Isnin, 15 September 2008

Tips dalam meringkaskan karangan

1- Pelajar tidak boleh menyatakan pendapat ataupun pandangan sebaliknya hanya perlu menyatakan isi berdasarkan kehendak soalan.
2- TIDAK BOLEH menyalin bulat-bulat ataupun memotong ayat dan mencantumkannya menjadi satu ayat dalam ringkasan.
3- Ringkasan bermaksud menulis ISI PENTING berdasarkan soalan.
4- Tulis hanya SATU ISI dalam SATU AYAT.
5- Ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat.
6- Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi tidak mengubah maksud asal petikan.
7- Gunakan penanda wacana yang ringkas dan tepat bagi menghubungkaitkan isi dengan isi dan ayat dengan ayat. Contohnya, (namun,walau bagaimanapun, justeru dan sebagainya)
8- Gantikan kata bilangan dengan penggandaan yang menunjukkan bilangan bagi menjimatkan jumlah perkataan. Contohnya, ‘para pelajar’ (2 perkataan) ditulis sebagai ‘pelajar-pelajar’ (1 perkataan)
9- Tulis ringkasan hanya dalam SATU PERENGGAN dalam jumlah perkataan yang dinyatakan dalam arahan. (TIDAK MELEBIHI daripada 80 patah perkataan)