Ahad, 5 Oktober 2008

Buku Silat Terbaru

Ini ialah buku yang tidak banyak bercakap, hanya diterangkan serba ringkas tentang sejarah silat Pusaka Gayung, adat-istiadat, bengkung, matapelajaran dan selebihnya gambar pesilat sedang melakukan aksi, tangkap, elak, pelepas, kuncian, tendangan, sepakan, senaman dan buah kombat. Terdapat lebih dari 350 foto dan disertakan dengan keterangan ringkas. Jadi 'feel' membaca lebih kepada bentuk perasaan dalaman. Sekiranya mereka yang bersilat, pasti akan faham gerak dan aksi yang dibukukan ini. Cikgu beli buku ini di Kedai Buku Sarjana Media, Hentian Bas Puduraya dengan harga RM30.00.