Khamis, 27 Disember 2018

Doa Pembuka Majlis


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada rasul junjungan.

Ya Allah,
kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah, mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar, mensyukuri nikmat-Mu, serta badan yang ringan, menyempurnakan perintah-Mu. Kami bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami, berhimpun  dalam majlis ini, bagi menyatakan kesungguhan dan iltizam dalam pekerjaan kami.

Ya Munzilar Rahmat Ya Fatihal Barakat,
berkatilah pertemuan kami, ilhamkanlah dalam minda kami, idea yang bernas, pandangan yang jelas, satukanlah hati kami, padukanlah tenaga dan usaha kami, untuk memartabatkan pendidikan secara bersama, berilah kami kekuatan semangat, tidak berputus asa, bersungguh-sungguh dan rajin untuk memikul tanggungjawab ini.

Ya Qaadhial Hajat,
ampunkanlah dosa-dosa kami; sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dalam amal jemaah; sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi; sesungguhnya kami cenderung untuk mengutamakan diri kami, maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara seagama kami;

Ya Allah,
kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,
 sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuh negara kami khususnya negeri Selangor,
sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan di bawah naungan dan pimpinan raja kami sebagai ketua agama Islam
kami pohon ke hadrat-Mu ya Allah, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan, supaya negeri kami sentiasa bertambah maju dan berkat.

Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk mendirikan solat fardu lima waktu, menunaikan zakat dan mewakafkan harta kami, luaskanlah rezeki kami dengan ganjaran pahala yang berkekalan hingga ke hari akhirat.

Tiada ulasan: