Isnin, 8 September 2014

Teks pengerusi majlis sambutan Hari Guru

Selamat pagi, salam 1Malaysia dan salam transformasi.

Yang berbahagia, Tn. Hj. Muhammad Nashan bin Singgan,
Yang dihormati, Pn. Puziah binti tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Kamariah binti Md. Kamil, Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn. Normadiah binti Abd. Rahim, Penolong Kanan Pendidikan Khas
En. Amir Saifudin bin Abd Majid, Penolong Panan Petang,
Barisan guru kanan mata pelajaran
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Hadirin dan hadirat sekalian,
panggilan cikgu adalah keramat
bersabar menabur jasa dan bakti
doa dibaca memohon rahmat
semoga majlis sentiasa diberkati,

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini yang penuh bermakna ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Rashid untuk membacakan doa.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Rashid atas bacaan doa itu tadi.

Pergi ke kedai membeli nasi
Tidak lupa membeli kuini
Guru pencetus kreativiti penjana inovasi
Itulah tema perayaan  hari guru tahun ini

Para hadirin sekalian,
Majlis mempersilakan Encik Muhammad Rezuali bin Hassanudin untuk menyampaikan sepatah dua kata selaku pengerusi Kelab Guru dan Staf SMK Kampong Jawa.  

Cantik sungguh si anak kedidi,
terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Tuan Pengetua untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua kerana ucapan itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Yang Berbahagia Encik Muhammad bin Hashim, Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa.  Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Muhammad bin Hashim kerana ucapan itu tadi.

 Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita mulakan dengan satu persembahan khas untuk guru-guru yang diraikan pada hari ini. Sama-samalah kita saksikan deklamasi sajak oleh Encik Kamal Firdaus.

Seterusnya kita akan dihiburkan pula oleh alunan suara daripada nyanyian oleh Cikgu Zaidi.

Begitulah merdunya alanun suara oleh Cikgu Zaidi yang dihadiahkan kepada guru-guru. Sekalung penghargaan terima kasih atas persembahan istimewa itu tadi.

Akhir kata tamatlah sudah majlis kita pada petang ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga pendidik kerana dapat bersama-sama dalam jamuan hari guru bagi tahun ini.

Terima kasih daun keladi
Panjang umur kita sambut lagi

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: