Ahad, 12 Oktober 2008

Petikan Temuramah

Di bawah ini ialah petikan temuramah cikgu dengan wartawan yang tidak diterbitkan oleh majalah New Man.

Adakah anda lelaki metroseksual?
Never was, never will but I have to admit, I’m ubersexual. Kejayaan dan keterampilan seiring.

Sebab anda disenangi wanita?
Suka buat lawak. Hahaha!

Apakah ciri-ciri yang lelaki perlu ada untuk menjadi gentleman?
Salah satu ciri lelaki gentleman ialah sentiasa mengingati tarikh, tempat dan peristiwa ketika bersama pasangannya.

Adakah semua wanita meminati lelaki yang kacak sahaja?
Kepercayaan wanita hanya melihat lelaki kacak dan bertubuh tegap adalah mitos. Menurut kebanyakan wanita, lelaki yang berpakaian segak untuk menarik hati orang, peramah, mesra, dan kelakar adalah lelaki yang paling disenangi wanita. Memandangkan 95 peratus badan lelaki diseliputi baju, apa yang kita pakai menjadi faktor utama dalam penampilan. Begitu juga dengan cara pergaulan dan kata-kata, lebih banyak wanita tertawa dengan jenaka anda, lebih mudah untuknya mengingati dan tertarik kepada anda. Maskulin tidak semestinya control macho dan berbadan sasa tetapi penampilan dan cara anda membawa diri adalah ciri utama yang perlu dititikberatkan.

Cabaran dunia lelaki sekarang?
Berhadapan dengan golongan ’wanita baru’. Mereka kini berpendidikan, lebih matang membuat keputusan, bijak memilih.

Hebatnya dunia seorang lelaki...
Apabila seseorang lelaki itu mampu mencipta sesuatu yang menjadi ikutan dan dalam masa yang sama mampu menjadi pengikut yang baik.

Impian sebagai seorang lelaki?
Membahagiakan dua wanita selagi hayat dikandung badan. Ibu tercinta dan tunang tersayang yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak saya. Dunia lelaki tidak akan lengkap tanpa wanita. Kekuatan dan kelemahan lelaki juga bergantung kepada wanita.