Isnin, 25 Ogos 2014

Teks ucapan pengerusi majlis Kem Kepimpinan Ketua Platun


#VIP berjalan masuk

Semua kadet diminta berdiri.

Diumumkan ketibaan Yang Dipertua PIBG, Encik Muhammad b. Hashim dan Pengetua SMK Kampong Jawa, Tuan Haji Muhammad Nashan b. Singgan. 

Bagi memulakan majlis pada hari ini, semua hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.

#Nyanyian Lagu Negaraku

#Ketua Platun melapor kepada YDP PIBG

Tetamu dijemput duduk.

#YDP PIBG dan Pengetua duduk

#Ketua Platun memberi arahan dewan duduk sedia

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Penutupan Rasmi Kem Kepimpinan Ketua Platun SMK Kampong Jawa.  Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan membawa seribu makna kepada kita semua.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Dipertua PIBG, Encik Muhammad b. Hashim dan Pengetua SMK Kampong Jawa, Tuan Haji Muhammad Nashan b. Singgan.  

Hadirin hadirat sekalian,
Kem Kepimpinan Ketua Platun bermatlamat untuk memupuk semangat dan menggilap potensi diri para kadet yang merupakan ketua unit masing-masing. Kem sebegini juga dapat meningkatkan kekuatan dari segi fizikal dan mental kadet untuk mengharungi pelbagai cabaran yang akan datang.

Sebagai tanda syukur bahawa kem ini berjalan dengan jayanya, dengan hormatnya dipersilakan Kadet Aiman untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

#Bacaan doa

#Pembaca doa memberi arahan “up” kepada kadet untuk mengangkat tangan.

#Pembaca doa memberi arahan “up” kepada kadet untuk menjatuhkan tangan.

#Ketua Platun memberi arahan dewan duduk senang diri.

Terima kasih saudara Aiman atas bacaan doa itu tadi.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Platun, Kadet Mohd Firdaus Dipersilakan.

#Ucapan Ketua Platun

Terima kasih diucapkan kepada Kadet Mohd Firdaus atas ucapan itu tadi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Pengetua untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

#Ucapan Pengetua

Terima kasih Tuan Pengetua atas ucapan itu tadi. Seterusnya majlis mempersilakan Yang Dipertua PIBG, En. Muhammad b. Hashim untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutupan Kem Kepimpinan Unit Beruniform SMK Kampong Jawa 2014.

#Ucapan YDP PIBG

Terima kasih diucapkan kepada En. Muhammad atas ucapan perasmian itu tadi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada urus setia dan peserta kem.

Majlis mempersilakan Komandan Kem, En. Rezuali menjemput dan mengiringi tuan pengetua untuk menyampaikan sijil penghargaan.

Dipersilakan wakil Unit Beruniform Pengakap
Dipersilakan wakil Unit Beruniform Kadet Polis
Dipersilakan wakil Unit Beruniform Kadet Bomba
Dipersilakan wakil Unit Beruniform Puteri Islam
Dipersilakan wakil Unit Beruniform Pandu Puteri
Dipersilakan wakil Unit Beruniform KRS
Dipersilakan wakil Unit Beruniform PBSM
Dipersilakan wakil Unit Beruniform KPA

Seterusnya majlis mempersilakan wakil urus setia kem, Kadet Mohd Haziq untuk menerima sijil penghargaan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas penyampaian sijil itu tadi.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Rezuali mengiringi Yang Dipertua PIBG, En. Muhammad bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan pertandingan pengucapan awam.

Tempat ketiga jatuh kepada Kadet Polis
Tempat kedua jatuh kepada KPA
Johan bagi pertandingan pengucapan awam jatuh kepada Kadet Bomba

Bagi kategori kawad kaki  perempuan pula, johan diberikan kepada Kadet Khairunnisa Nasharudin dari Kadet Bomba.

Dan johan bagi pertandingan kawad kaki lelaki jatuh kepada Muhd Shafik dari KRS.

Seterusnya, kategori peserta kem terbaik.

Peserta kem perempuan terbaik diberikan kepada Kadet Khairunnisa bt. Nasharudin
Peserta kem lelaki terbaik diberikan kepada Kadet Muhd Shafik.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada En. Muhammad dan Tuan Pengetua yang sudi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Tuan Pengetua bagi menyampaikan cenderamata kepada En. Muhamad. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua.

Selesai sudah majlis penutupan rasmi Kem Kepimpinan Ketua Platun 2014. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua para pemenang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem ini.

Dari Rokan ke Inderagiri
Membawa tinta ke Kuala Linggi
Pulanglah tuan rehatkan diri
Lain kali bersua lagi.

Semua kadet diminta berdiri.

#Ketua Platun memberi arahan berdiri dalam baris sedia

#Ketua Platun melapor keluar baris untuk melakukan tugas lain

Majlis mempersilakan tetamu kehormat ke bilik jamuan. 

Tiada ulasan: