Isnin, 25 Ogos 2014

Doa majlis penutupan rasmi kem kepimpinan

Bismillahhirahmanirrahim, alhamdulillahirabbil a'lamin, wassolatuwassalamua'la asyrafil anbiya iwalmursalin, wa'ala alihi wasahbihi ajmain. 

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada petang yang berbahagia ini, dalam Majlis Penutupan Kem Ketua Platun SMK Kampong Jawa 2014.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,

Kami memohon kepada-Mu, sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami, kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh, dan jauhkanlah kami daripada sebarang perkara-perkara yang tidak diingini. Juga jadikanlah kami dalam kalangan insan yang berdikari, mandiri dan mempunyai jati diri yang berkualiti.

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan keimanan dan ketakwaan.

Ya Allah, Ya Qadhial Hajat, Ya Fathihal Barakat

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah waqina azabannar

Walhamdulillahirabbil a’lamin.

Tiada ulasan: