Isnin, 13 Oktober 2008

Serba Sedikit Tentang Lelaki

Sebagai tanda penghargaan dan penghormatan pada awek-awek kesayangan bersama, maka dengan tulus ikhlas diperturunkan di sini beberapa tips untuk memudahkan mereka mengenal lelaki...

1. Lelaki yang bertindik sesungguhnya lebih bersedia untuk melalui alam perkahwinan berbanding dengan lelaki yang tidak bertindik. Sebabnya? Mereka berpengalaman merasa keperitan dan berpengalaman juga membeli barang kemas.

2. Pilihlah duda, atau lelaki yang pernah memiliki banyak awek – dalam dunia sekarang barangan ‘kitar-semula’ biasanya lebih berharga.

3. Lelaki yang berdiri terlalu lama di depan cermin biasanya lebih mementingkan dirinya daripada anda. Yang tak pernah berdiri di depan cermin pula... hmm, faham-faham sendiri la.

4. Kebanyakan lelaki tidak suka ‘shopping’. Itu pasal ‘men’s department’ di shopping complex diletakkan di tingkat pertama, atau berdekatan pintu keluar.

5. Perjalanan hidup kebanyakan lelaki: Mula-mula cari kerja... lepas tu cari awek... lepas tu buat kerja... kemudian cari duit... dah tu kahwin... kemudian cari kerja tambahan... cari duit lebih... dan cari awek lebih!

6. Bila seseorang lelaki berkata, ‘nanti I call you’ tapi dia tak berbuat demikian, dia bukanlah terlupa atau kehilangan nombor anda. Sebaliknya, dia memang tak nak...

7. Lelaki tak suka kalah. Jadi kalau nak selamat, tiap kali bertengkar, pastikan anda tidak menang.

8. Lelaki mempunyai daya ingatan yang lemah, sebab tu siaran sukan untuk mereka di tv sering kena ada ‘replay’.

9. Lelaki boleh makan apa saja tanpa perlu bimbang tentang berat badan sendiri. Mereka lebih bimbangkan berat badan anda.

10. Lelaki tak kalut sangat nak berkahwin sebab butang dan zip mereka semuanya terletak di depan. Tak perlu nak minta orang lain tolong pasangkan.

Tiada ulasan: