Jumaat, 19 September 2008

Mutiara Kata

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Lelaki berusaha menunjukkan kebolehannya sebagai lelaki misalnya dari segi kesegakan dan kegagahannya. Sebaliknya perempuan pula berusaha untuk menyatakan sifat-sifatnya sebagaimana yang dikehendaki oleh nilai-nilai sosial dan budayanya misalnya dari segi kecantikan dan kehalusannya.

Sebaik-baik isteri itu adalah yang menyenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya serta hartamu apabila kamu tiada. Isteri yang mulia merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.