air hujan di musim salji ini ternyata telah membuat sayap-sayapnya menjadi kaku kerana air hujan tadi telah menjadi butir-butir ais yang membeku. Diapun sedar dan memutuskan untuk menghentikan perjalanannya kerana suasana yang dingin akan membuatnya bisa menjadi mati.

Burung tersebut kemudian mendarat di kandang lembu. Saat sedang kelelahan, tiba-tiba lewatlah seekor lembu dan dengan seenaknya membuang najisnya ke tubuh si burung tersebut. Dengan kesalnya sang burung berkata, "Sial, sudah jatuh, ditimpa tangga pula." Namun dua minit kemudian, dia merasakan kehangatan yang luar biasa di seluruh tubuhnya, dan butiran-butiran ais yang melekat di tubuhnya menjadi cair. Otot-ototnya tidak lagi kaku dan mula dapat digerakkan. Dia mulai melupakan bau najis yang melekat di tubuhnya, dan dengan riangnya ia bernyanyi.

Saat itulah seekor kucing tua tiba-tiba muncul dan langsung menerkam sang burung. Akhirnya matilah burung tersebut di tangan kucing. Tamatlah riwayatnya.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Doa Jodoh

“Ya Allah, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah…
tapi kalau bukan jodohku,
jodohkanlah…
jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…
kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapat jodoh
yang lain selain aku…
kalau dia tidak mungkin dijodohkan denganku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku…
dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali…
kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah!
jodohkanlah denganku…
jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dan kemudian jodohkan
kembali dia denganku…
Amin.”

Khamis, 16 Oktober 2008

Adab Bersama Guru

Dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru maka manusia akan menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Oleh kerana itu Islam sangat mengambil berat tentang guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Oleh kerana itu seorang pelajar mestilah memelihara adab-adab bersama guru.

Adab-adabnya antara lain adalah seperti berikut:

1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.
4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.
8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.
9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.
10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.

Rabu, 15 Oktober 2008

Gurindam Mujahiddin

(cikgu bersama rakan seperguruan seni silat tempur tongkat pada tahun 2002)

Alhamdulillah pembuka madah
kepada pemberi qudrah iradah
salam buat penghulu ummah
contoh teladan hidup berhemah

Wahai tuhan yang maha gagah
menghancurkan musuh dengan mudah
cuma dengan zatnya yang wahdah
tiada musuh boleh menghindar padah

Berikan kami kekuatan izzah
petunjuk hidayah serta inayah
sikap ta'awwuf seta muhabbah
hindarkan dengki juga jenayah

Sinari kami cahaya cerah
agar tidak tersasar arah
bersengketa berpecah belah
hingga harakah menjadi lemah

Ya Allah, tuhan pemberi limpah
yang meliputi setiap zarah
memulakan Adam dari tanah
menjadikan tulang, daging dan darah

Dari air yang bersifat rendah
tercipta nutfah dan mudghah
sedarlah diri jangan bermegah
cuma Kau saja tempat menyembah

Anugerahkan kami nafsu mahmudah
pengganti sifat amarah mazmumah
agar rohani tinggi menerjah
hampir di sisimu dalam pasrah

Limpahan berani, sabar dan tabah
sanggup berkorban pantang menyerah
biar hancur badan berkalung tanah
sumpah ikrar kami sebagai syahadah

Jadikan kami bak anak panah
ke hati musuh pantas menerjah
tepat, tembus geletah gelabah
ketakutan lari tak tentu arah

Jadikan kami gagah menggagah
hingga musuh gundah payah
rebah lemah akhirnya musnah
barulah lenyap segala fitnah

Ya Allah Tuhan Maha Penterbujjah
mencipta zuriat kami dari fitrah
didiklah mereka akhlak al karimah
agar kelak menjadi tunjang ummah

Ya Allah limpahkanlah barokah
terhadap seluruh ummah dan jemaah
segala dibuat menjadi mudah
hingga lahirlah baldatun toyyibah

Ya Allah Yang Maha Pemurah
sesungghnya kami mengharap maghfirah
agar selamat dunia wal akhirah
mendapat alasan di dalam jannah

Aku Hidup Dalam Blues

Ramai orang kata kerja cikgu ni rileks, banyak cuti dan macam-macam lagi. Kita tengok kehidupan salah seorang responden yang dikaji. Beliau ialah salah satu contoh lelaki bujang bekerjaya yang mempunyai hidup yang menyeronokkan. Namanya ialah Cikgu Raja (bukan nama sebenar).

Hari Isnin-Jumaat

5.00 am – bangun, buat sedikit senaman silat
5.15 am – gosok baju
5.30 am – bercukur, mandi
6.00 am – sembahyang subuh, bersiap
6.20 am – sarapan (roti bakar+marjerin, coklat panas Cadbury)
6.30 am – bertolak ke sekolah
7.00 am – sampai di sekolah, punch card, buka pusat sumber dan pusat akses internet
7.15 am – baca akhbar
7.30 am – perhimpunan pagi, buat spotcheck (geledah beg, potong rambut budak, tetas kaki seluar fit, kejar budak datang lewat)
7.45 am – masuk kelas
10.30 am – rehat, buka internet baca e-mel
11.00 am – buat kerja-kerja am pusat sumber
2.00 pm – pulang ke rumah
2.30 pm – sampai ke rumah, mandi, sembahyang
3.00 pm – jalan kaki pergi restoran, main internet sampai penat, makan petang
6.00 pm – pulang ke rumah, sembahyang, riadah (shadow boxing / senaman silat)
6.30 pm – mandi, bersiap ke masjid
9.00 pm – semak buku latihan murid, baca majalah/buku
10.00 pm – telefon makcik tiri (?), tidur.

Sabtu-Ahad

5.00 am – bangun, buat sedikit senaman silat
5.30 am – mandi, sembayang subuh
6.30 am – menaip, menulis, membaca
7.30 am – sarapan di kedai mamak (nasi lemak+teh tarik banyak manis)
8.00 am – bertolak ke sekolah
8.30 am – mengajar silat/tomoi
11.00 am – pulang ke rumah, singgah kedai mamak main internet
2.00 pm – baru betul-betul sampai ke rumah.
3.00 pm – tidur (sebab penat bersilat)
5.00 pm – basuh+kilat kereta, ushar anak makcik depan rumah
7.30 pm – pergi restoran, makan malam (nasi kukus+sup ekor+telur goreng+kailan ikan masin), main internet
10.00 pm – balik rumah, sembahyang, sms makcik tiri (?), tidur

Selasa, 14 Oktober 2008

Tips Menambahkan Kasih Sayang Awek

1. Kalau nak bagi hadiah ke apa ke, jangan ‘bagi tangan’. Walau pun hari-hari jumpa, namun sebaik-baiknya pos hadiah tu. Bagi ada element of surprise. Orang perempuan ni suka sangat terkejut-kejut macam tu. Tambahan pula kalau hadiah tu sampai semasa dia sedang dikelilingi oleh kawan-kawannya. Kembang semacam, beb.

2. Kalau awek tu baru makan pancing, elakkan daripada menghadiahkan minyak wangi kepadanya. Nanti dia anggap kita perli bau badannya. Jangan bagi alat solek atau cermin, nanti dia kata kita anggap dia tak cantik. Dah tu nak bagi apa? Mudah. Fotostat IC, lesen memandu, alamat lengkap, nama mak ayah, alamat kampung halaman. Masukkan semua tu ke dalam kotak, bungkus elok-elok. Tentu dia suka. Tentu dia percaya pada anda sampai mati. Tentu lepas tu senang anda dapat apa yang dihajati. (Dan tentukan lepas tu anda tahu macam mana nak lari).

3. Kalau ke outstation atau ke mana-mana, jangan bagi tau awek waktu dan tarikh sebenar anda nak balik. Nanti buatnya terlambat dua tiga minit, mulalah belalainya bertambah panjang sejengkal dua. Yang best, anda baliklah sehari atau sejam lebih awal. Tengoklah nanti macam mana dia terjerit-jerit kegembiraan. Heh, perempuan ni kalau dia dah suka, ‘apa’ pun tak apa. To be precise, kata orang putih: ‘apa-apa’ pun tak apa.

4. Sesekali bagi la kad ke, hadiah-hadiah kecil ke secara rahsia. Maksudnya letakkan kad atau hadiah tu secara sulit di dalam bilik atau di dalam pejabat atau di dalam keretanya. Tapi pastikan la benda tu diletakkan di tempat yang dia senang jumpa. Jangan jadi macam seorang kawan tu, ada ke patut dia letakkan benda yang dijadikan bahan surprise aweknya tu di dalam stor rumahnya. Dan yang surprisenya bukan si awek, tapi bini dia!

5. Cuba panggil dia dengan panggilan yang lain daripada yang digunakan oleh orang sekelilingnya. Biar nampak special sikit. Panggillah Ayang ke, Anja ke, Angel ke, Mama ke, Honey ke. Jangan panggil Horney dah le. Nanti tiap-tiap bulan dia mengandung jenuh anda nak panjat dinding.

Kelebihan Awek-awek Kita

Benarkah perempuan kaum yang lemah? Sedarkah kita di sebalik kelemahan kaum perempuan itu, terdapat kelebihan mereka yang sangat ketara, baik daripada segi saintifik mahu pun tak saintifiknya. Antara kelebihan itu ialah:

1.Perempuan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada lelaki. Biasanya sehingga tiga empat tahun. Kalau ikut statistik, pada tahun 2007, dari jumlah orang yang berumur 65 tahun ke atas, lelakinya adalah 509,260 dan perempuan pula 645,792).

2. Metabolisma perempuan umumnya lebih rendah daripada lelaki.

3. Rangka perempuan berbeza daripada lelaki. Kepala mereka lebih pendek, muka lebih lebar dan kaki lebih pendek.

4. Perempuan mempunyai buah pinggang, hati, perut dan beberapa organ dalaman lain yang lebih besar daripada lelaki.

5. Perempuan mempunyai lebih banyak jenis hormon.

6. Tiroid perempuan lebih besar dan lebih aktif, terutama semasa mengandung dan ‘period’.

7. Darah perempuan mengandungi lebih banyak air dan 20 peratus lebih kurang sel darah merah daripada lelaki.

8. Jantung perempuan berdegup lebih pantas; purata 80 seminit, berbanding dengan 72 untuk lelaki.

9. Perempuan lebih tahan dengan cuaca panas berbanding dengan lelaki.

10. Perempuan lebih banyak masuk kedai kain, menghabiskan tisu, makan buah jambu dan asam boi, dan melihat cermin jika dibandingkan dengan lelaki.

Isnin, 13 Oktober 2008

Satu, Dua, Tiga... Jadi!

(gambar ini sekadar hiasan sahaja, tiada kena mengena dengan artikel di bawah)

ANDA nampak seorang yang anda berkenan, tapi tak berani bertindak lebih daripada setakat menjeling-jeling dengan ekor mata? Kemudian silap-silap, bila dia jeling balik anda tunduk belek hujung kuku macam Gurkha hilang batu cincin? Sampai bila nak jadi macam tu? Apa masalah anda sebenarnya? Kurang yakin? Gemuruh? Takut kalau didekati, orang tu tak layan. Takut kena ludah? Takut dia berpaling ke lain atau takut dia panggil kawan rakannya ramai-ramai untuk gelakkan anda? Kalau itu masalahnya, cuba atasi.

Caranya:

1) Mula-mula yakinkan diri yang dalam muka bumi bukan anda seorang ada masalah macam tu. Kekhuatiran yang anda alami sama sahaja dengan apa yang dirasai oleh orang lain. Ada orang mungkin risau dan bimbang dengan berat badannya, yang lain pula dengan ketinggian atau kerendahannya. Semua orang ada perasaan tak secure macam tu. Jadi kalau orang lain pun macam anda, apa nak takut?

2) Siapa sebenarnya yang menguasai siapa? Andakah yang berkuasa atas diri anda atau orang lain yang berkuasa ke atas anda? Siapa yang boleh menyebabkan anda rasa diri anda macam tak cantik, tak segak, tak kemas, serabut, nampak bodoh dan sebagainya? Tentu anda sendiri. Dah tau ada kuasa ke atas diri sendiri, ubahlah. Buatlah apa yang patut supaya anda nampak, atau pun jadi macam orang.

3) Cuba buat benda-benda baru sekurang-kurangnya sekali seminggu. Tujuannya nak boost up level of confident anda. Apakah benda baru yang boleh dibuat? Macam-macam. Misalnya pergilah ke tempat yang anda tak biasa pergi – pejabat menteri ke, hotel tujuh lapan bintang ke. Lepas tu cuba buat selamba di situ. Ingat, buat benda-benda baru, bukannya beli barang-barang baru.

4) Jangan terlalu fikirkan sangat tentang orang yang anda ingin dekati itu. Buat selamba je. Anggap dia cuma manusia biasa, bukannya sesiapa. Dah tu jangan tunjuk kagum sangat pada dia. Kalau dari jauh lagi dah dok buat perangai kecur air liur, payah la. Secara tak langsung anda hanya akan menyebabkan orang tu perasan, dan akibatnya dia mulalah nak ‘dajal-dajalkan’ anda.

5) Tanya balik pada diri sendiri, selama ni dah berapa ramai orang yang kena bunuh atau dihukum penjara kerana ingin mengenali seseorang dari dekat? Kalau belum ada, hah, apa nak takut, pergi jelah.

Serba Sedikit Tentang Lelaki

Sebagai tanda penghargaan dan penghormatan pada awek-awek kesayangan bersama, maka dengan tulus ikhlas diperturunkan di sini beberapa tips untuk memudahkan mereka mengenal lelaki...

1. Lelaki yang bertindik sesungguhnya lebih bersedia untuk melalui alam perkahwinan berbanding dengan lelaki yang tidak bertindik. Sebabnya? Mereka berpengalaman merasa keperitan dan berpengalaman juga membeli barang kemas.

2. Pilihlah duda, atau lelaki yang pernah memiliki banyak awek – dalam dunia sekarang barangan ‘kitar-semula’ biasanya lebih berharga.

3. Lelaki yang berdiri terlalu lama di depan cermin biasanya lebih mementingkan dirinya daripada anda. Yang tak pernah berdiri di depan cermin pula... hmm, faham-faham sendiri la.

4. Kebanyakan lelaki tidak suka ‘shopping’. Itu pasal ‘men’s department’ di shopping complex diletakkan di tingkat pertama, atau berdekatan pintu keluar.

5. Perjalanan hidup kebanyakan lelaki: Mula-mula cari kerja... lepas tu cari awek... lepas tu buat kerja... kemudian cari duit... dah tu kahwin... kemudian cari kerja tambahan... cari duit lebih... dan cari awek lebih!

6. Bila seseorang lelaki berkata, ‘nanti I call you’ tapi dia tak berbuat demikian, dia bukanlah terlupa atau kehilangan nombor anda. Sebaliknya, dia memang tak nak...

7. Lelaki tak suka kalah. Jadi kalau nak selamat, tiap kali bertengkar, pastikan anda tidak menang.

8. Lelaki mempunyai daya ingatan yang lemah, sebab tu siaran sukan untuk mereka di tv sering kena ada ‘replay’.

9. Lelaki boleh makan apa saja tanpa perlu bimbang tentang berat badan sendiri. Mereka lebih bimbangkan berat badan anda.

10. Lelaki tak kalut sangat nak berkahwin sebab butang dan zip mereka semuanya terletak di depan. Tak perlu nak minta orang lain tolong pasangkan.

Tip untuk jantan 2

Bukan cinta aje buta, dating pun ada juga butanya dan membuat dating buta ni ada juga nikmatnya. Tapi jangan sesekali berdating membabi-buta, bahaya.
Orait, katakanlah anda berkenalan dengan seseorang menerusi internet ke, telefon ke, majalah ke, apa ke, tentu lama-kelamaan terlintas di hati anda untuk bertemu dengannya. Pertemuan antara dua orang yang tak pernah bertemu inilah yang dinamakan dating buta. Jika anda pernah merancang membuat blind-date dengan mana-mana awek, sila ikuti arahan berikut:

1. Jangan sesekali menaruh harapan terlalu tinggi, takut tak larat nak makan hati. Nanti harap nak jumpa bidadari, tengok-tengok macam drebar lori.
2. Jangan buat janji temu tu di tempat sunyi atau premis yang sempit, nanti kalau tak berkenan susah nak lari.
3. Jangan bawa kawan, susah nak ’goreng-goreng’.
4. Buat-buat cacat. Kalau dia bukan macam yang anda bayangkan, teruskan dengan kecacatan itu. Moga-moga dia tak berkenan. Tapi kalau dia macam yang anda hendak, mengakulah yang anda sengaja berpura-pura untuk melihat hati budinya.

Ahad, 12 Oktober 2008

Kenali Kegemaran R.A.T.R.A.

Warna: Sebarang biru (biru lembut, biru hitam, biru air laut, dsb)
Haruman: Hujan pertama turun, strawberi, lavender
Bunga: Melur, Anggerik, Kesidang
Sukan: Tinju Thai, Bola Jaring
Aktiviti riadah: Silat dan angkat berat
Rancangan televisyen: CSI, Discovery Channel, National Geographic
Filem: Ong-Bak, Only The Strong, Pyar Ishq Aur Mohabbat
Pelakon: P. Ramlee, Mark Dacascos, Arjun Rampal
Muzik: Nasyid kontemporari
Majalah: Seni Beladiri, Chrome, Gentleman Quaterly, Maskulin, Dewan Sastera
Buku/Penulis: Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman? (Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar), Sekuntum Kembang Di Sayap Jibril (S.M. Zakir), Anak Dara Menteri 1-3 (Matt Romeo)
Laman web: http://www.askmen.com/., http://www.e-sasterawan.com/., http://www.youtube.com/.
Mengisi masa lapang: Menulis, membaca, menonton filem, melayari internet

Meningkatkan Perekodan Kepenggunaan Pusat Sumber

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah pelajar, guru dan staf sokongan kurang merekodkan kepenggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) semasa menggunakan kemudahan di PSS. Seramai 2037 pelajar, 123 guru dan 19 staf sokongan terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian dan rekod kunjungan ke PSS selama lapan bulan, iaitu dari Januari hingga Ogos 2008. Hasil tinjauan menunjukkan bilangan pelajar, guru dan staf sokongan yang merekodkan kepenggunaan PSS masih kurang berbanding kehadiran sebenar. Perancangan tindakan telah difokuskan kepada rancangan strategik untuk meningkatkan perekodan kepenggunaan PSS selama 2 bulan, iaitu dari bulan September hingga Oktober 2008.

Sewaktu menyemak rekod penggunaan PSS tahun 2008 (Januari-Ogos 2008), saya dapati tidak semua warga sekolah yang menggunakan PSS merekodkan kehadiran mereka. Kumpulan staf sokongan paling kurang merekodkan kehadiran, iaitu 0.0 peratus diikuti kumpulan guru, iaitu 5.0 peratus. Walaupun pihak PSS telah menyediakan buku rekod penggunaan di kaunter sirkulasi yang mudah dilihat, namun mereka tidak mencatatkan langsung di buku tersebut.

Setelah dikaji secara tidak formal seperti bertanyakan punca masalah ini kepada kumpulan terbabit, beberapa perkara dikenal pasti menyebabkan mereka tidak merekodkan kedatangan dan penggunaan kemudahan di PSS. Antara puncanya ialah :
i) Terlupa
ii) Tidak mengetahui kepentingan perekodan
iii) Malas menulis

Walaupun dapat mengesan dan mengenal pasti banyak punca, saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap beberapa kelemahan pengurusan PSS dalam mendidik pengguna merekodkan penggunaannya. Masalah ini berlaku kerana:
i) Tiada panduan dari pihak PSS.
ii) Tiada program khas yang menerangkan tatacara penggunaan PSS.
iii) GPM dan Jawatankuasa Kerja PSS tidak mengingatkan kepada kumpulan guru bahawa mereka perlu merekodkan penggunaan PSS.
iv) Pengawas PSS tidak menjalankan tanggungjawab mereka untuk memberitahu pengguna sebelum masuk atau menggunakan sumber dari PSS.
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan rekod penggunaan PSS, pemerhatian dan soalan soal selidik. Tinjauan masalah dilakukan dahulu dengan menganalisis data yang melibatkan semua warga sekolah. Antaranya adalah:
i) Rekod pelawat
ii) Rekod penggunaan Bilik Bacaan, Pusat Akses, Bilik Resos, Bilik APD
iii) Rekod pinjaman buku guru
iv) Rekod pinjaman bahan bukan buku guru

Rekod penggunaan PSS, iaitu rekod kemasukan responden ke PSS dan rekod pinjaman bahan bacaan menunjukkan peratusan penggunaan yang rendah. Rekod kemasukan responden ke PSS pada bulan Januari hingga Jun sebanyak 361 orang dan 632 orang dalam sebulan. Ini bermakna purata 2.9 % pelajar masuk ke PSS pada setiap hari pada bulan Januari dan purata 5.0% pelajar masuk ke PSS pada setiap hari pada bulan Februari. Sementara dalam rekod pinjaman bahan bacaan oleh pelajar pada bulan Januari hanyalah 164 buah buku, iaitu 2.05% dan Februari sebanyak 169 buah buku, iaitu 2.11% daripada jumlah buku di PSS.

Selain daripada itu juga, saya membuat pemerhatian ke atas tingkah laku responden semasa berkunjung ke PSS pada waktu rehat dan selepas waktu persekolahan. Semasa kajian dijalankan, didapati responden kurang memberi perhatian terhadap buku rekod penggunaan PSS.

Untuk meningkatkan perekodan kepenggunaan PSS, beberapa rancangan strategik telah disusun. Rancangan strategik yang disusun ialah:
a. Hadiah untuk pengunjung paling banyak
b. Pengedaran pamflet tatacara PSS
c. Rakan Pustaka
d. Statistik Penggunaan

Secara umumnya, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat kesan positif yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam meningkatkan perekodan kepenggunaan PSS dan mempunyai kesedaran tentang pentingnya merekodkan kedatangan mereka. Hasil daripada kajian ini akan digunakan untuk merancang strategi yang lebih efektif bagi meningkatkan penggunaan pusat sumber.

Sebelum ini, PSS tidak membuat perancangan khas atau perancangan jangka panjang untuk membangunkan PSS. Namun, mulai tahun 2008, PSS telah menyusun perancangan jangka panjang untuk membangunkan PSS, iaitu Rancangan Strategik PSS 2008 hingga 2010. Adalah harapan dan aspirasi pihak PSS supaya penggunaan PSS dalam proses pengajaran dan pembelajaran terus digunakan dengan sebaik mungkin. Pengurusan PSS juga mencadangkan agar pengetua dan semua panitia mata pelajaran mengambil inisiatif untuk memberi galakan dan sokongan kepada pelajar, guru dan staf sokongan supaya merekodkan kepengunaan PSS.

Petikan Temuramah

Di bawah ini ialah petikan temuramah cikgu dengan wartawan yang tidak diterbitkan oleh majalah New Man.

Adakah anda lelaki metroseksual?
Never was, never will but I have to admit, I’m ubersexual. Kejayaan dan keterampilan seiring.

Sebab anda disenangi wanita?
Suka buat lawak. Hahaha!

Apakah ciri-ciri yang lelaki perlu ada untuk menjadi gentleman?
Salah satu ciri lelaki gentleman ialah sentiasa mengingati tarikh, tempat dan peristiwa ketika bersama pasangannya.

Adakah semua wanita meminati lelaki yang kacak sahaja?
Kepercayaan wanita hanya melihat lelaki kacak dan bertubuh tegap adalah mitos. Menurut kebanyakan wanita, lelaki yang berpakaian segak untuk menarik hati orang, peramah, mesra, dan kelakar adalah lelaki yang paling disenangi wanita. Memandangkan 95 peratus badan lelaki diseliputi baju, apa yang kita pakai menjadi faktor utama dalam penampilan. Begitu juga dengan cara pergaulan dan kata-kata, lebih banyak wanita tertawa dengan jenaka anda, lebih mudah untuknya mengingati dan tertarik kepada anda. Maskulin tidak semestinya control macho dan berbadan sasa tetapi penampilan dan cara anda membawa diri adalah ciri utama yang perlu dititikberatkan.

Cabaran dunia lelaki sekarang?
Berhadapan dengan golongan ’wanita baru’. Mereka kini berpendidikan, lebih matang membuat keputusan, bijak memilih.

Hebatnya dunia seorang lelaki...
Apabila seseorang lelaki itu mampu mencipta sesuatu yang menjadi ikutan dan dalam masa yang sama mampu menjadi pengikut yang baik.

Impian sebagai seorang lelaki?
Membahagiakan dua wanita selagi hayat dikandung badan. Ibu tercinta dan tunang tersayang yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak saya. Dunia lelaki tidak akan lengkap tanpa wanita. Kekuatan dan kelemahan lelaki juga bergantung kepada wanita.

Tip untuk jantan

Berkenan cinta pandang pertama

Katakanlah anda tiba-tiba terpandang seseorang di khalayak dan berkenan padanya, anda...
Renunglah dia, sikit-sikit tetapi kerap-kerap supaya dia perasan anda berkenan padanya.

TETAPI jangan sesekali renung lama-lama macam tuk bomoh renung poket orang yang datang nak berubat. Senyumlah padanya sikit, TETAPI jangan tersengeh lebar sangat. Cubalah ekori dia dari jauh dan sekali-sekala buat-buat terserempak, lepas tu senyum lagi dan perlahan-lahanlah bertanya.

TETAPI jangan sesekali mengekorinya sampai dua tiga hari. Masuk lokap nanti woi... Nak bagi lagi senang, anda bangun, hampiri dia, ucapkan selamat pagi ke, apa ke... Kemudian dengan tertib beritahu dia cantik dan anda tertarik padanya. Itu saja, lepas tu ucap terima kasih dan berlalulah... biar dia suspens. Heh, silap-silap dia pula yang mengekori anda.

Alaa, perempuan, bukan boleh dipuji sikit...

Sabtu, 11 Oktober 2008

Lelaki vs Perempuan…

Di bawah ni adalah jejak kehidupan sepasang responden pada peringkat umur tertentu. Tengok-tengoklah. Kepada Big Boss, Bos No.2, dan lain-lain, cuba-cuba la tiru responden lelaki tu... macho namanya tu.

14 tahun
(Lelaki) Mengorat
(Perempuan) Belek iklan

17 tahun
(L) Mengorat
(P) Belek iklan

22 tahun
(L) Mengorat
(P) Shopping

32 tahun
(L) Mengorat
(P) Shopping

42 tahun
(L) Mengorat
(P) Shopping

52 tahun
(L) Mengorat
(P) Belek iklan

62 tahun
(L) Dangdut
(P) Surau

72 tahun
(L) Kedai kopi
(P) Surau

75 tahun
(L) Mengorat
(P) Rumah anak-anak

10 Cara Nak Jadi Romeo

1. Sederhana.
Jangan tunjuk terlalu pandai dan jangan nampakkan terlalu bodoh. Jangan tunjuk kaya dan jangan tunjuk miskin.

2. Banyak mendengar.
Jangan asyik nak bercakap. Kebanyakan perempuan, secara semula jadinya banyak mulut. Mereka tak perlukan mulut orang lain. Mereka perlukan telinga.

3. Pandai buat lawak.
Perempuan biasanya sangat pandai dalam tiga perkara, bercakap, menangis dan gelak. Mereka tak suka kita jadi penyebab mereka menangis. Tapi mereka suka kita jadi punca mereka bercakap dan gelak. Penuhi kehendak mereka.

4. Prihatin.
Mana-mana awek yang normal sentiasa mencari dua benda; perlindungan dan kasih sayang. Jadi anda kena bagi kedua-duanya. Ambil berat, rajin bertanya...sihat hari ni? dah makan? awak ok ke?... tapi jangan menyibuk.

5. Tidak kedekut.
Ini syarat utama. Murah hati. Bila dia berkenan apa-apa, jangan gostan tak tentu hala. Tunjukkan kesediaan nak membeli benda tu untuknya. Kalau tak ada duit, buat-buat macam ada, lepas tu pandai-pandailah lepaskan diri.

6. Luas pengetahuan.
Ini pun wajib. Seorang romeo kena ada banyak awek dan tiap awek mungkin datang daripada latar belakang yang berbeza. Jadi kita kena tau macam-macam perkara. Biar dapat awek yang kerja lawyer kita tak bercakap macam dia tu kerja lap meja di restoran.

7. Kurang menepati janji.
Ini lagi penting. Romeo sejati mesti pandai bermain dengan masa. Ada waktu kita muncul awal sikit daripada jam yang dijanjikan. Ada masa kita timbul lewat sikit. Biar awek tu keliru dan tak dapat membaca perwatakan sebenar kita. Nanti senang sikit nak kelentong pada masa depan.

8. Tak lurus bendul, a.k.a gatal sikit.
Sopan santun tu mustahak, tapi jangan melampau. Perempuan tak suka jantan ala-ala batang pisang. Dia orang suka yang 'kerebungan' sikit. Kalau tiap kali nak pegang tangan kita minta izin, heh, dijamin apa pun dia akan lari!
9. Sihat.
Hehe, tak ada perempuan teringin nak ber'couple' dengan orang sakit, bang. Jadi jaga kesihatan. Banyak awek pun kalau kejap lelah, kejap darah tinggi, kejap sakit dada, payah la...
10. Bijak berkata-kata, a.k.a pandai bohong...
Yang ni tak mau ulas apa-apa... faham-faham dan pandai-pandai la.

Inilah Lelaki

Ada orang kata, lelaki ni makhluk yang simple. Kalau kuih tu, jenis uli-uli tepung, kepal-kepal, lontar dalam kuali, siaplah. Tak macam perempuan, unik dan complicated. Betul atau tidak pendapat tu, tak tahulah. Yang pasti tak semua mengenai lelaki ni mudah. Ada masanya kami pun macam perempuan juga. Complicated. Untuk panduan dan kemudahan awek-awek kesayangan bersama, cikgu perturunkan di sini contoh ke'complicated'an kaum sejenis. Semoga menjadi panduan yang berguna kepada anda untuk mengenali lelaki:

Kalau anda LAYAN dia dengan baik, dia kata anda SYOK kat dia
Kalau TAK LAYAN dia kata anda BERLAGAK

Kalau anda PAKAI cantik-cantik, dia kata anda MENGADA
Kalau TAK PAKAI cantik-cantik, dia kata KAMPUNG punya orang!

Kalau anda BANTAH, dia kata anda DEGIL
Kalau anda DIAM, dia kata anda BODOH

Kalau anda lebih PANDAI dari dia, dia MALU
Kalau dia lebih PANDAI, dia rasa dia HEBAT

Kalau anda TEGUR dia, dia kata anda MEMBEBEL
Kalau dia TEGUR anda, dia anggap TANGGUNGJAWAB

Kalau anda BANYAK BERTANYA, dia kata CEREWET
Kalau anda KURANG BERTANYA, dia kata TAK AMBIL BERAT

Kalau TAK BAGI ringan-ringan ke apa ke, dia kata TAK SAYANG
Kalau BAGI, dia mungkin anggap anda MURAH

Kalau anda TAK MAHU, dia TERKEJAR-KEJAR
Kalau anda dah MAHU, dia mula buat TAK PEDULI

Kalau dia CALL anda tak ada, dia MENGAMUK
Kalau anda CALL dia tak ada, dia SIBUK

Jumaat, 10 Oktober 2008

Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Negeri Kelantan

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERTUBUHAN

1.1 Untuk mengadakan hubungan yang erat dalam kalangan anggota kerabat.
1.2 Untuk merapatkan semula ikatan kekeluargaan antara kerabat dan keluarga keturunan Raja-Raja Jembal yang datangnya dari keturunan Raja Sakti, Raja Loyor, Raja Omar atau mana-mana Raja yang berkaitan dengan Raja Jembal.
1.3 Menyemai dan menanam semangat jayadiri dan berdikari dalam kalangan ahli-ahli kerabat dan keluarga.
1.4 Untuk menubuhkan satu badan kebajikan khusus bagi ahli-ahli kerabat dan keluarga dengan tujuan membiayai kegiatan ekonomi.
1.5 Untuk mewujudkan pakatan dan kerjasama dalam sebarang kegiatan yang bermanfaat dalam kalangan ahli kerabat dan masyarakat.
1.6 Untuk mengadakan kajian dan penyelidikan untuk tujuan penulisan sejarah berkenaan kegemilangan kerajaan jembal bagi tujuan persejarahan tanahair secara amnya
1.7 Pertubuhan ini tidak akan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan politik serta berpihak atau dipergunakan bagi tujuan politik mana-mana pihak pun.
1.8 Pertubuhan ini akan sentiasa berdiri teguh, taat setia menjunjung kasih di bawah naungan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan Darul Naim.
1.9 Pertubuhan ini akan berdiri teguh di bawah naungan pemerintahan kerajaan yang diberikan oleh rakyat mandat memerintah.

Indahnya adab, budaya dan bahasa Melayu


Semua orang Melayu tahu dan sedar tentang betapa indahnya bahasa Melayu sehingga wujud istilah yang khusus untuk Istana atau Bahasa Istana. Bahasa Istana sebenarnya melambang ketinggian adat resam Melayu yang begitu hormat akan Raja Melayu. Walaupun Malaysia mengamalkan apa yang disebut sebagai Raja Berperlembagaan, namun penggunaan Bahasa Istana tidak diketepikan malah terus dipupuk dan disanjung tinggi.

Seorang Raja atau Sultan akan dibahasakan sebagai "Tuanku" dan rakyat yang berbicara dengan Raja akan membahasakan dirinya sebagai 'patik'. Bahasa Melayu juga menetapkan istilah khas untuk keluarga DiRaja apabila merujuk kepada sesuatu perbuatan, umpamanya 'bersiram' untuk mandi, 'santap' untuk makan, 'bersemayam' untuk duduk, 'berangkat' untuk pergi dan 'beradu' untuk tidur. Apabila istilah berkenaan digunakan, umum akan mengetahui bahawa ia merujuk kepada pihak Istana. Begitulah indah dan halusnya Bahasa Melayu.

Almarhum Tunku Abdul Rahman pernah menulis bahawa semasa berada di Jeddah, Arab Saudi pada tahun 1971, Tunku menerima sepucuk surat daripada seorang pegawai tinggi kerajaan yang meminta mantan Perdana Menteri itu memulangkan pas kereta api dan kemudahan lain yang diperuntukkan semasa Almarhum menjadi Ahli Parlimen.

Bahasa yang diguna oleh pegawai berkenaan bukan sahaja tidak betul tetapi biadab. Dalam surat itu pegawai berkenaan antara lain menulis: "Saya minta tuan serah balek tiket-tiket keretapi".

Almarhum Tunku membalas surat itu sambil menyatakan bahawa Almarhum tidak membuang gelaran sebagai Yang Teramat Mulia dan tidak juga membuang pangkatnya sebagai Tunku. Almarhum menegaskan bahawa yang diletakkan hanyalah kerusi sebagai Ahli Parlimen. Selepas menerima surat itu, pegawai berkenaan memohon ampun dan maaf daripada Tunku.

Adat dan adab Melayu menentukan penggunaan bahasa yang betul apabila berhadapan dengan pihak Istana, lebih-lebih lagi seorang Sultan atau Raja. Sama ada orang yang menghadap Sultan atau Raja itu adalah Perdana Menteri, Menteri Besar, Menteri atau pegawai tinggi kerajaan, semuanya kena dan semestinya menggunakan bahasa yang betul.

Khamis, 9 Oktober 2008

Genghis Khan dan burung helangnya

Genghis Khan ialah seorang panglima perang dari Mongolia yang sangat terkenal. Salah satu kebiasaannya ialah membawa burung helangnya bersama setiap kali pergi berperang.

Suatu hari, selepas selesai bertempur dalam satu peperangan yang hebat, Genghis Khan berehat di tepi sebuah air terjun kecil bersama dengan burung helangnya. Dia sengaja duduk bersendirian, jauh daripada tentera-tenteranya, supaya dapat berehat sepenuhnya.

Tiba-tiba dia mula terasa haus, lalu bangun dan membawa bekas tanah liat tempat minumannya untuk mengambil air dari air terjun kecil yang berdekatan dengannya. Ketika dia sedang menakung air, tiba-tiba burung helang kesayangannya menyambar
bekas air sehingga bekas itu terjatuh, Genghis Khan terkejut kerana tidak pernah burung helangnya yang setia itu berbuat demikian.

“Ah, mungkin dia bergurau,” bisik hati Genghis Khan. Lalu dia mengambil bekas air yang terjatuh itu dan lalu cuba mengambil air semula. Lagi sekali burung itu menyambar bekas air sehingga terpelanting jauh. Genghis Khan berasa sangat marah. Fikirnya, ini bukan lagi bergurau namanya, tetapi mempermainkan dirinya.

Dengan marah, dia mengancam mahu membunuh burung itu sekiranya masih mengganggu dirinya. Genghis Khan menakung air buat kali yang ketiga. Air baru terisi seperempat penuh apabila sekali lagi burung helangnya menyambar bekas air tersebut. Serangan kali ini agak kuat sehingga membuatkan bekas air di tangan Genghis Khan jatuh dan pecah.

Kemarahan Genghis Khan tidak dapat dibendung lagi, dengan emosi yang meluap-luap dia terus menghayunkan pedangnya lalu menetak burung helangnya yang pada masa itu sedang terbang rendah. Dengan sekelip mata, burung itu terkulai lemah selepas kepala terpisah daripada badannya.

Selepas puas melepaskan kemarahannya, Genghis Khan naik ke punca air terjun, tempat di mana air terjun kecil itu bermula. Untuk minum dan juga untuk melihat keadaan di sekelilingnya. Apabila sampai di tempat itu, alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati ada seekor bangkai binatang yang sudah membusuk di dalam air. Akhirnya beliau sedar bahawa burung helangnya tadi sebenarnya cuba memberitahunya yang air yang bakal diminumnya itu telah tercemar dengan bangkai binatang.

Badan Genghis Khan terasa lemah longlai dan hausnya terus hilang ketika menatap burung helangnya yang setia mati dibunuhnya sendiri. Dia terus menanggalkan pakaian perangnya, lalu digunakan bagi membalut tubuh burung helangnya, kemudian burung helangnya itu dikuburkan dengan upacara ketenteraan.

Sebagai panglima perang, dia mampu mengalahkan beribu musuh dan menjadi sangat terkenal, tetapi dia tidak dapat menguasai dan melawan dirinya sendiri. Perkara ini juga menjadi pengingatan kepada dirinya dan tentera-tenteranya bahawa sebelum menguasai orang lain, kuasailah diri sendiri terlebih dahulu.

Selasa, 7 Oktober 2008

Segelas Susu


Suatu hari, seorang budak lelaki miskin yang hidup sebagai penjual barang-barang dari pintu ke pintu kehabisan wang. Keadaannya saat itu sangat lapar. Budak lelaki tersebut memutuskan untuk meminta makanan dari rumah yang ada di kawasan perumahan itu. Akan tetapi dia kehilangan keberanian saat seorang wanita muda membuka pintu. Budak itu tak jadi meminta makanan, ia hanya berani meminta segelas air. Wanita muda tersebut melihat dan berfikir bahawa budak lelaki itu pasti lapar.

Oleh sebab itu ia membawakan segelas besar susu. Kemudian, budak lelaki tersebut minum dengan lahapnya dan bertanya, "Berapa saya harus bayar untuk segelas besar susu ini?"

Wanita itu menjawab, "Kamu tidak perlu membayar apapun, ibu bapa kami dulu mengajar untuk tidak menerima bayaran jika melakukan sesuatu kebaikan," kata wanita itu.

Sambil menghabiskan susunya, budak lelaki tersebut berkata dalam hatinya, "Dari hatiku yang terdalam, aku sangat terharu pada wanita yang baik hati ini, dia tidak sombong sekalipun kaya!"

Beberapa puluh tahun kemudian, wanita muda dahulu (kini sudah agak lanjut usianya) mengalami sakit yang sangat kronik. Klinik sudah tidak mampu lagi mengubati penyakitnya, apatah lagi saat ini dia berstatus balu seorang pekerja kereta api. Atas saranan keluarganya, si wanita ini dipindahkan ke hospital yang ada di bandar tersebut untuk rawatan. Namun, tetap tidak boleh diubati. Akhirnya dengan menjual barang-barang yang masih tinggal dan bantuan rakan-rakan, si wanita muda itu dikirim ke ibu kota kerana di sana ada doktor yang mampu mengubati penyakitnya itu.

Dr. Ali dipanggil untuk melakukan pemeriksaan. Pada saat mendengar nama kota asal wanita tersebut, terbersit seberkas pancaran aneh pada mata Dr. Ali. Segera ia bangkit mengenakan jubah doktornya dan bergegas turun menuju kamar wanita tersebut. Ia langsung mengenali wanita itu dengan sekali pandang. Dr. Ali kembali ke ruang konsultasi dan memutuskan untuk melakukan serangkaian medical check up serta terapi medis lainnya.

"Pokoknya, wanita tersebut harus sembuh," demikian obsesinya. Mulai hari itu, si wanita yang lemah itu menjadi perhatian Dr. Ali dengan kasih yang tulus. Memasuki bulan ketiga di rumah sakit tersebut ternyata wanita itu benar-benar sembuh.

Lalu, Dr. Ali meminta bahagian kewangan hospital untuk menghantar bil perubatan kepadanya. Dr. Ali melihatnya dan menuliskan sesuatu di bawah bil tersebut. Ia sangat yakin bahawa wanita ini tidak akan mampu membayar bil tersebut walaupun harus dibayar ansuran seumur hidupnya. Bisnes yang dirintis bersama almahum suami gagal kerana ditipu, demikian cerita si wanita kepada Dr. Ali beberapa waktu yang lalu. Hal ini pula yang membuat ia jatuh miskin, dengan seorang anak yang saat ini juga tidak bekerja.

Bil akhirnya sampai ke tangan si wanita yang malang itu. Dengan rasa was-was ia memberanikan diri membaca bil yang diberikan bahagian kewangan. Di sana tertera perincian biaya yang dikeluarkan selama ia menjalani rawatan. Akan tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya, pada bahagian bawah bil tersebut. Ia membaca tulisan yang berbunyi “Sudah dibayar dengan segelas susu.”

Kisah Cinta nan Indah


Pertemuan dua hati oleh Allah melalui sebiji epal...

"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan anginnya bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini untuk berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh sendirian lalu duduk di tepi sungai.

Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Dia berasal dari keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad. Ketika dia sedang berzikir, terpandang olehnya sebiji epal hanyut di tebing sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak awal pagi berbunyi beberapa kali.

"Mungkin ini rezeki untuk saya," katanya lalu mengambilnya. Abu Salleh memakan sebiji epal itu sehingga habis. Tiba-tiba dia berdiri dengan wajah yang terkejut, "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai.

"Abu Salleh berjalan menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati sekeliling kalau-kalau ada pokok epal di situ. Jauh dia berjalan meninggalkan pekan Jilan. Dia terus berjalan sehingga akhirnya dia menemui sebuah ladang epal.

"Syukurlah akhirnya saya menemui ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemuinya."Abu Salleh terus memasuki ladang epal itu dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah, berasal dari keturunan Imam Hussin, salah seorang cucu Nabi Muhammad juga. Beliau ialah seorang yang kuat beribadat dan disegani oleh penduduk di kawasan itu.

"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya memakannya," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah.

Sheikh Abdullah memerhatikan Abu Salleh untuk beberapa ketika lalu tersenyum. Dia menarik nafas panjang dan berkata, "Saya boleh memaafkan saudara dengan satu syarat.""Katakanlah apakah syarat itu? Saya akan memenuhinya."

"Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun!"

Tanpa banyak soal, Abu Salleh mengangguk dan menyatakan persetujuannya. Bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu selama dua belas tahun dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Sheikh Abdullah memerhatikan tingkah laku Abu Salleh sepanjang tempoh itu dan mula tertarik hati. Dia bercadang untuk mengahwinkan puterinya dengan Abu Salleh.

Akhirnya tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah.

"Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkanlah epal yang saya makan itu."

Sheikh Abdullah terpegun dengan kata-kata Abu Salleh yang jelas menggambarkan dia adalah seorang anak muda yang jujur lalu dia berkata, "Saya akan mengenakan satu lagi syarat ke atas saudara."

"Katakanlah syarat itu, saya akan tunaikan."

"Syaratnya ialah, saudara mesti mengahwini puteri saya. Tetapi biarlah saya berterus terang tentang keadaan puteri saya itu."

"Katakanlah! Saya akan mematuhinya."

"Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua untuk saya memaafkan saudara?"

Sejenak Abu Salleh termenung membuatkan dada Sheikh Abdullah berdebar-debar. Akhirnya Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan tersenyum, "Saya akan mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."

"Baiklah. Saya akan menghalalkan sebiji epal yang saudara makan itu sekiranya saudara mengahwini puteri saya."

Maka berlangsunglah satu majlis perkahwinan antara Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah. Pada malam perkahwinan itu, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam kepada isterinya. Sebaik sahaja isterinya menoleh ke arahnya, wajah Abu Salleh berubah kerana dia amat terkejut lalu berlari ke ruang tamu menemui bapa mertuanya, Sheikh Abdullah.

"Adakah seorang perempuan lain di dalam bilik pengantin? Di manakah isteri saya yang lumpuh, buta, pekak dan bisu itu?"

Sheikh Abdullah tersenyum mendengar pertanyaan Abu Salleh lalu menjawab, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itu ialah puteri saya, Ummu Khair Fatimah. Saya mengatakan dia lumpuh kerana kakinya tidak pernah menjejak ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara yang terlarang. Saya katakan dia buta kerana dia tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia."

Tersenyumlah Abu Salleh sebaik sahaja Sheikh Abdullah menghabiskan kata-katanya lalu dia menadah tangan, "Ya Allah! Hambamu mengucapkan syukur yang tidak terhingga!"Hasil perkawinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud, Yang Menghidupkan Agama!

Isnin, 6 Oktober 2008

Kerabat Raja Jembal Kelantan

Semasa balik kampung untuk beraya minggu lepas, cikgu mendapat durian runtuh apabila bapa saudara cikgu memberi duit raya sebanyak RM1000.00. Duit itu cikgu kongsi dengan kakak cikgu yang mengajar di Sabah kerana dia juga ada ketika itu. Apabila sampai di rumah pula, ayahanda cikgu menghadiahkan logo kerabat Raja Jembal Negeri Kelantan yang baru. Petang itu juga cikgu ke kedai untuk membuat nombor kereta baru supaya logo itu sesuai dilekatkan dengan Myvi baru cikgu.

Ahad, 5 Oktober 2008

Gambar Hari Raya




Hati Lelaki

Tidak susah menjadi lelaki idaman wanita; bertanggungjawab, bertimbang rasa, penyabar dan beriman. Kalau ada rupa paras, itu bonus, tapi kalau takda pun, asal ada 4 kualiti di atas, dah kira ok. Kalau kaya? itupun bonus, tapi pendapatan sederhana sudah memadai. Jika separuh dari sederhana pun tak mengapa, yang penting ada 4 kriteria tadi; jika suku dari sederhana pun juga boleh, asalkan anda jenis yg habis waktu di pejabat terus balik ke rumah, nak pergi ke mana-mana beritahu dengan elok. Waktu di rumah, ringan tulang untuk bantu itu atau ini.

Tapi bagaimana pula dgn wanita idaman lelaki? CANTIK! itu mesti! Walaupun kebanyakan lelaki berkata, dia tak kisah sangat dengan rupa, tapi kalau boleh dia memang nak kisah, paling tidak perempuan itu harus cantik di matanya. BAIK! Itu juga mesti. Takda lelaki yg nak pompuan jenis selak kain sana sini. Kalau mahu untuk 'gitu-gitu', mungkinlah... nak buat bini? Sorry! TENANG! Ada mulut tak potpet potpet. Ada muka tak masam-masam. PANDAI MENGAMBIL HATI, PENYABAR, SOPAN SANTUN, LEMAH LEMBUT, BERTOLAK ANSUR, TAK KIRA NAK BALIK KE RUMAH MAK DIA DAN BANYAK LAGI....

Demikianlah tidak seimbangnya hidup ini. Sebagai lelaki, cikgu tak malu mengaku kaum sejenis sesungguhnya terlalu banyak meminta dan mengharap daripada kaum yang satu lagi tu. Sementara perempuan lebih seseorang lelaki yang serba sederhana, lelaki pula sering mengharapkan seorang perempuan yang serba sempurna. Oleh kerana mencari kesempurnaanlah, maka lelaki tidak jemu-jemu berusaha mencari lain walaupun mereka telah memiliki sesuatu yang cukup baik. Kerana tidak ada manusia di dunia ini yang sempurna, maka pencarian lelaki juga tentu tidak akan bertitik. Dan kerana tidak ada titik itulah, ada waktu-waktunya, cikgu berasa seronok benar menjadi lelaki...